part 1

48 8 1
                                        

Nama aku Kim Ji Won. Aku mulakan rutin harian aku seperti biasa. Bahagia je... Tapi semuanya musnah selepas papa beritahu yang kita akan berpindah. Ucap terima kasih kepada seseorang tu. Eerrrgghhh...dialah penyebabnya..

"Hah!!?? Pindahhh?? Paaa.."
"Yepp..ucap selamat tinggal to Seoul"

Arrggghhh tukar sekolah, tukar kawan, tukar rumah..ishh stress bila pikir balik.

SKIP~ SELEPAS SEMINGGU

Aku memakai uniform sekolah dan mengikat rambut. Sedia untuk ke sekolah baru. Sekolah baru itu tidak berapa jauh dari rumah ku jadi aku beritahu kepada pemandu papa supaya tidak perlu menghidupkan kereta. Aku berjalan kaki manalah tahu takut takut terjumpa kawan baru.

DIHADAPAN PAGAR SEKOLAH

Aku mengeluh...'haihhhh ready sekolah baru?' Aku bercakap sendiri. Tiba tiba nama ku dipanggil. Aku menoleh kebelakang, seorang lelaki berambut perang. Nak dikatakan tinggi..tidak jugak mungkin hampir sama dengan ku.. Tapi yang paling penting die memang comel.

"Kim Ji Won?"

Dia memanggil nama aku sambil menunjukkan muka terkejut.

"Ye saya"
"Eh awak tak ingat saya ke?"
"Hah?"

Aku yang masih bingung menggaru kepala.

"Ye..saya..cuba ingat betul betul"
"Kyung Soo?"

THROWBACK 7 TAHUN LEPAS~~

"D.OOOO tunggulahhhhh.... janganlah lari lagiiiii...haihhhh penatlah.."
"Ji Wonnnn cepatlahhhh dah lambat niii... nanti ibu saya marahlah balik lewattt...cepattlahhhhh"

Kyung Soo berlari kearah ku lalu menarik tangan aku supaya berjalan cepat sikit. Aku dan Kyung Soo berkawan sejak kecil. Aku panggil Kyung Soo dengan nama manja 'D.O'. Tetapi sewaktu di sekolah rendah, D.O terpaksa mengikut keluarganya berpindah atas urusan kerja. Sejak dari tu, kami tak pernah berhubung.

REALITI

"D.O?"
"Hah! Ingat ponnn"
"Wahh banyaknya perubahan..dah makin hensemmm"
"Betul ke? Hehe"
"Awak pon ape kurang nye"

Dia tersenyum sehingga matanya menjadi sepet dan nampak kesemua giginya. Rasanya boleh kira 30 batang semua gigi dia. Haha memang cute giler. >□<

"Nak kemana ni?"
"Nak ke bilik guru. Okay lah saya pergi dulu ye."
"Ouh okay! Nanti rehat jangan pergi dengan orang lain pulak.. pergi dengan saya tau! Banyak benda nak borak"
"Okay"

Dia tersenyum seperti tadi. >□< omoooo cute nyaa. Tetapi senyumannya mula pudar apabila melihat seseorang di belakang ku. Aku yang sedar akan itu hanya berdiam diri dan beredar sambil melambaikan tangan kearah Kyung Soo.

DALAM KELAS~~

"Bangunnnnn!! Selamat pagi cikgu!"
"Pagi murid murid.. hari ini kita ada dua orang pelajar baru"

Aku yang berdebar debar menguatkan semangat untuk melangkah masuk kedalam kelas dan memperkenalkan diri.

"Hello awak semua.. nama saya Kim Ji Won. Boleh panggil Ji Won. Sila beri tunjuk ajar"

Aku menundukkan kepala tanda hormat.

"Okay.. seorang lagi?"
"Hello.. nama saya Kim Ji Yon..sila beri tunjuk ajar" (dalam nada yang suram)

Ouh ya.. Ji Yon ni sebenarnya kembar aku.. Kim Ji Won dan Kim Ji Yon. Yang aku maksudkan penyebab kami berpindah adalah dia. Ji Yon ni mempunyai banyak masalah disiplin di sekolah lama sehingga dia dibuang sekolah, jadi untuk menanggung malu papa, papa putuskan untuk berpindah. Walaupun papa agak berpengaruh, tetapi disebabkan rasa malu..dia nekad untuk berpindah. Tapi yang geramnya, aku turut diheret dalam masalah ini.

Cerita pasal Ji Yon, Ji Yon dan aku adalah dua manusia yang jauh berbeza walaupun muka kami seiras. Aku boleh dikatakan agak periang manakala Ji Yon agak suram dan menakutkan. Macam hantu pon ada. Muka yang pucat dan berambut panjang. Yang membezakan kami ialah warna rambut. Ji Yon berambut hitam dan aku berambut coklat perang.

"Okay.. Oh Sehun tolong alihkan beg kamu kerana Ji Won akan duduk disitu.... Oh Sehunnn.. Oh Sehunn!! Kamu tido!!??"

Sehun yang terkejut lantas mengalihkan beg dan mengelap mulutnya tergesa gesa. Aku duduk dan tersenyum kepadanya.

"Errkk..hai! Aku Oh Sehun...panggil Sehun je"
"Hai! Kim Ji Won...selamat berkenalan"

Aku melihat Ji Yon duduk di meja paling hujung dan paling belakang di dalam kelas. Aku yang berasa berat hati hanya berdiam diri. Aku melihat dari belakang kelibat seorang lelaki yang sedang lena tido..macam kenal... Dia yang berada di hadapan mejaku lantas bangun selepas dikejutkan oleh rakan disebelahnya.. Spontan keluar dari mulut ku

"D.O??!!"

♥hey..ni cerita pertama yang sye tulis...agak membosankan >◇< maaf kalau ada yang rasa bosan..saya akan berusaha jadikannya makin best..

★stu lgi part one mmg pendek T^T huhu..sbnrnye sye suke cerita yang banyak konflik.. so sye tngh try untuk masukkn dlm citer ni...hope berjaya lh huhu..

♥penguin fighting!!!
^○^

Revenge in the Destiny [KyungWon] (malay)Stories to obsess over. Discover now