1.

12 0 0
                                        

Kaki melangkah laju ke arah masjid universiti yang tak jauh dari kolej. Begpack dibelakang dah terasa semakin berat, ditambah dengan paras malu yang dah semakin meninggi, Payung yang dipegang ditarik semakin rapat ke badan untuk melindungi diri daripada bertemu mata dengan lelaki berkopiah, berjubah atau hanya memakai jeans dan baju tshirt yang sedang menuju ke arah masjid. Nasib baik juga kereta yang diparkir di sisi jalan dan disekitar masjid sedikit sebanyak melindungi dia yang berketinggian tak sampai 150cm.


Dia mengeluh panjang sambil beristighfar. Rasa macam nak bantai diri sendiri je.  Kenapa dia tak teringat satu fakta yang maha besar? Fakta penting! Harini Jumaat dan seriouslah kenapa dia dengan muka blur menonong je jalan ke arah masjid? 

Kaki berhenti pada salah satu kereta yang dipakir. Dia menyandar keletihan sambil mengibas tudung yang dah rasa menyesakkan. Ini bukan letih marathon, tapi letih mengelak daripada bertembung dengan kaum yang satu lagi.

______________________________________________________________________________

Dia memandang cermin pandang belakang untuk memastikan sekali lagi kereta yang diparkir dah berada dalam kotak yang betul. Setelah berpuas hati, brek ditarik dan enjin kereta dimatikan. Tangan menarik keluar minyak atar dari laci dashboard kereta kemudian dicalit sedikit pada kedua belah pergelangan tangan dan dibawah dagu. Dia menyandar pada kerusi, mencari kekuatan, Harini permulaan yang baru. Dia cuba untuk memberi kekuatan pada hati yang dah rasa semakin nak lari.

Bunyi disebelah pada pintu kereta betul betul menyentak dia dari lamunan.

"Weh sape yang si...."Dia mengurut dadanya perlahan sambil beristighfar. Itu yang sentiasa ditekankan oleh sahabatnya. Bila marah, istighfar. Jangan maki.

(cont)

ps : Rasa nak post sebab nak post?  sebab rasa nak bercerita dalam versi yang tak official. sebab rasa macam malas nak save dalam draft.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 24, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Her randomnessWhere stories live. Discover now