Rosella's POV.
"Rose! One mocha latte please!"
Aku mengangguk kecil sambil tersenyum nipis. Lisa yang melaung kuat dari meja yang terletak di hujung cafe membuatkan sahabat di sebelahku turut tertawa. Cindu namanya.
Lantas cawan kertas yang tersedia di rak di belakang, aku ambil satu. Serbuk coklat dan susu aku letak di dalamnya sebelum aku suakan lubang cawan ke bawah suatu mesin. Punat pada mesin coffee maker aku tekan perlahan. Menderu air panas memasuki cawan. Sempat Ku sebatikan campuran dalam cawan sebelum penutup plastik di sebelah rak cawan aku capai kemudian dirapatkan pada mulut cawan tadi.
Pelanggan Coffee Cafe tadi tersenyum lebar saat aku sudahi segala permintaannya. Rambut yang diikat kuda itu bergoyang saat cawan yang sudah terisi diletakkan di atas kaunter. Nampak benar reaksi terujanya.
"Hot mocha latte. Macam biasa, 5 dollar." Aku angkat kelima-lima jari di hadapan mukanya. Gadis itu tidak tunggu lama. Dompet merah jambu dikeluarkan dari poket seluar jeans di belakang sebelum lima keping wang 1 dolar dikeluarkan.
"Keep the change. Hehe." Aku tergelak mendengar kata-katanya. Aku meletakkan wang bayaran Emily ke dalam mesin. Wangnya mencukupi. Entah di mana lebihan wangnya. Sengaja benar gadis itu bergurau senda denganku sebegini. Sengihannya melebar.
Straw yang disediakan di kaunter dicapainya laju. Tali beg sandang yang hampir terjatuh dari bahunya ditarik ke semula.
"Thanks Kak Rose! Nanti Emily datang lagi!" Resit bayaran yang selesai diproses mesin ditariknya cepat seolah-olah dia mengejar masa. Hampir sahaja dia melanggar seorang lelaki di pintu masuk kafe. Tanpa meminta maaf Emily terus menapak pergi.
Lelaki yang hampir menjadi mangsa 'langgar lari' Emily memandang aku saat aku tersenyum lebar mengenangkan Emily. Mata kami bertembung. Dia tersenyum nipis. Mungkin dia membalas senyumanku yang sememangnya bukanlah untuk dia. Secara fakta, aku tersenyum kerana Emily tetapi dia pula tersalah sangka. Dia mengenyit mata kanannya dan senyuman nipis tadi bertukar lebar malah menunjukkan barisan giginya yang putih berseri kepadaku.
Sepantas kilat senyumanku mati. Aku menunduk memandang meja kaunter. Wajahku membahang. Deheman lelaki itu menarik perhatianku lantas aku melihatnya semula dengan spontan. Dia seperti menahan tawa. Tanpa berkata apa-apa lelaki yang tidak aku kenali itu beredar.
"Hey." Lisa menegurku ramah. Buku menu diletakkan di atas meja kaunter. Dia tersengih mengusik.
"Aww... pipi Rosella merah..."
Ah! Sengaja lah tu!
"Handsome guy. Siapa tu Rose? Boyfriend kau eh?" Cindy di sebelahku turut mengusik. Bahuku disenggolnya sehingga aku hampir terlanggar kaunter.
"Rose tak ada boyfriend la!" Aku menafikan dengan tegas. Aku baru melihat wajah lelaki itu hari ini. Lelaki itu yang gatal lebih-lebih sehingga mengenyit mata sebegitu. Habis aku disakat dua gadis ini sekarang. Ah! Aku tak faham betul.
"Tak percaya." Lisa membuat riak comelnya lalu digeleng wajahnya di hadapan wajahku. Pipi kiriku dicubitnya.
"Rose tak tipu." Aku mula berjauh hati saat Cindy turut menggeleng kepala dengan senyuman di bibir. Mereka sepakat mengatakan bahawa lelaki itu adalah teman lelaki aku dan aku sengaja tidak membenarkan kata-kata mereka.
"Yeke?" Cindy mengukir sengihan.
"Tak nak percaya Rose sudah." Aku mencebik. Memuncung bibirku ke hadapan. Tangan dilipat lalu memeluk tubuh tanda protes lantas aku membelakangkan mereka.
Lisa mulai menggelabah. Jari-jemari Cindy pula memegang bahuku dari belakang.
"Alolo... sorry Rose. Yela akak percaya." Cindy membalikkan tubuhku. Aku lihat tangan kanannya yang sudah terangkat tanda bersumpah. Mukanya jelas bersungguh-sungguh mahu memujuk rajukku.
ESTÁS LEYENDO
I Can See Your Fangs
RomanceCover by @itsmefara_ Rosella Lettuce merupakan gadis vegeterian yang sangat meminati minuman berkafein. Dia langsung tidak meminati perkara berunsurkan gothic dan tahyul. Hidupnya serba serbi sederhana. Namun segala-galanya berubah apabila hadirnya...
