We've updated our Content Guidelines.
Review the latest guidelines to keep sharing stories safely.

1ST : BE MY GIRLFRIEND?

10 1 1
                                        

Aku membuang pandangan di jam tangan untuk melihat waktu. Nampaknya aku sudah lewat. Aku harap gang penyangak tu tak muncul malam ni. Selalunya mereka akan selalu berkumpul di perhentian bas dan untuk sampai ke rumah aku terpaksa melalui perhentian bas itu. Tiada jalan lain. Sekiranya ada sekalipun,mengambil masa setengah jam. Itu jalan panjang yang sekarang aku ikut ini jalan pintas.

Mahu atau tidak aku terpaksa melaluinya. Salah aku juga kerana pulang lewat walaupun ibuku telah memesan untuk pulang lebih awal. Aku melpaskan keluhan berat dan serta-merta langkah aku terhenti. Gang penyangak itu ada di sana. Selalunya aku dan Sehun yang lalu jalan ni sebab dia nak hantar aku. Sekarang aku keseorangan pula. Menyesal pun ada.

Aku menarik zip hoodie aku ke atas hingga di leher lalu menutup kepala. Tanganku dimasukkan dalam poket seperti seorang penyangak jugalah. Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum meneruskan langkah. Dalam hati tak lepas berdoa. Perlahan-lahan aku membuka langkah tanpa sebarang bunyi. Sesekali aku mengerling ke arah mereka. Syukurlah mereka tidak sedar kehadiran aku.

Setelah melepasti tahap kritikal pantas kakiku melangkah.

" Hey! Stop walking" aku menelan air liur dengan kesat. Jantung aku mula berdegup kencang. Jangan kata yang mereka sedar aku ni perempuan. Tolong lah. Aku kakuh tak bergerak di tempatku. Derapan kaki yang terasa dekat dengan aku membuatkan setiap detik nafasku tersekat. Aku takut.

Apabila terasa aura yang lain aku menutup mata rapat. Air mataku mengalir. Ya Tuhan! Mereka penyangak dan aku ini seorang gadis. Aku masih belum sedia pergi ke alam kematian. Setitis air mataku jatuh tetapi derapan kaki tadi hilang dan aura yang aku rasakan tadi juga tiada. Aku teringin membuka mata namun aku masih ketakutan.

Aku mula terasa pelik bila rasa hangat di wajahku seperti hembusan nafas seseorang dan lebih mengejutkan bibir aku ditekan lembut. Aku...dicium ke? Dengan perlahan aku membuka kelopak mataku dan aku terkejut bila seorang lelaki mencium bibir aku. Aku menolak dia tapi dia mengetatkan tanganya yang melingkar di pinggangku.

"Stay still and dont move" dia berkata lembut. Aku kakuh sekali lagi lalu menjalar di leher aku. Aku tak boleh berbuat apa-ii. Aku dirogol ke? Tapi dia cuma meletakkan kepalanya di leher aku dan tidak mencium atau mengapa-apakan. Pelik. Aku tahu,dia sedang menolong aku daripada penyangak tadi cuma cara dia pelik.

"S*ck guys...get a room!" Aku sedar itu suara lelaki yang menyuruh aku berhenti tadi. Apabila lelaki penyangak tadi sudah beredar barulah lelaki yang berada di depan aku ini meleraikan pelukan. Aku terkebil-kebil memandang dia. Lelaki itu memandang aku dengan tajam.

"Now i lost my 'victim' and its all your fault! Who told you to walk alone at night?" Nadanya meninggi. Aku masih keluh. Tiada siapa suruh dia tolong aku tapi aku bersyukur juga. Tanpa dia mungkin aku dah kena culik walaupun cara dia agak biadap. Aku takkan marah atau kecam dia. He has his own style.

Dia terus berlalu meninggalkan aku di belakang. Aku masih tercegat tapi apabila aku sedar aku masih berada di zon bahaya jadi aku bergegas mengikutinya. Tak bukan aku ikut dia pulang tapi jalan yang kami lalui sama. Dia berada di hadapan berjalan laju tanpa menoleh kiri atau kanan. Aku mengetap bibir.

"Ermmmm...awak!" Aku menjerit dan dia berhenti lalu memandang aku dengan wajah bengis. Aku kuatkan hati mengucapkan kata terimah kasih. "Thanks for saving me from that gang, even you used a .....dirty ...way?" Tengkuk aku gosok lembut sambil menunggu rspon dari dia.

"Where's your house?" Dia menyoal. Aku memandang dia tidak percaya. Apa yang dia fikirkan sampai nak tahu mana rumah aku? Takkanlah dia nak....oh my!

"Cepatlah jawab perempuan! Kau nak kejadian tadi berulang lagi?" Walaupun jarak kami berdua agak jauh tapi aku tahu dia mengeluh kuat sebab hujung ayat dia pun ada bunyi desahan geram. Aku teragak-agak untuk menjawab pertanyaan dia.

"Mmmmm...rumah yang bernombor 10 di jalan Kokobop" jawab aku. Dia diam sepertinya memikirkan sesuatu. Kemudian dia memandang aku lama. Aku pula mula naik seram dengan dia. Sudahlah dia berpakaian serba hitam. Jangan-ii dia lebih teruk daripada gang penyangak tadi? Huiishhh....minta dijauhkan.

"Cepat! Kau lambat aku tinggalkan..ada lebih banyak 'predator' kat sini kalau malam!" Aku yang mula rasa takut terus mengekorinya. Bantailah,siapa pun dia aku yakin dia tak jahat. Dia takkan tolong aku kalau dia jahat. Lagipula,muka dia terlalu hensem untuk jadi penjahat. Setelah beberapa minit,akhirnya aku sampai di rumah aku dan bila aku membelakang ingin mengucapkan terimah kasih pada lelaki tadi,dia sudah hilang.

Puas aku cari tapi tiada. Last-ii aku masuk dalam rumah. Terus aku naik ke atas bilik dan mengunci pintu aku. Soket lampu dan kipas yang berada di tepi katil aku tekan lalu membuang badan di tilam dan memandang siling putih. Kipas yang berpusing di siling aku renung lama tapi sebenarnya fikiran aku memikirkan perkara lain.

Lelaki itu..

Aku menyentuh lembut bibir aku. Dia cium aku. Kenapa aku rasa lain? Aku sukakan dia ke? Tapi bukan ke terlalu awal sedangkan kami baru berjumpa tadi. Tanya nama pun tak sempat. Aku mengeluh. Aku curious tentang dia. Cuma ada sesuatu yang menganggu aku. Dia ada mentionkan 'victim'. Apa maksud dia terlepas victim dia?

Tapi aku malas nak fikirkan tentang tu sebab sekarang aku nagntuk . terlalu ngantuk. Tanpa aku sedar aku sudah masuk ke alam mimpi.

Wwwwwikkkkkkkk....

Pap....

Aku membuka mataku bila terdengar sesuatu di dalam bilik aku. Dengan malas aku bangun lalu melihat jam tanganku. Sudah pukul 2 pagi. Aku bercadang mahu sambung tidur semula tetapi aku diganggu dengan tingkap bilik aku. Ianya terbuka luas. Kalau tidak silap aku,tingkap itu bertutup tadi. Mustahil angin.

Aku menjungkit bahu lalu baring semula tanpa memikirkannya. Tapi baru aku nak sambung tidur,tiba-ii aku nampak figura seseorang. Aku menjerit tapi pantas mulut aku ditekup. Aku meronta tapi tenaga aku lemah. Aku juga tidak dapat mengecam siapa dia. Dia memakai mask hitam.

"Jangan menjerit kalau tidak aku kelar leher kau" dia berkata kasar. Aku mula ketakutan. Pandangan mata dia agak tajam. Aku tak berani memandang dia. Aku menutup mata berharap kejadian ini cuma mimpi. Tapi tidak.

"Kau siapa?" Aku menyoal apabila mulutku tidak ditekupnya lagi. Mungkin dia pasti aku takkan menjerit lagi. Iya,memang betul aku takkan menjerit lagi lbih-ii dengan ugutan dia sebentar tadi.

Dia membuka masknya dan mataku terbuntang melihat dia. Dia lelaki yang hantar aku balik rumah tadi.

"Apa kau nak?" Nada suara aku perlahan. Dia duduk di birai katil sambil bermain dengan pisaunya. Aku yang melihat sudah kecut perut. Dia memandang ke arah aku dengan senyum sinis.

"Aku nak kau.... jadi Girlfriend aku.."



(Renfield's Syndrome) We Need Each OtherStories to obsess over. Discover now