DEDIKASI

255 11 0
                                    


Untukmu para pembaca, pecinta novel sejarah dan pentaksub buku, ini kata-kata hamba yang daif, "Kalau tidak berpuas hati, sila kritik dan tembak. Insya-Allah, hamba redha." Khas untuk kalian demi cinta memandaikan bangsa, insya-Allah.

Untuk gemulah bonda dan ayahanda - bonda Mek Yah binti Haji Mat Amin dan ayahanda Awang bin Yusuf – titipan ajaran yang diterapkan menjadi saya seorang Champion. "Ya Allah, rahmati roh kedua-dua orang tua daku dalam kehidupan di alam sana. Ampunkan dosa-dosa mereka. Jagailah mereka, seperti mana mereka menjaga daku tatkala kecil dahulu. Amin ya Rahman, ya Rahim."

Khas untuk adinda Cef Lusiana binti Adnin, pengorbanan adinda sentiasa membuat kakanda muda belia. Ayuh kita jadi Champion  sehingga ke akhir hayat.

Untuk anakanda – Nur Farahana, Muhammad Nabil Hisyam, Nur Umairah, Rayyan Hisyam dan si cilik Aeisha Sumayyah – nanti bila anakanda sudah besar, hayatilah nukilan abah ini. Terima kasih justeru terus membingitkan ruang istana kita dengan senda gurau dan tangisan, serta menganggu di kala abah sedang membaca dan menulis.

Hanya redha Allah yang saya dambakan.

WEB SUTERA / HIZAMNUDDIN BIN AWANG

http://pasalbuku.blogspot.my

http://suteranovel.blogspot.my

KONSTANTINOPEL: KIBARAN PANJI-PANJI AL-FATEHWhere stories live. Discover now