MIMPI INDAH MALAM

4 1 0
                                        


Mimpi indah malam bersama matahari

Aku dibawa pergi

Tidak hanyut

Sekadar hilang dalam ada

Mimpi indah malam bersama matahari

Lebih buat aku sentosa

Kerana siang bersama bulan

Sinarnya membiarkan aku dalam

Pedih dan pedihku

Penuh luka yang tidak bermata

Topeng- topeng pelangi

Aku gantung

Tidak boleh gagal

Tidak boleh kecewa

Tidak boleh hampa

Beribu kali aku cuba memaafkan

Beribu kali aku cuba memaafkan

Beribu kali aku cuba memaafkan

Mimpi indah malam bersama matahari

Menjelma lagi...

Aku dibawa pergi

Tidak hanyut

Aku terus hilang dalam ada

Entah sampai bila

Entah esok lusa

Kerana....

Mimpi indah malam bersama matahari ini

Bukan penawar pedih dan luka

Aku kembali pada Dia

Adakah Dia ada?

Aku mahu satu

Mimpi indah malam bersama matahari

Hanya sementara

Siang bersama matahari

Malam bersama bulan

Dan aku....

Mudahlah aku bersama Dia

JS

8.9.17

0056

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 08, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

PUISI KOSONGWhere stories live. Discover now