Dream

585 67 7
                                    

"Biga oneun jiteun saek Seoul geuwie.."

"..Yeojeonhi jam mot iruneun naega heuryeojine.."

"..Jeo biga geuchyeo goin mul wie bichyeojin.."

"..Oneulttara deo chorahan naega geuryeojine.."

Aku menoleh kearah suara itu, dengan perlahan-lahan aku mendekati pemilik suara itu. Aku tidak dapat melihat dirinya dengan jelas ekoran air hujan dan air mata yang bertimbun-timbun, membuatkan penglihatanku sedikit terjejas.

Sedikit sahaja lagi, semakin aku menghampiri pemilik suara itu. Namun aku berhenti sekejap kerana batuk dan bersin memandangkan cuaca yang terlampau sejuk. Dan kerana tidak mampu bertahan lagi, aku jatuh pengsan di situ.

*****

Aku tersedar daripada tidur, peluh merembes di seluruh wajahku, aku meraup rambutku kasar. Mimpi itu, pemilik suara itu. Aku jatuh cinta dengan suara itu, aku mahu bertemu dengan pemilik suara itu.

Aku menoleh kearah sekeliling, masih malam. Dan saat itu aku mula menanam azam, yang aku akan pastikan aku bertemu dengan gadis itu.

"Yoongi..", Jin menghampiri aku. Dia melabuhkan punggung di atas katil empukku. Sempat dia tersenyum nipis sebelum menatap wajahku lama.

"Aku nak tanya.."

"Apa dia?"

"Macam mana kau boleh ada dekat rumah terbiar tu", aku terdiam. Berfikir sama ada aku perlu memberitahunya ataupun hanya berdiam diri. Jika boleh, aku mahu menyimpan rahsia ini seorang diri. Bila difikirkan semula, aku perlukan seseorang, seseorang untuk mendengar setiap luahan perasaan aku. Dan seseorang yang boleh aku percayai, kemungkinan Jin adalah orangnya.

"Yeonim.. dia hina aku..", mata Jin sedikit terbeliak. Namun Jin pantas mengawal reaksi mukanya dengan menepuk bahu aku perlahan, cuba menenangkan aku. Ye, aku perlukan seseorang untuk berkongsi cerita. Semakin lama aku pendam, semakin lama jugalah aku akan terseksa.

Yeonim, aku mengenali dia di kelab malam. Katakanlah aku kotor, katakanlah aku jahat, tapi kemunculan Yeonim mengubah segalanya. Dengan dia, aku menjadi lebih periang. Malah, ahli yang lain juga perasan akan perubahan aku, aku kelihatan lebih ceria, tak seperti dahulu.

Sejujurnya, aku menyukai dirinya. Malah aku dapat mengagak yang dia juga merasakan perkara yang sama. Namun aku silap, perasaannya tidak seperti yang aku jangka. Aku sakit, sehingga aku tak mampu melawan, sehingga aku terpaksa berdiam diri, dan membuatkan hati aku jadi lebih terseksa.

"Lepastu, aku nangis sampai dekat depan rumah terbiar tu, jadi aku masuk dalam rumah tu"

"Macam mana kau boleh pengsan?"

"Sebab sejuk sangat, hyung. Sebab tulah aku pengsan. Dan lagi satu..", aku terdiam untuk seketika, senyuman nipis aku ukirkan. Jin pula kelihatan tertanya-tanya dengan jawapan tergantung aku.

"Apa dia?"

"Aku terdengar suara seseorang nyanyi, sedap sangat. Aku teringin nak jumpa dia lagi", aku menatap Jin lama. Jin hanya terdiam sejenak sebelum bersuara.

"Kau.. pasti yang dia manusia?"

"Aku tak pasti, esok aku nak pergi rumah terbiar tu. Aku nak cari dia", Jin mengangguk perlahan.

"Hati-hati ye"

*****

"Hello..", aku menjelajah hampir segenap rumah itu. Namun bayangan manusia pun belum aku temui. Betulkah aku terdengar akan suara itu? atau itu hanya ilusi, ataupun benda lain?

Aku mendongak memandang langit, rumah terbiar ini bukanlah rumah yang lengkap dibina. Rumah ini tidak mempunyai atap serta pintu dan tingkap. Cuma dinding sahaja, itupun banyak yang pecah dan retak.

Takkan ada manusia yang sanggup menginap di sini? lihat sahajalah, penuh dengan habuk dan ditumbuhi kulat di celah-celah dinding. Mungkin juga gadis itu seorang gelandangan.

Setelah memastikan yang tiada langsung sesiapa di rumah itu. Aku pulang ke dorm dengan perasaan hampa.

----------

Vomment💁

[C] Rain [MYG]Where stories live. Discover now