Bab 1

1.7K 24 1
                                        

"Angah... Bangun la. Nanti lambat pulak pergi sekolah tu." Kata mak Irah.

"Ish... Apa yang bising ni." Gumam dia sendiri.

"Ye mak.. Angah bangun la ni.." ujarnya kuat.

"Ish.. Mengantuknya. Tidur sat la." Ashifa merungut. Dia menyambung semula tidurnya yang tergendala.


Di dapur


"Mak, angah tak bangun lagi ka?? Dah pukul berapa ni?" Adam merungut.

"Mak dah gerakkan adik kamu tu. Tak keluar-keluar lagi dari bilik tu. Dah pi panggil adik kamu tu." arah Mak Irah.

"Okey la mak. Along berlalu dari dapur menuju ke bilik angah." Adam akur.

Tiba di hadapan bilik Ashifa,  dia mengetuk pintu sambil memanggil adiknya.

"Angah ooo angah. Bangun la. Dah pukul 7.00 ni. Nanti lambat pi sekolah pulak." ujar Adam.

Hampir 3 minit Adam tunggu depan pintu,  masih tidak muncul-muncul juga adiknya.

"Kalau angah tak mau bangun, Along pecahkan pintu ni." ugut Adam.

"Ish... Kacau betul la along ni. Ya angah bangun la ni." ujar Ashifa malas.

"Sat tadi along kata Pukul 7 pagi dah??" desis hatinya.

Terbuka luas mata Ashifa lalu turun dari katil dalam keadaan kelam-kabut. Dia terus mencapai kain tualanya untuk bersiap ke sekolah.

"Ha... Baru nak bangun. Tahu pun kalut nak bangun. Kalau tak, sah dah sampai planet pluto." perli Adam.

"Diam la kau, along." Jerit Ashifa yang sudah ada di depan bilik mandi.

Usai sudah mandi, terus dia menyarung pakaian seragam sekolah untuk ke sekolah.

Selepas itu, terus dia bergegas ke dapur untuk bersarapan pagi.

"Awalnya anak mak ni bersiap nak pergi sekolah. Baru pukul 6.30 pagi." Ujar mak Irah sambil tersenyum.

"Ha? Baru 6.30?" Ashifa terkejut dengan apa yang emaknya beritahu. Ashifa menjeling tajam ke arah Adam.

"Siap kau along, kenakan aku."Desis hatinya. Kemudian dia melangkahkan kaki ke meja dan duduk bersebelahan dengan Adam.

"Tiba masa untuk aku balas balik." desis hatinya.

Ashifa mencubit along yang sedang enak makan nasi lemak yang mak masak untuk sarapan pagi ini.

"Aduhhh sakit la." Along mengaduh. "Awatnya tu along?" Mak Irah tanya.

"Ni ha ada ketam dok kepik-kepik paha ni." Adu Adam.

"Padan muka along tu, tipu angah lagi. Boleh pulak along kata dah pukul 7.00 tadi." Ashifa menjelir lidah.

Usai sudah sarapan, Ashifa memintak diri untuk ke sekolah. Sempat juga dia menyalami Mak Irah dan abang Adam.

Dia bergerak ke bawah rumah untuk mengambil basikal kesayangannya.

Hampir 5 minit dia mengayuh,  dia teringatkam sesuatu.

"Eehh... Lupa pulak.. Nama aku Ashifa. Nama penuh Nurul Ashifa. 17 tahun. Pengawas sekolah. Seorang atlet sekolah. Tahun ni aku SPM. So, kalau korang ak tahu pasal aku lagi. Jom ikut aku." ujar Ashifa

WRITER: Pergi mana??

"Aku nak pi rumah kawan aku pulak la.


____________________________________



"Assalamualaikum. Wawa oooo wawa." Salam diberi oleh Ashifa dari luar.

"Waalaikumusalam. Ye sat la... Aku nak makan ni. Mai la masuk rumah dulu." Sahut wawa dari depan muka pintu rumah.

*situasi beku seketika

"Ha ni kawan baik aku, Wawa. Dia ni baik. Aktif sukan dan pengawas sekolah macam aku." Ujar Ashifa.

*situasi kembali normal

"Ha Ash, mai la makan dulu." Sapa mak cik Murni merangkap ibu Wawa.

"Tak pa la mak cik, tadi dah makan dekat rumah. Wawa cepat sikit, sat gi nak pi rumah Mas pulak." ujar Ashifa.


"Ha okey. Dah nak habis ni. Kau tunggu dekat luar sat." ujar Wawa.

Aku bersalam-salaman dengan mak cik murni.

"Ha jom pergi rumah Mas. Nanti lambat dia marah pulak." ujar Wawa.

"Jom."

Beberapa minit kemudian, sampai rumah Mas.

Kelihatan Mas sudah berdiri sambil bercekak pinggang.

"Opss... Yang ni Maswati a.k.a Mas. Mas ni tegas sikit. Maklumlah adik beradik semua lelaki, dia ja perempuan. So terikut-ikut la sikit perangai yang lain tu." Terang Ashifa.

"Kalau korang nak tahu, kami bertiga adalah kawan karib sejak kami tingkatan satu. Satu kelas pulak tu." ujar Ashifa teruja.

Back to real.

"Awat lambat sangat. Aku tunggu punya la lama." Ujar Mas dengan nada tidak puas hati.

"Sorry lambat.. Ni ha, tunggu wawa makan tadi. Dah jom pi sekolah, nanti lambat kena tahan pulak." Ashifa mengajak mereka berdua beredar  ke sekolah.

"Okey jom."Kata mas dengan wawa serentak.

Kami berkayuh basikal ke sekolah. Dalam perjalanan kami menyanyi sampai tiba ke sekolah. Perhimpunan bermula 7.30pagi.

Semasa perhimpunan Ashifa dan kawannya ternampak seorang budak baru yang berjalan bersama-sama seorang lelaki menuju ke arah pejabat sekolah.

"Ada budak baru masuk la wei." Ujar mas teruja.

"Betul. Handsome pulak tu." Wawa menambah lagi.

"Biar ja la budak tu. Ada aku kisah." Kata Ashifa.

*Bab yang remeh macam ni,  Ashifa tak minat pun.

____________________________________







bbaekhyunotpetai
yyeonxx

Sayangku Ashifa [COMPLETE √]Stories to obsess over. Discover now