Permulaan rasa ?

4 0 0
                                    

                      Dalam tangisan keperitan yang dirasainya , Airis mengagahkan diri untuk berjalan menuju ke perhentian bas yang terletak lebih kurang 3 kilometer. Setelah tiba di bus stop, dia mengambil keputusan untuk menelefon Nia untuk membantunya.

Airis : Assalam... Niaa...Tolongg akuu.... ( nada teresak-esak )

Nia : Ya Allah, kenapa ni Airis ? Cuba cerita kat aku?

Airis : Aku kena halau.. Aku kat bus stop.. dekat ..dengan rumah... To...longg

                       Secara tiba-tiba, Airis rebah di hadapan bus stop. Nia cuba bercakap dengannya dalam talian tetapi tiada suara kedengaran. Air hujan mulai membasahi tubuh Airis dalam kegelapan malam. Nia bersiap-siap untuk memandu myvinya bagi menjejaki Airis.

[[SKIP]]

                        Farez Haqiem yang sedang memandu honda jazznya menguatkan radio dan bernyanyi riang di dalam keretanya. Tiba-tiba, terdapat susuk tubuh yang terlentang  yang telah berjaya menangkap perhatiannya. Dia memberhentikan kereta di tepi jalan kerana gerak hatinya memujuk.

                    " Sape yang pengsan kat depan bus stop dalam hujan ni ? Aku harap bukan helah perompak untuk buat jahat kat aku.."     "Bismillahirahmanirahim"

                    Terbuntang mata Farez apabila dia melihat gadis yang sedang pengsan itu merupakan gadis yang dicintainya, Airis Saffiya. Tanpa berfikir panjang, Farez memapah Airis sehingga ke dalam kenderaannya. Dia juga memsasukkan dua bagasi yang dibawa Airis ke dalam bonet kereta.

[[SKIP]]

                  " Ya Allah mana Airis niiii. Puas aku pusing kawasan ni tak nampak langsung kelibat dia. Telefon juga tidak diangkat. Ya Allah, selamatkanlah Airis", Nia bermonolog kerisauan di dalam keretanya. 

             Nia pulang ke rumah setelah hampir setengah jam mencari Airis. Dia melakukan solat hajat  sejurus tiba di rumah bagi mendoakan keselamatan Airis.

* Di rumah Farez.....*

Puan Indah : Farezzz ! Anak siapa awak bawak balik ni ris ? Apa awak dah buat sampai dia jadi macam ni ?

Farez Haqiem : Ibu, ni kawan Haqiem bu. Haqiem jumpa dia pengsan depan bus stop. Takpe kan kalau Haqiem bawa balik? Tolong bu... ( rayu Farez )

Puan Indah : Ya Allah, macam mana boleh jadi macam itu. Bibikkk, tolong papah adik ni ke bilik tetamu 1 . Tolong tukarkan pakaiannya dan tengokkan dia sampai sedar.

                    Airis dipapah oleh bibik di rumah Farez menuju ke bilik tetamu 1 yang  terletak tidak jauh dari bilik Farez.

                            " Thanks bu "

                            " You re welcome, sayang ibu "

                   Farez menuju ke biliknya menukar pakaian. Setelah itu, dia masuk ke bilik tetamu untuk meninjau keadaan Airis yang sedang bersama bibik.  Farez tidak senang duduk dan wajah Farez kelihatan sangat risau dan cemas.

Bibik : Waduh, nak farez. Kenapa khawatir banget sih? Nak Farez suka ya sama gadis ini?

Farez : Eh mana ada bikkk ( jawab Farez malu )

                  Tidak lama kemudian, Airis tersedar dalam pukul 1. Farez yang tidak tidur dari tadi menghampiri Airis. Airis tersentak sedikit apabila orang yang pernah curi-curi mengambil gambarnya di hadapannya bersama seorang wanita berpakaian seperti pembantu rumah.

                   "Kauu...??? Saa..saya kat mana nii?Kenapa kau katt...", belum sempat Airis menghabiskan pertanyaannya, Farez menjawab.

                 " Dah sedar pun.  Eh awak cam muka saya? Macam ni, tadi saya tengah bawa kereta then saya ternampak awak pengsan dekat bus stop.  Saya pun bawa awak ke rumah saya.", balas Farez.

                  " Saya nak balik .. Ehh takk.. Saya nak pergi", kata Airis tersekat-sekat

                  " Awak nak pegi mana? Saya tahu awak mesti ada hal personal kan dan terpaksa keluar dari rumah? Saya nampak awak bawa dua bagasi. Awak tak perlu tipu saya..", Farez cuba membongkarkan apa yang sebenarnya terjadi kepada Airis.

                  "Ya, saya dihalau. Tapi saya taknak duduk sini. Saya taknak menyusahkan sesiapa", kata Airis dengan nada sayu.

                   " Tak, awak tak menyusahkan sesiapa. Kalau awak nak keluar pun tunggulah pagi esok. Dalam rumah ni ada parents dan family saya sekali. Awak tak payah risau", pujuk Farez

                    " Baiklah esok pagi saya pergi. Terima kasih sangat sebab tolong saya.", ucap Airis.

                     " Sama-sama.. Awak tidola dulu. Saya keluar dulu ye? Kunci pintu ni. Nak apa-apa panggil" , Farez keluar dari bilik meninggalkan Airis.

Di dalam bilik tetamu Airis...

              " Baiknya dia. Kalau dia tak tolong aku tengah pengsan tadi, mungkin penjahat dah boleh buat macam-macam kat aku. Sanggup dia tolong aku dan bawa aku kat rumah dia. Terima kasih Allah temukan aku dengan orang sebaik dia", Airis benar-benar lega dan bersyukur.

            Telefonnya tiba-tiba berdering dan memaparkan nama Nia. Airis menjawab panggilan Nia dan menceritakan apa yang telah berlaku dan memberitahunya supaya menjemputnya pada esok pagi. Nia berasa sangat lega apabila mengetahui sahabat baiknya dalam keadaan selamat.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 20, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Terima kasih 143Where stories live. Discover now