Part 1

15 2 0
                                        

Aku memeluk tubuh sendiri, kedinginan makin mencengkam sehingga ke tulang hitam walaupun tubuhku telahpun tersarung pakaian tebal. Setiap nafas yang kuhembus dihiasi dengan kepulan asap menandakan tahap kesejukan di negara Korea ini bukan main-main. Meniti jalan aku membetulkan beg sandangku.  Kolej kediamanku tidaklah terlalu jauh dengan universiti. Hanya mengambil masa 15 minit jika berjalan. Aku mengira masa didalam kepalaku, tanpa sedar sudah tiga tahun aku bermastautin di negara yang terkenal dengan dunia hiburannya. Aku tersenyum sendirian apabila mengingati kata-kata rakanku, ramai yang mengatakan aku bertuah kerana mampu menyambung pelajaran di luar negara, tidak kurang juga ramai yang cemburu kerana aku berada di negara ini dimana terkenal dengan jejaka-jejaka yang enak mata memandang paras rupanya.
Bertuahkah aku?
Bagi mereka yang tidak cuba meletakkan diri mereka ditempatku mungkin betul. Bagi aku? Aku tersenyum. Andai dahulu aku terpaksa berperang dengan perasaan yang berkecamuk di dalam hatiku. Sungguh pada permulaan aku di Korea dulu aku merasa amat menyesal kerana menerima penyambung dalam bidang kedoktoran di Korea. Kenapa? Bayangkan dulu andai aku berpaling ke kira dan kanan suasananya amatlah berbeza dengan Malaysia. Dengar saja mereka berbicara lagilah terasa aku ini berada di tempat asing. Homesick? Tidak usahlah untuk bercerita. Perasaan itulah yang membuatkan aku berendam air mata saban malam saat menelefon keluargaku nun jauh di Malaysia. Sekarang? Salah satu nikmat Allah adalah masa yang berlalu. Berlalunya masa bermaksud berlalu jugalah episode duka dalam hidup seseorang insan.  Dengan masa yang tiada hentinya itulah aku mula mengadaptasi dengan suasana yang dahulunya asing ini. Tidak kenal maka tidak cinta. Benar, setelah lama berada di sini aku mula mengenal budaya dan masyarakat Korea. Tanah ini merupakan tempat aku menuntut ilmu, tipulah andai aku mengatakan aku tidak mencintai negara ini tetapi tidak mampu menandingi cintaku kepada tanah lahirku lagi.
Dalam melayang perasaan sampai di suatu bangunan yang agak usang yang kira-kira lapan tingkat tingginya aku mendongak ke atas. Pemandangan yang kulihat diatas menyebabkan langkah kakiku terhenti. Tidak yang pelik sebenarnya dari pandangan kasar. Aku hanya melihat seorang lelaki yang sedang memandang permandangan dari tingkat atas. Namun entah kenapa dia kelihatan menarik perhatianku. Lama aku berdiri disitu tanpa bergerak. Lelaki itu tidak perasaan ada seseorang yang sedang memandangnya dari bawah. Tidak aku endahkan pandangan orang ramai yang pelik melihat aku disitu. Lama memerhatikan dirinya aku mengambil keputusan untuk menaiki bangunan usang itu.
Pintu yang menjadi penghubung bahagian dalam bangunan dengan bahagian luar tingkat atas ku buka perlahan. Sebenarnya pintu itu tidaklah rapat tertutup. Aku melangkah perlahan. Sekarang aku mampu melihat dengan jelas bahagian belakang lelaki itu. Perasaan ku berdebar entah kenapa. Aku menarik nafas dan ku hembus perlahan. Kepulan asap berpusu-pusu keluar dari ulas bibirku.
“Erm…sillyehabnida? (Maafkan saya?)” aku membetulkan beg sandangku yang mula menggelosor turun ke bahu. Dengan perlahan lelaki tersebut membalikkan badannya.  Mataku terpaku saat mata kami bertentangan. Mata yang cantik, itulah yang terdetik dihatiku saat pandangan kami bertemu. Saat itu jugalah salji mula turun namun tidak lebat.
“Wae? (Ya?)” Lelaki itu bersuara. Tangannya mengebas salji yang berada diatas rambutnya.
“Nun-I mugeowojigo. Goegi anj-a boja. (salji makin lebat. Jom duduk kat sana.)”. Aku terpinga-pinga saat dirinya menarik tanganku untuk ketempat yang mempunyai bumbung.

“You’re not a Korean. I can speak in English a bit.” Lelaki tersebut memandangku. Ibu jari dan jari telunjuknya diangkat dan dirapatkan menunjukan simbol sedikit. Dia tersengih. Namun, hambar.
“Neoneum munjee jigmyeon haeissneum geos gat-a. (Awak kelihatan dalam masalah).” Perlahan aku menuturkannya. Entah kenapa aku sendiri tiada jawapannya. Kenapa dengan diriku pada hari ini? Kenapa lelaki ini menarik perhatianku?
Dia memandangku tanpa berkelip saat aku menuturkan kataku. Lelaki itu ketawa. Dia memandangku lagi sebelum melepaskan pandangannya melihat salji yang turun.
“Neomu myeongbaeghangayo? (Nampak sangat ke?). Even stranger like you can tell I’m having a problem.” Keluhan dilepaskannya. Aku tersenyum. Mungkin kerana lega tekaanku tepat.
“I’m kind off having this special ability to read people mind.” Aku meletakkan tanganku dikepala sambil tersenyum nipis. Memberinya petanda bahawa aku hanya bergurau. Dia ketawa.
“Then, can you tell what in my mind now?” dia memandangku sambal mengangkat kening. Aku diam sejenak. Mataku memandang salji yang turun. Seolah-olah aku sedang berfikir.
“Erm…you wish for someone that you can share your problem.” Dalam maksud yang ingin ku sampaikan. Sengihannya pudar. Seketika bibirnya tersenyum hambar.
“Heechul…Kim Heechul.” dia berkata perlahan. Cukup-cukup untuk aku mendengarinya.
“Anna.” Aku memandangnya. Pandangannya masih fokus kehadapan. Bibirnya tersungging senyuman sebelum dia memandang kearahku kembali. Aku tersenyum, membalas senyumannya kembali. Seterusnya kami diam memandang salji yang jatuh menyentuh lantai.
“Heechul-shi, time running never stop. We might face problem today but the solution will come too. We might hurt today but the time will bring the pain away even the scars still be there but if we learn from the past we get the advantage. This world is hard, but never lower our pride by showing we giving up to this world. Beat it, show to the world even we hurt like there’s no tommorow today we still rise to seek a new hope. A new beginning. Naneun jigeum gaya hae (saya kena pergi sekarang).” Aku bersuara setelah lama kami mendiamkan diri. Setelah selesai mengucapkan apa yang terpendam di hatiku aku bangkit. Heechul kelihatan masih terpaku dengan kata-kataku, mungkin masih mencernakan maksud disebalik kata-kata itu. Saat langkah kakiku hanya beberapa tapak dari pintu keluar, Heechul memanggilku.
“Eotteohge dasi mannal su issni (Macam mana saya nak jumpa awak lagi)?” aku berpaling. Mataku memandang wajahnya.
“I don’t know.” Aku tersenyum. Usai berkata aku melangkah meninggalkan Heechul yang masih setia berdiri dibelakang. Masih tegak dan terpaku dengan balasan jawab dariku. Aku sendiri tidak tahu mengapa itu yang aku ucapkan. Yang pasti langkah kakiku tidak lagi menoleh kebelakang.

TAKDIR Stories to obsess over. Discover now