part 6

1.4K 112 23
                                    

PART 6
BUAT AKU TERSENYUM
BY : ENA ARUN
PAGE : LADYS WRITER

HANNA P.O.V
        Pagi itu saya melalui jalan yang biasa saya lalui untuk ke pejabat. Sebabkan bas tidak turun di depan pejabat saya terpaksa berjalan kaki ke pejabat melalui jalan ni. Lebih dekat daripada harus lalu dari jejantas.

        Saya melihat kiri dan kanan, kelihatan kereta masih jauh rasanya sempat untuk sya sampai seberang. Bila saya melangkah saja, hampir di pertengahan jalan tiba2 terdengar bunyi hon kereta sangat kuat sehingga saya terhenti melangkah dan berdiri kaku di tengah jalan

"Tepi lah!! Kenapa berdiri di tengah jalan?"

       Seorang lelaki sedang menengking saya. Saya terus berlari menuju seberang jalan. Mahu saja saya menangis sebab ketakutan. Bayangkan kalau dia tidak sempat berhenti tadi. Sampai pejabat saya thumb print dan bersandar di dinding. Masih deras degup jantung saya. Saya minum air untuk reda kan perasaan saya.

       Saya keluar dan terus menuju mesin fotostat. Di meja kelihatan banyak tumpukan kertas yang perlu saya fotokopi. Itulah kerja saya. Tiada kelulusan dan terpaksa kerja keras. Siapa cakap fotokopi kerja mudah. Tidak semudah itu. Apalagi bila mesin meragam. Semua kerja terbengkalai.

"Hanna tolong copy ni dan kau terus hantar bilik bos" Devi

       Boss? Saya belum pernah jumpa boss. Saya ambil kertas tu dan saya buat salinan lepas tu saya berjalan menuju bilik boss. Seram juga lah saya mahu masuk sebab saya dengar boss kami ni garang. Muka tidak pernah senyum

Tok! Tok! Tok!

       Saya dengar suara dari dalam menyahut baru saya buka pintu dan masuk. Terbuntang mata saya bila melihat lelaki yang hampir langgar saya pagi tadi duduk di kerusi boss.

"Boss"

       Saya ampai kertas di atas meja kemudian saya pusing mahu keluar.

"Sorry sebab tengking kamu pagi tadi. Lain kali ikut jejantas. Bahaya kamu lalu jalan macam begitu" boss

"Sorry boss"

"Arash. Call me Arash. So kamu kerja di sini?"Arash

       Saya angguk. Sejak hari tu kami jadi rapat. Entah sejak bila hubungan kami semakin intim. Sampailah satu hari...

"Hanna, i think im in love" Arash

"Wow!! Bertuahlah perempuan tu. Jangan tunggu lama2 Arash. Nanti kau melepas"

"Sebab tu saya cakap ni" Arash

"Hurmm. Maksud? Kau.... saya?"

"Jangan lah pandang saya begitu" Arash

       Pertama kali dia tersenyum. Kalau boleh saya tidak mahu dia berhenti senyum.

"Is that me?"

"Ya." Arash

"Kau tahu siapa saya Arash. Jangan lah main2. Saya ni anak orang biasa2 saja."

"I dont care about that Hanna. Yang penting kamu mahu terima saya" Arash

       Sebab kan saya pun mula rasa sayang dengan Arash, saya terima cinta Arash. Dan saya harap ini untuk selama nya. Saya tidak mahu kehilangan Arash.

       Beberapa bulan kemudian, Arash datang rumah untuk jumpa keluarga saya. Saya kenalkan dia dengan Mama,papa dan kakak kembar saya Lanna. Mula2 saya tidak perasan pasal Lanna, tapi bila semakin lama dia semakin kerap join saya ke mana2. Apa lagi kalau dia tahu Arash ada sekali.

"Kau suka kah dengan Arash?"

"If yes, kenapa?" Lanna

"He's my boyfriend Lanna"

BUAT AKU TERSENYUMWhere stories live. Discover now