Ariqa POV
Dushhhhh!
'Aduh tiang mana pulak yang aku terlanggar tengah-tengah MidValley ni. Dahlah aku lambat nak jumpa Wiwin ni.' getus hatiku.
"Hello miss, are you okay?" sapa orang yang aku terlanggar.
'Boleh pulak dia tanya aku okay ke tak? Dia tak nampak ke gunung everest dah timbul kat dahi aku ni. ' getus hatiku.
Terpegun aku sekejap bila tengok manusia yang berada di depanku ni. 'Mak ai, adakah ini bidadara untukku. Hensem bak hang. Kalau jadi laki aku ni, aku kurung kat rumah tak bagi keluar.'
"Hello miss berangan pulak, are you okay? I'm so sorry, saya tak sengaja terlanggar awak. Saya tergesa-gesa sekarang ni. Ni kad nama saya, call saya nanti kalau miss dah pergi klinik cek dahi miss. Nanti saya bayar balik. I'm so sorry again miss. " ujar lelaki tu panjang lebar dan segera berlalu keluar dari MidValley tanpa menoleh lagi.
"Ehhhhh! What your name sir?!" jeritku tanpa menghiraukan orang sekeliling. Namun jejaka tu tak menoleh langsung. Lalu kad nama yang diberi tadi dilihat.
'Aliff Anuar Bin Tan Sri Arsyad.'
"Ehh Wiwin aku dah lupa. Matilah nak." segera aku berlari ke GSC Cinema.
-------------------------------------------
Aliff POV
"I'm sorry sir I got little accident just now." ujarku.
"It's okay. Lets move now. I have important meeting right now." ujar Tan Sri Idham.
'Phewwww nasib baik angin orang tua ni okay kalau tak habis la aku.' getus hatiku.
Aku Aliff Anuar anak tunggal kepada Tan Sri Arsyad jutawan Malaysia yang terkemuka di persada dunia. Memiliki syarikat perkapalan, perindustrian dan perhotelan yang bertaraf tinggi malah lebih tinggi dari Tan Sri Idham. Namun tiada sesiapa pun yang tahu identitiku kerana aku bukan jenis orang yang show off dengan apa yang ada. Buktinya sekarang aku bekerja sebagai seorang bodyguard kepada Tan Sri Idham. Tapi itu hanya sementara sahaja sebelum aku mengambil alih jawatan ayah di syarikat.
Memikirkan tentang itu sebenarnya aku tak bersedia lagi. Aku tak minat sangat bidang business ni tapi disebabkan aku anak tunggal dan satu-satunya pewaris ayah terpaksalah aku memikul tanggungjawab yang maha besar tu. AA Holdings ialah syarikat yang akan aku kendalikan apabila umurku genap 25 tahun dan bermakna lagi sebulan aku akan berhenti kerja dari jadi bodyguard Tan Sri Idham yang juga merupakan rakan kongsi syarikat dan mulakan kerja sebagai seorang CEO AA Holdings.
" Tan Sri saya sebenarnya ada sesuatu nak bagi tahu dengan Tan Sri. " ujarku setelah kereta mula bergerak.
" Hah, ada apa?" balas Tan Sri Idham acuh tak acuh. Dia sebenarnya tidak menyukai Aliff Anuar ni sebab anak daranya meminati Aliff dan baginya Aliff ni cuma sekadar pekerja bawahan yang tidak layak untuk orang golongan atasan sepertinya.
" Ermm.. Saya sebenarnya nak berhenti kerja dan sambung belajar Tan Sri." berdebar-debar dadaku nak bagitahu orang tua ni sebenarnya kang tak pasal-pasal kena tengking.
" Oh okay. Boleh je. Bila nak berhenti?" soal Tan Sri Idham.
' Ehhh. Senang pulak dia nak berhentikan aku. Hahahha. Buat penat je aku tunggu lama-lama nak bagitahu benda ni." desis hatiku.
" Saya nak berhenti hujung bulan ni Tan Sri." ujarku dengan penuh semangat.
" Okay. Nanti saya cari penganti kamu."
" Terima kasih Tan Sri."
-------------------------------------------
YOU ARE READING
Encik Bodyguard VS Cik Busybody
RomanceAliff Anuar. Dia seorang lelaki yang berwibawa, tegas, matang dan tidak kenal erti penat lelah tapi tidak tahu erti cinta. Hadirnya seorang Ariqa Elliyana dalam hidupnya mengajarnya pelbagai erti hidup dan mengajarnya erti cinta. Jika dulu dia seora...
