Di singgahsana itu, Maharaja Romanos IV duduk megah dan berpakaian lengkap dengan bintang-bintang kebesaran. Beliau diapit oleh para pembesar di kiri dan kanannya.
"Beta ingin mengumumkan sudah tiba masanya kita menyerang Turki Seljuk bagi merampas kembali tanah jajahan kita. Bagaimana pula pandangan jeneral dalam hal ini? Adakah kamu berasa kita cukup hebat bagi menentang kekuatan Turki Seljuk?"tanya Maharaja Romanos IV,merenung tepat jeneral perang di hadapannya.
"Pada pandangan saya,bagi merampas semua wilayah itu kita memerlukan pasukan yang berkebolehan dan kuat. Dengan pasukan yang kuat,pertempuran tidak menjadi sia-sia dan kemenangan akan berpihak kepada kita,"jawab jeneral perang.
"Pada tahun 1068 Masihi,beta mengambil alih kuasa dan mengubah beberapa pembaharuan demi meningkatkan taraf ketenteraan. Beta juga sudah mengamanahkan Manuel Komnenus sebagai panglima tentera dan melancarkan perang terhadap Turki Seljuk. Atas kebijaksanaan beta ini, walaupun ditentang oleh para pembesar, akhirnya kita berjaya mengalahkan tentera Turki Seljuk dan menawan bandar Hierapolis Bambyce berhampiran Aleppo di Syria itu."
"Tuanku memang bijaksana. Serangan Turki Seljuk terhadap Iconium digagalkan oleh tentera Rom Byzantine yang membalas serangan dari Syria, dan pertempuran itu berakhir dengan kemenangan kita. Tetapi kempen itu berakhir apabila Panglima Manuel Komnenos dikalahkan dan ditawan oleh tentera Turki Seljuk."
"Sekarang sudah tiba masanya kita bertindak semula. Melihat bilangan pasukan tentera Turki Seljuk yang sedikit, membuatkan beta yakin dengan kelebihan tentera Rom Byzantine. Beta mahu menebus kembali kekalahan demi kekalahan sebelum ini, akibat kepemimpinan Constantine X."
"Semasa pemerintahannya kebanyakan anggota tentera terdiri daripada Sclavonian, tentera upahan Armenia, Bulgaria, dan Frank yang tidak berdisiplin, tidak teratur dan tidak ada semangat juang. Oleh itu,beta mahu mengembalikan angkatan tentera yang digeruni semua musuh seperti sebelum ini,"jelas Maharaja Romanos IV dengan penuh semangat.
"Adakah Tuanku yakin kita akan menang? Sedangkan banyak wilayah kita sudah ditawan Turki Seljuk. Kehebatan Sultan Alp Arslan, sang singa liar sudah terbukti apabila beliau berjaya menawan Georgia dan Armenia, hingga Raja Georgia mengakui kekuasaan Turki Seljuk,"tutur seorang jeneral perang.
"Sudah tentu!"jawabnya angkuh. "Tahukah kamu, bilangan pasukan tentera semakin bertambah dan mereka lebih berdiiplin? Bahkan, persiapan kali ini lebih teratur kerana strategi yang lebih baik. Keupayaan kita sudah pun teruji dalam beberapa siri pertempuran,"ujar Maharaja Rom Byzantine itu.
"Kebanyakan wilayah sudah ditakluki Turki Seljuk. Jadi, pada pandangan Tuanku, wilayah manakah sepatutnya kita tawan dahulu?"tanya jeneral perang itu lagi.
"Kita akan mula berarak ke sempadan tenggara empayar. Sya sudah mengaturkan beberapa strategi yang akan digunakan sebaik mungkin,"jawab Maharaja Rom Byzantine dengan tegas dan bersemangat.
Panji-panji Rom Byzantine berkibaran megah. Seluruh tentera yang dilengkapi senjata tercanggih sudah bersiap sedia. Penduduk kota mengiringi tentera Rom Byzantine dengan harapan serta doa supaya memperoleh kejayaan. Dalam perjalanan, Maharaja Romanos IV mengubah haluan ekspedisi menuju ke arah Lykandos, apabila mendapat maklumat yang tentera Turki Seljuk sudah menyerbu Pontus dan merampas Neocaesarea.
Maharaja Romanos IV mengatur strategi dengan bergerak dalam pasukan kecil. Hal ini bagi memudahkan perjalanan melalui Sebaste dan pergunungan Tephrike. Mereka akan memintas perjalanan pasukan Turki Seljuk, seterusnya menyerang pihak lawan.
Pada masa sama, tentera Turki Seljuk dalam perjalanan pulang selepas berjaya menawan wilayah itu, dengan membawa tahanan dan harta rampasan yang banyak
Kemunculan tentera Rom Byzantine yang tidak diduga itu, memerangkap tentera Turki Seljuk. Berlaku pertempuran antara kedua-dua pasukan tentera itu. Tentera Turki Seljuk hampir tewas, dan memaksa pasukan itu meninggalkan barang rampasan dan membebaskan tahanan. Sejumlah besar tentera Turki Seljuk berjaya melarikan diri.
Sesudah itu, Maharaja Romanos IV kembali semula ke selatan dan menyertai tentera utama. Mereka terlebih dahulu melalui Gunung Taurus ke utara Germanicia, dan meneruskan perjalanan menyerang Emiriah Aleppo seperti yang dirancang. Malangnya, maharaja itu ditangkap di Hierapolis, tetapi dilepaskan dengan jaminan.
Kemudian Maharaja Romanos IV terlibat pula dalam pertempuran dengan orang Islam di Aleppo, tetapi beliau tewas dalam pertempuran itu. Maharaja Rom Byzantine kembali ke utara melalui Alexandretta dan Cilician Gates Podandos. Sewaktu berada di sana, beliau dinasihatkan supaya menyerang Amorium iaitu sebuah bandar di Phrygia, Asia kecil yang diasaskan oleh 'Hellenistik'.
Maharaja Rom Byzantine itu tidak berbuat demikian dan kembali semula ke pangkalan. Beliau bersama-sama pasukannya sampai ke Konstantinopel pada Januari 1069 Masihi.
#*#*#*#*#*#*#*#*#*#*#*#*#*#*#
"Beta tidak mengaggap Rom Byzantine satu ancaman besar, dan tidak berniat melibatkan diri dengan mereka. Beta tidak perlu mengepung dan menawan Manzikert dan Archesh," tutur Sultan Seljuk.
"Wahai Tuanku, masakan Tuanku tidak mahu menawan Manzikert dan Archesh?" pembesarnya kehairanan.
"Beta tidak akan menyerang dua kota itu. Sebaliknya menawarkan pertukaran Manzikert dan Archesh dengan Hieropolis di Syria. Beta mahu menumpukan perhatian memerangi Fatimiyah Mesir yang menjadi musuh utama beta," jawab Sultan itu.
Maharaja Ramanos IV terpaksa bersetuju dengan perjanjian damai itu. Perjanjian itu ditandatangani antara empayar Rom Byzantine dengan Turki Seljuk pada tahun 1069 Masihi.
#*#*#*#*#*#*#*#*#*#*#*#*#*#*#
Febuari,1071 Masihi
Dua tahun sudah berlalu, Maharaja Romanos IV menghantar utusan menemui Sultan Alp Arslan bagi memperbaharui gencatan senjata pada tahun 1069 Masihi. Utusan Maharaja Romanos IV menemui Sultan Seljuk di luar Edessa, sebuah bandar di utara Mesopotamia yang sedang dikepung. Bandar yang terletak dalam wilayah Armenia itu adalah bandar penting bagi emoayar Rom Byzantine. Majoriti penduduknya terdiri daripada penganut Kristian Gereja Timur yang menyokong doktrin agama di Konstantinopel.
Ketibaan dan tawaran oleh Maharaja Rom Byzantine disambut baik oleh Sultan Alp Arslan. Komander dan panglima tentera Islam yang setia datang menghadap Sultan Seljuk itu.
"Dengan perjanjian damai ini, kontinjen utara tentera kita dapat dihindarkan daripada serangan balas tentera Byzantine. Justeru pada hemat beta, kita patut menerima terma genjatan senjata ini, dengan izin Allah."
"Kami menurut perintah. Selepas ini, kita dapat menumpukan perhatian pada anmcaman Fatimiyah pula," jawab panglima perang.
"Persiapkan angkatan tentera, kita akan berangkat segera kr Aleppo," perintah Sultan Alp Arslan.
Selepas termeterai perjanjian itu, angkatan perang Sultan Alp Arslan meninggalkan kepungan di Edessa. Kini tumpuan mereka adalah menyerang saki-baki kerajaan Fatimiyahdi bandar Aleppo,Mesir. Ketika itu kerajaan Fatimiyah masih memerangi 'sahabat' mereka di wilayah Daulah Abbasiyyah.
📚📚📚📚📚📚📚📚
TAMAT
📚📚📚📚📚📚📚📚
CERITA INI BERDASARKAN TENTANG SEJARAH ISLAM. SUMBER BUKU INI ADALAH DARI NOVEL PERANG SALIB PERTAMA JATUHNYA BAITULMUQADDIS.KISAH INI PULA DARI NOVEL TERSEBUT DARIPADA BAB YANG KEDUA.
#THNXSBBBACE
#SUMBERASLDRIPDABKU
#PLEASEVOTEIFULIKEIT
#TQ
@hxna2405_
