Owkey ! 👌 aq akn tnggu korg . jgn x dtg pulak , ni je msa yg kita ada untk brkmpul .
Emm , Farisya ? Kau prgi ke tak ?


Haih , pergi ke tak eh ? Hemm , macam mana ni. Karang , kalau tak pergi , takut Amalina terasa. Tapi , kalau pergi mesti akan terserempak dengan budak Erfan tu. Ish ! Pergi je lah.

Me

Emm , oky lhh . aq join jugak 😅

Erfan iblis💩

Eh ? Ingatkn xnak join tdi . ya lhh , kn org tu still lgi mrah dgn org ni . 😌huhuhu . oky lhh , aq x jdi prgi lhh . aq xnak nnti mood org tuu mlyang ntah k mna gra² tngok mka aq yg hina ni . 😉👌

Amalina

Await hang ckp mcm tuu . alaa , lpakan lhh crita lma tu . bnda dh brlalu tu x pyh lh d ungkit smula. Mulakan hdup bru boleh tak ? Skrg ni x sme mcm 10 thun yg lpas.! 😢 plezlh , dmi aq . aq rndu ssgt kat korg smua. Klau bleh , aq nak smua org dtg k mjlis bfday aq tu . 😞

Me

Wey erfn . aq dh lma maafkn kau lhh mngkok ! Hish !
Aq x ksah lh klau kau prgi pon . yg kau nk over sgt ni dh knpa ?

Erfan iblis💩

Linaaa , sorry klau aq buat kau sdih.. Oky , aq prgi..
Heh , bguslah klau kau dh maafkn aq.. Lena jugak tdo aq nnti..

Erghh ! Apa masalah budak tu sebenarnya eh ?! Hish ! Stress aku jadinya. Bencinya aku!

Farisya menarik-narik rambutnya tanpa menyedari yang dia diperhatikan oleh Encik Suhaimie dan Puan Rozana. Cerita yang mereka tonton di televisyen terganggu disebabkan perlakuan aneh daripada anak buah kesayangan mereka. Mereka berdua saling berpandangan. Dah kenapa budak ni?

"Ehem ! Apa yang difikirkan sampai stress sangat ni ? Dah macam orang gila aunty tengok" Farisya baru tersedar yang dia berada di ruang tamu bersama-sama dengan aunty dan unclenya. Farisya segera membetulkan rambutnya yang kusut itu. Terkumat-kamit mulut Farisya menyumpah dirinya kerana langsung tidak menyedari akan kewujudan Encik Suhaimie dan Puan Rozana.

Puan Rozana hanya menahan ketawa melihat muka Farisya yang mula kemerah-merahan itu apabila ditegur oleh suaminya , Encik Suhaimie.

Farisya pula hanya mampu tersengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Hehehe , takde pape pun uncle. Emm , abang Syam bila balik eh?"Farisya segera menukar topik perbualan mereka sebab dia tahu yang sekarang ni muka dia dah serupa macam tomato.

"Abang Syam kamu balik minggu depan. Aunty kamu tak ceritakan kat kamu ke?" Encik Suhaimie segera memandang isterinya yang berada disebelahnya yang masih fokus pada skrin televisyen.

"Eh , ada ada ! Sya je yang terlupa. Hehehe"

"Ouh, ingatkan aunty kamu yang lupa"

"Hah? Apa dia bang? Saya tak dengar tadi" kata Puan Rozana kebingungan apabila namanya disebut oleh suaminya. Dia langsung tidak tahu jalan cerita perbualan antara suaminya dengan anak buahnya.

Encik Suhaimie mencuit hidung isterinya. Aih , makin lama makin comellah isteri aku ni.

"Takde papelah sayang. Makin lama makin comel pulak abang tengok sayang ni. Rasa macam nak tambah lagi 'seorang' lah pulak. Aumss" Puan Rozana tersipu-sipu malu mendengar pujian daripada suaminya yang sangat dia cintai. Puan Rozana mencubit manja pinggang suaminya.

"Auwww , sakitlah sayang" Encik Suhaimie memeluk bahu isterinya. Mata Encik Suhaimie meneliti setiap inci wajah milik isteri kesayangannya itu. Matanya terhenti saat tiba di bibir isterinya yang merah bak buah delima. Bibirnya mula mendekati bibir milik isterinya. Puan Rozana hanya memejamkan matanya.

"Ehem! Emm, Sya nak naik atas dululah. Tetiba ngantuk pula. Lagipun Sya tak nak ganggu babak-babak sweet kat depan mata Sya ni" perbuatan antara Encik Suhaimie dan isterinya terhenti apabila mendengar deheman Farisya. Mereka berdua segera berdeham lalu membuat kerja masing-masing. Dua-dua berasa sangat malu apabila perbuatan mereka itu dilihat oleh Farisya.

Farisya yang perasan muka aunty nya dan uncle nya mula bertukar menjadi merah segera menutup mulutnya supaya dia dapat menahan diri daripada ketawa.

"Ha , pergilah tidur. Lagipun dah lewat dah ni. Goodnight and sweetdream , princess. Sleeptight okey, bye "

"Sayang~ jomlah kita tido. Abang ngantoklah"kata Encik Suhaimie sambil tersenyum penuh makna. Puan Rozana yang seakan faham dengan senyuman itu segera mencubit manja pinggang milik suaminya itu.

Segera Encik Suhaimie menekan butang off pada remote control lalu mengangkat tubuh isterinya. Puan Rozana menjerit kecil apabila suaminya mengangkat tubuhnya. Mereka tergelak bersama menuju ke bilik mereka berdua.








CINTA KITA... (HOLD)Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt