Kehidupan seseorang itu memang sangat berbeza begitu juga dengan kehidupan aku.Aku mempunyai 5 orang adik beradik dan aku merupakan anak yang ke-4. Aku ni tak pernah dengar pepatah atau kata-kata yang anak keempat ini selalu malang. Tetapi kesudahannya memang anak keempat ini malang.
"Mama,nak nasi." Jerit adikku.
"Sekejap ya,mama nak sembahyang sebentar." Balas mama dengan suara yang lembut.
" Okay." Lantas adikku menjawab.
Setelah 10 minit mama sembahyang,"adik marilah makan." kata mama.
Sara atau dikenali sebagai "adik" terus bangun dari sofa yang tadi sedang leka menonton kartun kegemarannya itu."Sekejap ye mama." jerit adik dari ruang tamu hadapan.
"Kak ngah,kak chik,abang long,meh sini makan ramai-ramai."
Jerit mama sehinggakan satu rumah mendengarnya.
Namun begitu,nama aku seorang saja yang tidak dipanggil oleh mama. Aku terus meluru ke dapur lalu berkata "kakak tak panggil pon ajak makan nasi".
"Kalau dah dengar orang panggil tu mari je lah". "Setakat tak panggil nama je pon". Sindir kak chik.
Perasaan aku masa tu sangat sedih.
