Prolog

126 2 0
                                    

Prolog

"Nurul Fazlinda Binti Zahari !" jerit Puan Asiah .
    Berdengung satu rumah dengan jeritan Puan Asiah itu . Tetapi pemilik nama yang dipekikkan masih lagi lena diulik mimpi . Sedikit pun tidak bergerak dari perbaringannya . 'Ish budak ini .' Puan Asiah berdecit geram .
     Laju kaki Puan Asiah melangkah ke katil Fazlinda . Dipulasnya telinga anak daranya yang seorang itu . Fazlinda yang tadinya lena , mengaduh sakit apabila terasa telinganya dipulas . "Haa tau pun sakit . Dah tu tak reti-reti nak bangun ." bebel Puan Asiah seraya melepaskan tangannya dari terus memulas telinga Fazlinda .
     "Apa ni Ibu , sakitlah." adu Fazlinda lagi sambil menggosok-gosok telinganya yang merah itu . Dia bangun dari perbaringannya , dan menghadap ke arah Puan Asiah yang berada di hadapannya .
     "Eh , dah . Tak payah nak sakit sangat . Dah lambat dah ni . Adik tu dah masuk kolej tau . Bukannya sekolah lagi . Tapi nak bangun pagi pun susahnya ya Allah ." bebel Puan Asiah lagi .
       Fazlinda hanya menarik muncungnya sedepa dan berlalu ke bilik mandi . Dicapainya tuala , dan terus membolos masuk ke dalam bilik mandi . Tidak dipedulikan sedikit pun ibunya yang sedang membebel itu . 'Pagi-pagi dah kena ceramah , kenapalah aku tak terima je tawaran untuk duduk di kolej yang disediakan.' bisik hati Fazlinda .
        Puan Asiah hanya menggelengkan kepalanya melihat anak daranya itu . Umur sahaja sudah meningkat , tapi perangai mengalahkan budak yang berumur 5 tahun . Nak bangun pagi pun , nak kena dikejut . Sabar jelah .

          Usai mandi , Fazlinda mengenakan pakaian yang sesuai untuk pergi ke kolej . Sahaja dia memilih untuk memakai seluar slack hitam , 'jumper' hitam dan selendang hitam dipilih untuk melengkapkan gaya 'All Black' untuk hari pertama . Jam di dinding dikerling . Matanya terbuntang luas melihat waktu yang ditunjukkan . 7.00 pagi tepat . "Ibu !" kuat dia melaung .
           Puan Asiah yang sedang membancuh kopi di bawah , hanya tergelak dengan laungan anak daranya itu . Padan muka ! Seronok Puan Asiah dapat mengenakan anaknya itu . Encik Zahari yang sedang membaca surat khabar di meja makan terpana sebentar dengan laungan Fazlinda . Pandangannya dikalihkan ke arah Puan Asiah . Terjongket sebelah keningnya .
            Puan Asiah hanga menjongketkan bahu sambil tersenyum sinis memandang Encik Zahari . "Awak ni lah ." kata Encik Zahari sambil menggeleng-gelengkan kepalanya . "Eh , anak dara abang tu haa . Susah sangat nak bangun pagi . Dia ingat dia tu budak sekolah lagi ." kata Puan Asiah . Kopi yang siap dibancuh dituangkan perlahan ke dalam cawan , dan dihidangkan kepada suaminya itu .
         "Awak ni , macam lah tak kenal anak awak sorang tu ." balas Encik Zahari sambil menghirup kopi yang disediakan . "Kenal sangat dah .." derapan kaki menuruni tangga mematikan bebelan Puan Asiah . Kedua-dua suami isteri itu mengalihkan pandangan ke arah tangga . Dilihatnya Fazlinda yang sudah lengkap berpakaian . Mulutnya masih di muncungkan tanda protes .
         Fazlinda berjalan ke arah kedua orang tuanya itu . Dia mengambil tempat di sebelah Encik Zahari . "Abah , ibu pulas telinga Lin tadi . Lin ingat dah lambat , rupanya baru pukul 7." adunya pada Encik Zahari sambil memeluk tangan ayahnya itu . Puan Asiah yang berada di hadapan mereka berdecit geram. 
         "Lah , yeke . Sini abah tambah lagi sebelah ." kata Encik Zahari sambil tangannya mencapai telinga Fazlinda . Laju sahaja Fazlinda melepaskan tangan Encik Zahari dan terus menelekup telinganya . Puan Asiah hanya tergelak melihat Fazlinda . Diangkat kan ibu jarinya ke atas dan menayangkan ke hadapan muka Fazlinda . Berang Fazlinda dibuatnya . 
         "Ibu ni !" laung Fazlinda geram . Encik Zahari dan Puan Asiah semakin galak mentertawakan Fazlinda . Semakin panjang juga muncung yang ditarik Fazlinda . "Haa dah . Makan ni , nanti karang sakit perut pula tak sarapan ." jemput Puan Asiah setelah puas mentertawakan anak daranya itu . Laju sahaja Fazlinda mencapai pinggan dan menyenduk nasi goreng yang dimasak Puan Asiah . 'Pandai je ibu ni nak amik hati aku . Masak je nasi goreng kegemaran aku ni , cair terus .'
            Fazlinda terus melahap nasi goreng dihadapannya . Mulut yang tadinya muncung sedepa , kini tersenyum sampai ke telinga . Puan Asiah dan Encik Zahari hanya menggelengkan kepala melihat telatah anak dara mereka itu . Sekejap marah , sekejap manja , sekejap lagi , suka . Tak faham sungguh dengan kehendak anak mereka itu . Leka suami isteri itu melihat anak mereka .
            Fazlinda yang tadinya leka menjamah nasi goreng , memandang pelik ibu dan abahnya . "Haih . Kenapa ibu dengan abah tak makan sekali ?" tanya Fazlinda sambil tangannya sibuk menambah nasi ke dalam pinggannya . "Kami awal lagi tadi dah makan . Lin tu je yang lambat ."
           Selesai makan , Fazlinda meminta diri untuk ke kolej . Kasut Vans hitamnya disarung . Dia menyalam kedua ibu bapanya itu . “Jaga diri tu , cari kawan yang baik-baik.” pesan Puan Asiah . Fazlinda hanya mengangguk tanda faham . Pintu Honda Jazz miliknya dibuka dan terus membolos masuk ke dalamnya . Sekali lagi dia melambai tangan kepada kedua ibu bapanya yang berada di hadapan pintu rumah mereka . Sekilas itu , keretanya hilang dari pandangan .
               15 minit kemudian Fazlinda tiba diperkarangan kolejnya . Dilihatnya sekitar kawasan kampus itu . Terlihat segerombolan pelajar perempuan . Berjalan ala-ala 'catwalk' , dengan pakaian mereka yang agak terdedah , kasut tumit tinggi dan beg tangan yang disandang . 'Hmm mesti akak-akak panas ni .' desis hatinya . Fazlinda melihat dirinya yang berpakaian sempoi itu . Memang jauhlah kalau nak dibandingkan dengan diorang tu . Malas melayan , Fazlinda terus berjalan memasuki kolejnya .
                Pertama sekali , dia perlu mencari kelasnya . Fazlinda sudah menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal . Mana pula dia nak cari kelasnya dalam kampus yang sebesar itu . Tiba-tiba seorang lelaki melepasi Fazlinda . 'Peluang baik !' detik hatinya . Laju sahaja kakinya melangkah mengikuti jejak lelaki itu . "Awak ." panggil Fazlinda perlahan . Lelaki itu sedikit pun tidak berkalih pandangan . "Awak ." panggil Fazlinda sekali lagi . Masih tiada reaksi . 'Eh , mamat ni pekak ke apa ?'
                Tak boleh jadi ni . Dilajukan langkahnya supaya dapat mendahului lelaki itu . Setelah mendahului lelaki itu , dia mengangkat kedua-dua belah tangannya meminta lelaki itu supaya berhenti . Terbuntang mata lelaki itu memandang Fazlinda . Kakinya yang tadi laju bergerak , kini terhenti dek Fazlinda . 'Minah mana lah pulak ni ?' bisiknya perlahan . Tersenyum lebar Fazlinda melihat lelaki itu akhirnya memberhentikan langkahnya .
                  "Awak , saya nak tanya boleh ?" tanya Fazlinda dengan nada yang sehabis lembut . Saja nak mengambil hati lelaki didepannya itu . Bukan apa , gerun juga dia melihat rupa lelaki itu yang serupa singa mahu menerkam mangsanya . Ada juga dia tak sampai ke kelas nanti . "Kau ada nampak aku ni macam kaunter pertanyaan ke ?" herdik lelaki itu . Daripada tersenyum lebar , terus Fazlinda menarik muka . 'Kurang asam punya mamat . Aku cakap punyalah lembut , dia balas macam tu dekat aku ?' detik Fazlinda geram . Fuhh ! Fazlinda menarik nafas panjang menenangkan dirinya .
                 "Awak , saya cakap elok-elok kot . Saya budak first year . Jadi , saya tak tau kelas saya lagi ." terang Fazlinda . Tajam sahaja lelaki itu merenung Fazlinda . Senyuman sinis diberikan kepada Fazlinda . "Pandai-pandailah kau hidup ." balas lelaki itu dan terus berjalan meninggalkan Fazlinda yang terpinga-pinga . 'Cis ! Hampeh betul .' bentak Fazlinda geram . Dihentakkan kakinya ke lantai melepaskan geramnya . Harap-harap itulah kali pertama dan terakhir berjumpa dengan lelaki tu . Kalau tidak , tau lah nasib dia nanti .
                  Fazlinda berjalan menuju ke bangunan kampus yang tertulis 'Science Communication' . Mungkin di sini letaknya kelas dia . Laju kakinya melangkah . Matanya tertumpu pada setiap tanda yang ditampal dipintu . Telefon bimbit di tangan dibuka . 'Screenshot' jadual kelasnya dirujuk kembali . 'SC 001' ialah kelasnya untuk pagi itu . Matanya kembali menumpu pada setiap tanda . Mana pulaklah kelas aku ni ?' detik hati Fazlinda . Jam ditangan dikerling , dah 8.25 pagi . Lagi 5 minit kelasnya bermula . Tetapi bayang kelasnya masih lagi tidak muncul . Fazlinda sudah mula menggelabah . Dia tidak mahu lambat untuk kelas pertamanya .

_______________________________________

Ps : Hye ! So , ini penulisan first yg saya publish bagi org baca . Sebab saya pun tak confident utk bagi org baca . And act , saya masih lagi belajar utk perbaiki saya punya penulisan . Apa² boleh comment , kalau nak tegur apa² yg tak ok punn boleh . Saya lagi suka 😊 Hopefully , cerita ni boleh entertain korg . And semua watak is fictional . Anyway , selamat membaca 🙂

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 18, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

ENCIK SENIORWhere stories live. Discover now