Part 2

739 32 0
                                    

Farah Alyssa menapak keluar dari bas apabila telah tiba di Kuala lumpur .

Dia terus pergi ke perhentian teksi untuk mendapatkan teksi. Dia amat bertuah kerana terdapat sebuah teksi yang baru berhenti di situ.

Setelah memberi alamat kepada pemandu teksi tersebut, dia pon terus merebahkan badannya untuk merehatkan diri yang lelah.

Farah Alyssa termenung mengingati nasib dirinya yang sebatang kara.

Ibubapanya telah meninggal dunia ketika dia berumur 10 tahun.

Sebab dia datang ke Kuala Lumpur untuk mencari kerja. Sebab yang kedua pula dia ingin lari daripada cemuhan orang kampung yang mengatakan bahawa dia merupakan anak haram.

Dia telah dibuang keluarga. Tiada seorang pon daripada keluarga belah maknya mahupun belah bapanya yang mengaku bahawa Farah Alyssa itu saudara mereka.

Dia tekad membawa diri ke Kuala Lumpur untuk lari daripada cemuhan orang kampung .

Sedang dia leka berangan. "Cik, kita sudah sampai"Kata pemandu teksi itu.

Farah Alyssa yang sedang berangan tersentak akibat teguran daripada pemandu teksi itu. Dia kelam kabut mengemaskan pakaian dan tudungnya.

Setelah dia membayar tambang teksi. Dia segera berdiri dihadapan pagar. "Assalamualikum, Fasya, ohh Fasya. "Panggil Farah Alyssa.

"Waalaikumsalam, sape tu? ". Tanya tuan rumah tersebut.

"Akulah, Farah Alyssa". Jawab Farah Alyssa .

"Aku tak mimpikan?? "Tanya tuan rumah lagi sambil menampar perlahan pipinya.

"Ye, kau tak mimpilah, Fasya ". Jawab  Farah Alyssa sambil menggelengkan kepalanya apabila melihat Fasya yang berdrama.

Fasya merupakan kawan baiknya semasa di kampung dulu. Tetapi Fasya telah pindah ke KL untuk bekerja. Dia dan ibunya melayannya dengan baik sekali walaupun dia dikeji oleh orang kampung.

"Masuklah wei, kebetulan aku baru lepas masak. Pelawa Fasya kepada Farah Alyssa untuk masuk ke rumahnya.

"Wah, langkah kaki kiri dan kanan la aku nie. Bertuahnya badan". Ujar Farah Alyssa bersenda.

"Banyakla kau langkah kanan. Ini namanya rezeki". Perli Fasya sedikit jengkel dengan ayat Farah Alyssa itu.

"Yelah ustazah". Sahut Farah Alyssa 

Skip...

Selepas makan tengahari,Fasya mangajak Farah untuk duduk di ruang tamu.

"Kau datang sini nak buat ape sebenarnya? "Tanya Fasya.

"Aku ingat nak cari kerja. Aku dah tak tahan lagi dah nak duduk kat kampung. Setiap hari kena hina."Adu Farah.

"Kesian kau, Farah. "Ujar Fasya turut bersedih dengan nasib sahabatnya itu.

"Apa salah aku? Bukan aku yang pilih nak lahir sebagai anak luar nikah."Kata Farah dengan perasaan sebal.

"Janganlah cakap macam tu. Sekurang-kurangnya kau patut bersyukur sebab arwah mak bapak kau sanggup bela kau dan tak buang kau." Ujar Fasya untuk menaikkan semangat Farah.

"Astaghfirullahalazim"Ucap Farah apabila tersedar bahawa dia terlalu mengikuti perasaan sedihnya.

"Dah la, tadi aku ada kemas bilik untuk kau. Pergi masuk, mandi and rehat, ok? "Perintah Fasya.

"Yelah, aku masuk dulu"Farah pon berlalu menaiki tangga untuk ke biliknya.

Love You Till JannahWhere stories live. Discover now