Anak Tunggal

12 1 0
                                        

Bilik kau dekat dengan ruang tamu .Malam tu kau terlupa nak tutup pintu bilik kau macam yang mak kau selalu pesan dan selalunya kau akan tutup.kau terlupa sebab kau kepenatan mengemas rumah seharian kerana Hari Raya Aidiladha makin dekat.

Kau pun naik keatas katil dan terus tido

Pukul 3 pagi kau terbangun sebab nak buang air kecil tapi belum sempat kaki kau jejak kat lantai bilik.kau terdengar suara ketawa budak budak

Kau pun cari dari mana arah bunyi tadi dan bila kau tengok melalui pintu bilik kau yang terbuka luas.

Kau nampak rupanya ada dua lembaga seperti kanak kanak yang membelakangi kau sedang meloncat kegembiraan di atas sofa yang berada di ruang tamu

Kau takut sebab kau merupakan anak tunggal manakala saudara atau sedara mara kau pulak dah besar

Kau pun memusingkan badan ke arah bertentangan dan kau terkejut kerana dua lembaga itu sudah berada didepan mata kau

Yang satu kedua belah mata tiada manakala hidung terbelah di tengah sehingga menampakkan daging yang berdarah dan ulat mengelilinginya.mulutnya pula kelihatan seperti dijahit

Yang satu lagi pula mukanya seperti dilenyek atau dihiris dengan benda tajam sehingga tiada lagi bentuk muka manakala organ organ didalam badan terburai

Bau busuk pula semakin menyengat dan membuatkan tekak kau loya

Tiba tiba salah satu lembaga itu berkata dengan suara yang menyeramkan "abang,jomlah main dengan kita orang"

Kau rasa apakah tindakan yang kau buat

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 31, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Creepy (short story)Where stories live. Discover now