Eomma .. eomma .. wae eomma ? wae ?!! kenapa eomma tinggalkan Min Hee seorang diri ? Wae ? Eomma jahat ! jahat !
Untuk keberapa kali aku asyik menyebut benda yang sama . Sudah beberapa kali juga maid Jae Hol mengetuk pintu untuk menyuruh aku keluar . Semuanya menjadi senyap bila aku bangun dari tidur 30 minit lalu .
Hanya tangisan aku yang kedengaran . Tangisan merindukan eomma yang semestinya takkan kembali . Selepas pemergian appa 2 tahun lalu , aku hanya tinggal bersama eomma . Eomma menjaga aku dengan penuh kasih sayang . Meskipun appa tiada , kami masih boleh hidup seperti orang lain .
Lagi pula , appa meninggalkan wasiat syarikat Mix Holdings yang juga antara paling besar dan terkenal di Korea . Eommalah yang bertanggungjawab mengurus syarikat itu .
Eomma pernah kata , jika eomma tiada nanti , eomma akan beri syarikat appa kepada aku . Bagi aku , itu semua tiada makna lagi . Aku tiada sesiapa di sisi . Aku tiada sesiapa untuk beri sokongan kepada aku jika aku jatuh .
Air mata aku mengalir lagi . Kali ini lagi banyak air mataku yang jatuh . Aku membiarkan ia membasahi pipi aku .
Malam itu , aku tidur bertemankan air mata . Bantal eomma aku peluk erat erat .
___________
Rumah keluarga Ong
" Yeobo yah , saya rasa kesian lah dekat Min Hee tu . Sejak Ha In unnie takde ni , takde sesiapa dah jaga si Min Hee tu " kata Mrs Ong sambil memasukkan biskut ke dalam mulut .
" Alah , Jae Hol kan ada . Maid dia tu . Mesti dia tolong jaga Min Hee tu " jawab Mr Ong bersahaja sambil matanya menghadap skrin TV yang menyiarkan drama ' Queen For Seven Days ' .
" Itulah yang saya risaukan yeobo . Maid sekarang bukan boleh percaya sangat . Entah entah dia nak duit je kot.. " Mrs Ong mula merasa tidak enak apabila memikirkan Min hee sekarang tinggal bersama Jae Hol .
Dulu , Jae Hol itu maid keluarga mereka . Tetapi , tak sampai 2 bulan kerja , Jae Hol disahkan mengandung anak luar nikah . Entah siapa yang mengandungkannya . Entah bagaimana Ha In unnie boleh ambil dia berkerja .
Mrs Ong mengeluh lagi apabila memikirkan hal itu . Cepat cepat dia membuang jauh jauh pemikiran itu .
" Kalau macam tu , awak bawa je dia tinggal kat rumah kita . Tak payah susah susah fikir " Mr Ong masih lagi fokus ke arah skrin tv berbanding percakapan isterinya . Tetapi cadangan itu hanya mahu menguji isterinya saja . Tidak mungkin isterinya akan membawa Min Hee tinggal bersama mereka . Tapi sangkaannya meleset sama sekali .
" Wah ! Bagus juga candangan awak tu . Lagipun kita tinggal berempat je kat rumah ni . Ji Hoon pula jarang balik " Mrs Ong sudah tersenyum senyum membayangkan sesuatu membuatkan Mr Ong menjadi pelik .
" Errr.. saya bergurau je . Kalau awak taknak takpe " Mr Ong terus memandang ke muka isterinya . Dia sedikit panik . Bagaimana kalau isterinya betul betul bawa si Min Hee tu tinggal di sini ? Oh no !
" Apa pulak tak naknya yeobo ni. Of course saya nak. Tak sabar nak bagi tahu dia " Mrs Ong bingkas bangun dari sofa dan ingin bergerak ke bilik untuk menelefon Min Hee .
Pasti Min Hee gembira untuk tinggal di sini .
Mr Ong kaku . Tidak dapat berkata apa apa lagi yang dapat menghalang isterinya ntuk membawa Min Hee ke rumah mereka . Hanya keluhan di lepaskan .
___________
Aku terjaga daripada tidur apabila Mrs Ong menelefonku pagi tadi . Terkejut juga tiba tiba sahaja Mrs Ong menelefonku. Dan dia lagi terkejut bila Mrs Ong mengajak aku tinggal bersama mereka .
Bukan aku tak nak , pelbagai alasan aku bagi untuk tidak mengecilkan hati Mrs Ong . Tetapi apakandaya , aku mengalah juga akhirnya . Aku akur . Terpaksa tinggal bersama keluarga Ong dan paling menyakitkan hati , boleh ke Seung Woo menerima aku ?
Bukan aku tak tahu , Seung Woo ialah sepupuku yang paling tidak rapat . Bukan aku tidak mahu rapat , Seung Woo yang menjauhkan dirinya daripada aku . Apa nak buat , orang dah tak suka meskipun aku tak tahu apa sebab Seung Woo tidak menyukai aku . huh !
YOU ARE READING
Only You [ MALAY FANFIC ]
Fanfiction" Omma dan appa aku cuma kutip kau je ! Tak payah berlagak macam kau sebahagian dari keluarga ni perempuan murah ! " Ong Seong Woo " Sebelum menghina orang , tengok diri sendiri dulu . Apa guna cermin banyak kat rumah ni ! " Jae Min Hee " Kalau hyun...