Prolog

722 48 3
                                        

Bagaikan puntung sabut kering, sedikit sahaja jeraminya dicucuh api, nyalaan itu lekas membara. Sedikit demi sedikit sabut akan terbakar sehingga rentung kesemuanya.

Begitulah juga kisah ini bermula. Dari bisik-bisik sehingga akhirnya menjadi gosip hangat di alam yang terlindung daripada mata manusia itu.

Akhtar melangkah kemas. Gema lebah tadi lama-kelamaan membentuk patah kata. Cuping tirusnya menangkap beberapa butir kata.

"Anak Adam itu telah lahir."

"Daun itu telah gugur. Beribu tahun dia telah menanti."

"Beruntunglah dia."

"Dia pasti akan menelan cahaya ungu itu."

Beberapa pasang mata telah menjeling. Pasti mimik muka mereka juga berbeza mengikut tanggapan masing-masing.

Akhtar tak pedulikan semua itu. Langkahnya lurus menuju ke gawang gapura Taman Astaka.

"Mari ke mari Akhtar."

Seorang lelaki melambai Akhtar dari tempat duduknya. Janggut putihnya mencecah rumput biru.

Akhtar bersila di samping orang tua itu.
"Hulurkan tanganmu."

Permintaan tersebut ditunaikan. Garis-garis ungu berselirat menghiasi tapak tangannya. Setangkai mawar putih diletakkan di situ.

Akhtar membiarkan sahaja perlakuan Pendita Samudra. Hanya dalam beberapa detik, Mawar Putih atas telapak tangan berubah bentuk. Dari kudup menjadi kembang dan akhirnya layu dan kering.

"Sepertimana bunga ini, kau hanya punya satu peluang. Sehingga hujung nyawanya."

Air liur ditelan berkali-kali. Tekaknya masih terasa kering. Akhtar lepaskan keluhan kasar. Wajahnya penuh ketegangan.

"Ingat, Akhtar. Petik di kala ia bersemi. Minum titisannya. Nescaya kau akan bebas."

Pendita Samudra mengutip semula bunga kering dari tangan Akhtar. Putih matanya bergenang air.

"Samaada pawitera itu menjadi azimat atau racun, kaulah yang akan menentukannya."

"Tok pernah rasa?"

Perlahan kepala diangguk. Kolam mata Pendita Samudra melimpah air.

"Titisan itu telah menjadi racun di dalam hidupku... buat selama-lamanya."

Agak lama tangan Nenek Khadijah menghayun buaian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Agak lama tangan Nenek Khadijah menghayun buaian. Alunan zanji semakin tidak kedengaran. Kepala menjenguk ke dalam kain buai. Suaranya lembut menegur bayi.

"Sekejap buka mata, sekejap tutup. Lekas tidur sayang."

Lalu hayunan diteruskan buat seketika. Nenek Khadijah melayangkan pandangan ke daun tingkap. Resah terkeluar dari mulut.

"Dah dekat tengahari. Dapur tak berasap lagi ni."

Sekali lagi dia menjenguk ke dalam buaian. Setelah itu Nenek Khadijah bangun menuju ke dapur.

Kini, ada kaki yang berjengket menuju arah buaian. Meskipun ghaib pada pandangan mata manusia, langkah tetap diatur penuh cermat.

Akhtar tidak terus menyelak kain batik lepas itu. Dia duduk seketika sambil mengurut-ngurut dada. Gemuruh masih bermaharajalela semenjak dia membuat keputusan untuk melihat bayi itu.

Nafas diatur kembali. Udara ditarik masuk ke rongga dada lalu dilepaskan perlahan-lahan. Dia masih lagi teragak-agak di saat kain buaian diselak.

"Eh! Tak tidur lagi."

Mata itu sedang tepat memandangnya. Bening dan indah. Buat seketika Akhtar ralit memerhati.
Anak kecil mempunyai jiwa seputih kapas. Diri tiada sebarang palitan dosa.

Pada mulanya Akhtar hanya berani membalas pandangan. Kemudian, terbit pula keinginan untuk menyentuh kulit halus dan mulus itu. Hanya jari telunjuk berani disua. Kulitnya hampir bertemu kulit putih cerah si bayi. Tak sangka jarinya kena genggam. Telunjuknya erat dipegang tangan kecil. Cemasnya telah hilang berganti suatu perasaan yang begitu aneh.

Bayi tersebut sedang melancarkan beberapa bilah panah daripada pancaran matanya. Bilah tajam menerobos terus ke dasar hati melalui anak mata Akhtar. Sejurus, segala perasaannya telah dimatikan. Atau lebih tepat lagi telah dikosongkan. Tiada sebarang perasaan terkandung di situ.

Kini, mata itu menarik Akhtar ke sebuah lembah yang indah. Cahaya ungu berserakan di sana sini.

Akhtar terpanar. Lekas-lekas dia mengundur. Gerak anak matanya laju. Mulutnya separa terlopong bersama desahan yang kuat. Akhtar cuba menyimpul kejadian.
Adakah dia telah dijampi?

Kekuatan yang bercempera tadi dikumpulkan semula. Sekali lagi nafas panjang dihela. Dalam gerak yang paling cermat, Akhtar mengintai semula anak Adam yang terbaring di dalam buaian. Mata yang telah menjampinya tadi telah tertutup. Sebuah senyuman yang paling menawan menghiasi wajah si kecil.

ShiaWhere stories live. Discover now