KENANGAN

13 1 0
                                        

3 tahun dahulu

Ika adalah pelajar baru tingkatan 3 dari KL.Dia seorang yang pemalu tetapi hanya buat sementara kerana mempunyai seorang sahabat yang begitu lawak,iaitu Susila berbangsa india.Dia seorang sahaja berbangsa india di dalam kelas.Tingkatan 4,Ika dipilih oleh cikgu untuk menjadi pengawas sekolah.Tahun itu juga,Ika mengenali seorang lelaki yang begitu tampan dan juga pelajar tingkatan 5 iaitu Muza.Hati sudah berbunga-bunga bila terlihat dia dan bayangkan dia menjadi kekasih bagi dia.Semasa di tingkatan 5,lelaki yang bernama Muza sudah hilang dari ingatannya kerana sudah sampai masanya untuk belajar dan membuat persediaan bagi peperiksaan SPM.

Ika menutup kembali buku diarinya dan mengelamun sekejap.

DAMM!
Bunyi satu pukulan yang kuat telah membuatkan Ika tersedar dari lamunannya.

"Haaaaa,mesti dia ingat seseorang ni."Kalai mengelakkan Ika kerana raut mukanya amat lucu.Kalai adalah seorang gadis india.Dia sentiasa tersenyum walaupun mempunyai masalah dan seorang lagi kawan Ika ialah Chai,dia seorang gadis orang asli dan mix cina kerana ayahnya orang cina.Mereka bertiga adalah kawan di tingkatan 6.Mereka ini juga dikatakan seperti belangkas kerana mereka sentiasa bersama kemana jua.

"Ishh,mana ada!"marah Ika kepada Kalai.Chai hanya tersenyum melihat gelagat mereka berdua.

"Kalai,Ika cikgu dah sampai."Chai cuba menenangkan keadaan walaupun bukan pergaduhan yang besar.

"Selamat petang cikgu."

"Selamat petang.Ok,duduk.Hari ini cikgu nak buat kuiz PP.Dah bersedia semua."Cikgu Zilah melihat anak muridnya seperti tidak bersedia kecuali Khumairah.Cikgu Zilah adalah guru Pengajian Perniagaan.Beliau pandai membuat lawak jenaka agar kami tidak mudah tertidur pada waktunya.

"Jawab sampai pukul 2.30."
Kertas kuiz diagihkan.

1 jam kemudian,

"Ok,masa sudah tamat.Kamu boleh pulang sekarang."Masa yang ditunggu oleh pelajar kelas 6R-USM.Mereka semua bergegas untuk pulang ke rumah dan pelajar asrama pulang ke asrama masing-masing.Kecuali Ika,Kalai dan Chai.

Mereka bertiga sering keluar lambat sebab SELFIE TIME!!!

Selesai berselfie,mereka bertiga bergelak tawa kerana melihat gambar-gambar selfie mereka.

TIBA-TIBA.......

CINTA UNIK Where stories live. Discover now