Prolog

1.1K 24 4
                                        

Hani berlari-lari di halaman rumahnya bersama Ahnaf.Nampaknya ini kali terakhir mereka berdua akan bersua muka lagi.Jadi..why not mereka habiskan waktu ini untuk meluangkan masa bersama.

"Ahnaf!Tak adillah..kau main tipu"Hani merengek rengek sambil menghentak hentakkan kakinya ke tanah.

"Apa pula aku..kau yg lambat sangat.Aku memang dah sah sah kat depan.Aku kan champion lumba lari dekat sekolah.."Ahnaf menepuk-nepuk dadanya tanda bangga.

Hani mencebik.Dia tahu dia ni perempuan tapi dia tidak boleh mengalah dalam acara lumba lari,begitu juga dengan acara acara yg lain.Dia mengambil sedikit tanah lalu dilemparkan ke arah Ahnaf.

Buk!Tanah itu tepat mengena pada bahagian perut Ahnaf.Hani ketawa terbahak bahak sambil memegang perutnya yg sudah hendak meletup.

"Hahaha..rasakan!Padan muka kau Ahnaf Wafiy!Hahaha!"Ahnaf mencerlung tajam Hani di hadapannya.

"Kau...aku dah pindah kejap lagi,aku tak nak cari kau masa kita dah besar nanti.Kau nak kahwin dengan siapa nanti aku tak nak tahu langsung.Padan muka!"Hani terus terdiam lalu berlari anak menggapai tangan kawan karibnya itu.

"Eh..Ahnaf a..aku main-main jelah.Chill ah!Tak payahlah nak ugut ugut aku macam tu.Aku tak bolehlah takde kau dalam hidup aku.Nanti siapa nak nyanyikan lagu Happy Birthday untuk aku.Kau janganlah pergi.."
Hani menarik narik tangannya.

Ahnaf menarik tangannya dari genggaman Hani.

"Tahu takut..haha"Ahnaf mengusap kepala Hani lembut.Habis rambutnya diserabaikan oleh Ahnaf.

"Tapi Hani..aku kena pergi juga Kuala Lumpur tu.Aku nak belajar tinggi tinggi.Nak jadi pilot yg berjaya.Nanti bolehlah aku bawa kau pergi dekat awan.Kau kan suka"Ahnaf tersenyum tapi bukan di wajah Hani.Dia sedih.Dia takut.Takut kehilangan satu satunya kawan karibnya itu.

Pin!Pin!Sebuah kereta sudah tersadai di depan rumah Hani.Sebaik pintu kereta dibuka,muncullah seorang lelaki yg lebih kurang berusia 40-an.

"Assalammualaikom Hani..Ahnaf."

"Waalaikummussalam,Pak Su"Hani berlari mendapatkan Pak Sunya.

"Waalaikommusalam papa.Nak gerak dah ke?"Ahnaf memandang papanya risau.Dia takut nak tinggalkan Hani keseorangan di kampung ni.Dia takut Hani jadi gila ke sebab tak jumpa dia untuk selama lamanya!!

Paksu mengangguk membuatkan Hani dan Ahnaf berpandangan.Perlahan dia berlalu pergi untuk mengambil bagasinya.Air mata Hani saat ini sudah bertakung di tubir matanya tanpa sebab.

Setelah beberapa saat,Ahnaf keluar dengan membawa bagasi berwarna biru di sisinya.Orang pertama yg sedang dia lihat adalah Hani.Matanya tidak dapat dialihkan dari muka orang yg dia..cintai dalam diam selama ini.

Kelihatan Hani sedang ditenangkan oleh Makngah Wani.Ahnaf memandang pula  wajah Pak Su.

"Oklah jom..kita dah nak gerak ni."Ahnaf mengangguk sebelum mengikuti langkah Pak Su.Hani melihat Ahnaf lama lalu dia berlari ke arah Ahnaf.Tubuh rakannya itu di peluk dari belakang.Susah.Itu sahaja perkataan yg muncul dalam fikiran dia sekarang ini.

Betapa susahnya dia hendak melepaskan Ahnaf untuk pergi membawa diri ke alam universiti..sedangkan dia baru sahaja di pertengahan darjah 6.

"J..jangan tinggalkan aku..Ahnaf.Aku nak kawan dengan siapa nanti.Aku ni dah lah kasar..lepas tu selekeh.Takda siapa nak kaw.."Tubuhnya ditarik ke dalam dakapan Ahnaf.Tidak menyempat sungguh dia hendak menghabiskan ayat.😒Tangisan Hani makin kuat..dia tak kuat nak tengok Ahnaf pergi meninggalkan dirinya di belakang.

"Hani..tak payahlah nangis.Nanti aku risau dekat kau kat sana nanti.Ok..pandang aku."Ahnaf memegang bahunya lalu menundukkan kepalanya sedikit.

"Aku janji aku akan cari kau satu hari nanti..aku janji"Hani memandang dalam mata Ahnaf mencari keikhlasan yg ada.

"Janji kau akan cari aku?"

Hani menghulurkan jari kelingkingnya.Ahnaf memandang jari Hani lama sebelum menghulurkan jarinya pula.

"Aku janji"
*********

Dia | eisyaniq.AFStories to obsess over. Discover now