PROLOG

45 5 4
                                        

aqash_ start following you
aqash_ liked your post

Bukkk!!

" auchh , sakitnya " adu perempuan berumur 21 itu seorang diri.

Elina menggosok – gosok laju bahagian pinggulnya yang terasa sengal . Sakitnya terasa seperti pinggulnya mahu lesap sedikit demi sedikit. Ini semua kerana terjatuh dari katil sebentar tadi. Mana tak jatuhnya , notifikasi baru dari aplikasi Instagram itu hampir membuatnya hilang akal.

Setelah rasa sengal di pinggulnya berkurangan , dia kembali berbaring di atas katil. Tangannya mencapai telefon bimbitnya lalu dilihat lama skrin telefon tersebut.

Digosok matanya berulang kali untuk memastikan apa yang dilihatnya betul. Namun notifikasi tersebut tetap tidak berubah. Baginya notifikasi tersebut terlalu mustahil untuk berlaku. Memang sah Donald Trump akan jadi Presiden Amerika kali ni.

Lama - kelamaan senyuman bahagianya terukir. Baginya , notifikasi lelaki yang mengikuti akaun intagram nya itu menjadi petanda baik buatnya.

" horeyyy "

Terletus jeritan sukanya. Dia meloncat - loncat seperti kanak - kanak di atas katilnnya menandakan dia terlalu gembira. Setelah penat , dia kembali berbaring di atas katilnya.  Dia memandang skrin telefonnya lama. Dia masih lagi tidak mampu mempercayai notifikasi tersebut . Kalau betullah , apa sudah terjadi kepada dunia? Terbit seribu satu persolan di kotak fikirannya. 

" qash dah hilang akal ke?  " soal Elina berseorangan.

" baik aku call dia " cadang Elina seorang diri lagi.

Nombor lelaki itu dicari di dalam senarai nombor telefon. Nama ' ais batu ' disentuhnya.

" hello , awak demam ke? Kenapa follow saya? Like gambar saya lagi?  Awak dah suka saya ehh? Ke awak tiba -  tiba stalk saya? Awak sihat tak ? Lama saya tak jumpa awak " soal Elina bertubi - tubi setelah panggilannya diangkat.

Keningnya terangkat apabila tiada tindak balas.

" qash , awak denga- "

Belum sempat dia menghabiskan kata - katanya , panggilan sudah diputuskan. Dia mengetap bibirnya tanda kecewa. Namun tidak lah dia terasa sangat. Sudah lali dia dengan perangai dingin lelaki yang bernama Asyraf Aqashah itu.

Elina mengeluh perlahan . Dia merenung wallpaper telefon bimbitnya. Diusap perlahan skrin telefonnya.

" awak tak rindu saya ke ? "

---

Lama dia merenung potret di hadapannya. Beku sahaja wajahnya namun siapa tahu hatinya sedang berlawan dengan akalnya. Seketika dia mengalihkan perhatiannya ke arah sekumpulan lelaki yang asyik berlari - berkejaran di ruang tamu.

" Qash- "

Sepasang matanya difokuskan kepada lelaki yang cuba memanggilnya. Keningnya diangkat apabila melihat panggilan itu terhenti dek tangan lain yang menekup.

" kau ni tak payahlah " 

Kedengaran rakan  yang menekup mulut lelaki itu memarahi dan menghalang lelaki itu dari pergi ke arahnya. Kelihatan lelaki itu melarikan telefon bimbit dari tangkapan rakannya. Kepalanya digelengkan perlahan. Kesal dengan perangai kebudak - budakan mereka.

Matanya masih tidak lari daripada melihat keletah rakan - rakannya. Berkerut dahinya apabila dapat mengenal pasti telefon bimbit tersebut. Belum sempat dia ingin memanggil , lelaki yang memegang telefon bimbit itu berlari ke arah nya.

"  Qashah , kau tengok ni  "

Dia mengambil telefon bimbit yang dihulurkan lelaki itu kepadanya.

" alah kau ni , mati lah aku "

Bunyi rungutan kedengaran apabila telefon bimbit itu di ambil oleh pemiliknya.

Dia melihat skrin telefonnya. Apabila dapat mengenal pasti sesuatu dia mendongak memandang lelaki itu.

" Joe , apa kau buat ni " soal dia keras memandang rakannya tertunduk dengan muka bersalah.

" alah sorry lah Aqash , aku tolong follow untuk kau je. It's not a big deal , right? " ujar Joe dengan tangannya menggaru - garu belakang lehernya.

" it becomes a big deal when it comes to our big bro's  fiancee "  ujar lelaki lain dengan mug di tangannya. Punggungnya dilabuhkan di atas sofa berhadapan dengan Asyraf.

Asyraf mengeluh kasar. Seketika itu deringan dari telefonnya kedengaran. Dia menggulingkan matanya apabila melihat nama pemanggil di skrin telefon.

" Ohh damn "

Dia memandang dua orang kawan dihadapannya dengan tajam sebelum menjawab panggilan tersebut.

Sebaik sahaja butan hijau digesek, suara manis seorang perempuan menyapa.

" hello , awak demam ke? Kenapa follow saya? Like gambar saya lagi? Awak dah suka saya ehh? Ke awak tiba - tiba stalk saya? Awak sihat tak ? Lama saya tak jumpa awak "

Johan dan Amir memandang sesama sendiri. Johan mengangkat keningnya sambil tersengih. Amir turut tersengih.





  ---  

Prolog- vote & comment guysss

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 05, 2024 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Buatmu CintaStories to obsess over. Discover now