Aku melangkah masuk kedalam kelas 5T1 dengan bismillah. Berdebar sungguh harini. Maklumlah first day masuk sekolah ni.
Aku menghampiri guru yang sibuk menulis sesuatu di papan putih. " Assalamualaikum,cg." guru itu memberhentikan menulis dan memandang aku. Senyuman terukir dibibirnya.
Fuh! Manis siot. Boleh cair aku dibuatnya. Mata memandang nametag guru tersebut ' Aini '. Hurm nice name.
Ish kau ni. Cikgu pun kau nak ushar.
" Pelajar baru?" soalan cg aini mematikan lamunan aku. Aku tersengih lalu mengangguk kepala. Cg aini menggelengkan kepalanya.
" Baiklah kenal kan diri awak pada rakan-rakan kelas baru awak ni" aku mengangguk dan menghadap pelajar kelas yang memandang aku dengan pandangan teruja.
Nafas ditarik. " Hai, Saya Tengku Iyyad Rayyan bin Tengku Dato' Ashraf. Call me Ray."
Mulut mereka terlopong. Anak tengku? Sekolah sini? Sekolah biasa? Bukan selalu anak tengku ni sekolah elit ke?
Pelbagai soalan timbul dibenak fikiran mereka sekelas. " Dah, dah tak payah nak melopong sangat. Masuk setan nnti" ujar Cg aini selamba.
Mereka ketawa kecil dan tersengih. " Ray awak boleh ambil tempat di sebelah Shafy. Shafy sila angkat tangan awak."
Seorang pelajar lelaki berkaca mata yang duduk di meja paling belakang sekali mengangkat tangannya.
Terus aku menuju kearah kawan semeja aku. Mata sibuk memerhatikan ruang di dalam kelas tersebut. Ceria betul! Monolog aku.
Sehinggalah mata aku terhenti pada seorang gadis bertudung yang duduk berseorangan di bahagian belakang tepi pintu.
Bila terasa diri diperhatikan gadis itu menoleh kepala. Matanya bertembung dengan Ray si pelajar baru. Wajah aku berubah pucat.
T-Topeng?!
YOU ARE READING
Gadis bertopeng
Short StoryIni kisah aku. Bertemu dengan seorang gadis bertopeng yang pelik. Tak, bukan topeng tutup bahagian mata atau topeng yang menutup bahagian hidung dan mulut. Tapi topeng yang menutup keseluruhan muka. So creepy.
