Ep6

186 21 14
                                    

Hospital Besar Seoul. 

"Kau temankan aku ni tak lambat ke pergi sekolah nanti?" Taeil pandang Jaehyun yang masih lagi cari parking.

"Baru pukul berapa, aku datang masuk 1.30 petang nanti. Kalau lambat pun bukannya ada perhimpunan"

Dia buka tali pinggang selepas jumpa parking. Jaehyun membantu Taeil buka tali pinggang. Selepas itu, mereka berdua masuk ke dalam hospital.

Selepas menunggu lama, nombor giliran Taeil dipanggil dan Jaehyun terpaksa menolong Taeil bangun.

"Kau tunggu kat luar. Nanti bila dah habis aku panggil kau" Taeil menunjukkan tanda dia okay.

Jaehyun menunggu di luar. Dia berbalas mesej dengan Doyoung.
"Nama Encik Moon Taeil ke ? Doktor yang berada di bilik melihat butiran dirinya dengan teliti.

"Ya.. Bukan ke sepatutnya saya berjumpa dengan Doktor Youngho sekarang ni? " Taeil duduk di kerusi.

"Dia ada dengan pesakit lain. Nama saya Doktor Bambam"

Dia merupakan doktor pakar bedah yang berasal dari Thailand.

"Mulai sekarang awak akan ada appointment dengan saya atau doktor seo" Doktor Bambam mula periksa keadaan Taeil.

Stelekop diletakkan di dada.

"Boleh awak tarik nafas kejap? Okay, dah"

++++

Jaehyun buka radio sebab terlalu bosan dalam kereta dan menyiku Taeil.

"Harini doktor yang lain check"

"Oh. Kau tak masuk kelas ke hari ni?  Aku tengok kau siap rileks lagi" Jaehyun bagi signal dan belok ke belah kanan.

"Harini kelas cancel" Taeil sambil mengunyah cokolat yang sempat beli di kantin hospital tadi.

"Dah tau sakit jagalah kesihatan. Aku tahu doktor suruh kau makan benda berkhasiat dan banyakkan rehat" Ceramah pak imam Jaehyun.

"Aku makan sikit je" Taeil mengigit sikit demi sikit sehinggalah habis.

Jaehyun menggeleng kepala perlahan dan telah sampai ke rumah mereka.

++++

Di rumah. 

"So what we hot and we young"

Jaehyun membuka lagu untuk menghilangkan rasa bosan dan menari sekejap tapi tak lama kemudian dia mendapat panggilan dari seseorang.

"Hello? " Jaehyun mengangkat panggilan.

"Ini Mark dari kelas 1-B" Rupanya anak murid dia yang telefon.

"Macamana boleh dapat nombor Cikgu ni? " soal Jaehyun.

"Saya dapat daripada pengetua" balas Mark.

"Iyeke? Kenapa call Cikgu ni? Kenapa tak jumpa Cikgu kat kelas nanti?"

"Itu lah sebabnya saya call sebab saya nak maklumkan kat Cikgu harini saya tak dapat hadir ke sekolah " beritahu Mark dalam telefon.

"Kenapa kamu tak dapat hadir harini? "

"Harini nenek saya meninggal" beritahu Mark.

"Takziah, Mark"

"Terima kasih , Cikgu" balas Mark.

++++

Di sekolah.

"Bangun~ Selamat petang Cikgu Yoon Oh "ketua kelas iaitu Renjun bangun lalu memberi hormat diikuti pelajar lain.

"Selamat petang cikgu" ikut pelajar lain.

"Selamat petang murid-murid, kamu semua boleh duduk sekarang" ujar Jaehyun.

"Terima kasih cikgu" balas pelajarnya lalu mereka semua duduk di meja masing-masing .

Jaehyun terus mengira bilangan muridnya . Semuanya datang kecuali Mark.

"Kamu semua dah tahu nenek Mark meninggal harini? " tanya Jaehyun kepada semua pelajarnya.

"Tahu, Cikgu" balas semua pelajarnya.

"Siapa yang maklumkan pada kamu semua? "

"Mark bagitahu dalam group whatapps" Renjun bersuara.

"Lain kali masukkan Cikgu sekali" gurau Jaehyun.

"Cikgu ada ke?" tanya Sorn.

"Kalau Cikgu suruh masukkan adalah" balas Jeno sambil mengetuk kepala Sorn.

"Aduh sakitlah! cikgu tengok Jeno ni" Sorn mengadu kepada Jaehyun sambil mengusap kepalanya.

"Lee Jeno" tegur Jaehyun.

"Macamnilah murid kesayangan Cikgu. Dengar cakap" ujar Jaehyun sambil mengusap kepala Jeno.

"Buerk" Sorn menjelirkan lidahnya kepada Jeno.

Jeno hanya pandang dengan penuh sakit hati.

"Dah diam, Cikgu nak tanya kenapa nenek Mark tu meninggal"

"Nenek dia meninggal sebab sakit jantung" Jaemin mengangkat tangannya .

Jaehyun tiba-tiba teringat tentang Taeil kerana mereka berdua ada penyakit yang sama.

"Cikgu? cikgu" Jisung melambai tangannya ke arah Jaehyun.

"Hah? apa ?" Lamunan Jaehyun terhenti.

"Kenapa dengan Cikgu ni? " tanya Chenle.

"Takde apa-apa cuma Cikgu teringat kat seseorang" balas Jaehyun.

"Teringat kat awek ke cikgu? " Haechan terketawa kecil.

"Banyak cantik kamu . Sejak bila Cikgu ada awek ni? " ujar Jaehyun.

"Saya memang cantik pun, Cikgu" balas Haechan dengan penuh savage .

(Gambar ini diambil selepas Haechan membuat persembahan pada hari guru)

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

(Gambar ini diambil selepas Haechan membuat persembahan pada hari guru)

Satu kelas ketawa tengok Haechan.

"Dah diam, buka buku muka surat 45 " Jaehyun memberi arahan.

"Hah apa?? " Jaemin mengangkat tangan sambil menyelak muka surat.

"MUKA SURAT 45! LAIN KALI DENGAR! " Jaehyun menyilangkan tangannya di dada.

"CIKGU TAK HANDSOME! " Jerit Jaemin dengan kuat sehingga boleh didengari pengetua di pejabat.

"APA KAMU KATA? " Jaehyun berlakon marah .

"LAIN KALI DENGAR" balas Jaemin.

Satu kelas tepuk tangan kerana kagum dengan keberanian Jaemin.

Tapi nampaknya,seseorang bakal dapat amaran dari pihak sekolah.

-TBC

Without You | 견딜만해 | Moon Taeil Donde viven las historias. Descúbrelo ahora