Berikan aku satu hari,
Untuk aku hidup kembali,
Kerana selama ini aku rasa mati,
Seakan tiada gedupan jantung dalam diri,
Tiada ikhlasnya riang memanggil mari,
Semua gelap gelita bak malam tiada bulan menyinari.
Aku pinta satu hari.
Untuk lenyapkan segala memori.
Dan terus hidup lupa dengan apa pernah aku lalui.
