*Di sekolah rendah*
"
wahhhh gempak juga kan keputusan kita semua!!" kata Jasmine kepada Firah,Sofi,Yaya,Anis,Aqila,Yas dan beberapa lagi temannya.Pada hari itu juga mereka dikehendaki untuk mengambil surat penempatan sekolah menengah,dan ada juga pelajar yang telah apply sekolah berasrama penuh,maktab rendah sains mara dan berbagai sekolah lagi.
Jasmine melihat surat penempatannya dengan teliti,tertera nama Sekolah Menengah Kebangsaan Alamanda.Walaubagaimanapun,Jasmine tetap berasa sedih kerana rakannya majoriti akan pergi ke SMK Andalusia tetapi Jasmine tetap mentabahkan hatinya.Tiba-tiba,seorang bff Jasmine secara kebetulan juga mendapat sekolah yang sama dengannya.Seterusnya,Jasmine melompat gembira "hoorayyyy!!"
Pada hari tersebut juga ada yang berduka,ada yang terlalu suka.Berfikiran positif adalah suatu perkara yang penting,mungkin mereka berduka kerana tidak mencapai target A seperti yang diimaginasikan."Eh! haah kan korang puas hati tak dengan petempatan kita?" kata Sofi dengan nada yang agak tinggi dan mengejutkan kami."Ish kau ni,tanya tu beradab la sikit,tengok ramai orang merenung kita!" tegur Yaya secara tegas,"eh ha kau puas tak Jasmine?Yela kau kan lain sekolah dengan kitorang hurm" kata Aqila."Puas je tapi tulah,takde korang kan hurmm,takpelah janji ada sekolah kan hahah" balas Jasmine dengan kegembiraan yang dibuat-buat.Tapi jika difikirkan semula,beruntung juga Jasmine kerana dapat ke sekolah yang sama dengan Trisyia iaitu bffnya.
Pada bulan November tersebut,Jasmine sungguh serabut dengan persiapan sekolahnya kerana mamanya adalah seorang yang tidak suka bertangguh,jadi dia terpaksa juga membuat persiapan awal seperti kasut,stoking,alat tulis,beg sekolah,baju sekolah,kain dan sebagainya."haih beruntungnya aku dapat mama mcm ni" monolog jasmi dengan nada yang agak frust tetapi masih menyayangi mamanya.Selepas selesai menyeterika pakaian dan perkara yang sewaktu dengannya,Jasmine duduk bersandar di sofa rumahnya sambil mengeluh kepenatan.Sungguh dia tidak percaya akan memasuki zaman praremaja dalam masa sebulan sahaja lagi.
"Harap-harap lah semua orang boleh terima aku nanti" kata Jasmine di dalam hati.Mama Jasmine tiba-tiba berjalan dari belakang dan menyentuhnya,maka "opocot mak kau singa" latah Jasmine.Sedar akan perkara itu,terus dia menutup mulutnya dengan tapak tangan."Oooo mengata mama yeee" kata mama Jasmine dengan nada sindiran.
Haaa so how's the 1st chapter?Agak membosankan bukan?Nantikan waktu-waktu Jasmine berada di sekolah menengah dalam chapter yang kedua yaa.
YOU ARE READING
Up&Down Together
Teen FictionSeorang gadis yang berumur 13 tahun dikenali sebagai Jasmine dan kehidupan sekolah bersama rakan-rakannya.Antaranya,Trisyia,Tasha,Mimi,Dina,Sarah dan Lia. Mereka memiliki kisah hidup tersendiri yang menarik Ikuti pengembaraan kehidupan menginjak re...
