bab 2

500 46 0
                                    

Kuasa sumpahan

"Woi budak!" Sergah seorang lelaki dengan rambut yang agak serabai dan anak mata berwarna hitam.

Aku yang mendengar seraya berundur ke belakang dengan pantas "err siapa?" Soal ku lalu memandang susuk tubuh lelaki dihadapan aku

"Kau datang nak ambil ujian kemasukan ea?" Soal nya sambil memandang aku tajam "ya.. kenapa?" Soal ku seraya mengesat kesab darah pada bibir menggunakan baju ku.

'Aku harap dia tak perasan darah tadi'

"Cepat pergi ke tapak perhimpunan takut kau lewat pula nanti.. ni asal tiba-tiba masuk bilik stor pula? Ada orang buli?" Soal nya lalu memandang sekeliling.

"Eh tak.. tadi kemaskan diri.. apa-apa saya pergi dahulu" kata ku gugup seraya berlari anak meninggalkan dia.

Lelaki tadi hanya berdiam diri dan melihat aku pergi ke arah pelajar yang sedang berkumpul di tapak perhimpunan.

"Tadi hampir tertangkap" kata ku sendirian lalu dimarahi secara tiba-tiba oleh pelajar senior di situ.

"Kau dari mana? Kalau pelajar baru nak ambil ujian cepat beratur ikut bangsa masing-masing!" Kata senior perempuan berambut merah jambu dengan telinga kucing di kepala nya.

Aku hanya menggaru kepala yang tidak gatal seraya mengangguk. Selepas itu aku mula berjalan mencari barisan aku.

Bunyi-bunyi pelajar berborak dan baru berkenalan jelas kedengaran di telinga ku

Hati ku mula berasa tidak sedap dan aku mula menepuk dahi 'lembab.. hanya aku seorang sahaja yang tinggal dalam bangsa aku' monologku lalu berjalan ke arah barisan yang akhir.

Setiap barisan mempunyai jarak satu meter agar nampak teratur jadi aku duduk seorang diri di barisan hujung.

Kebanyakan mata-mata pelajar di barisan sebelah memandang aku sambil berbisik. Aku hanya mengendahkan nya seraya duduk bersila di atas permukaan.

Aku mula mengelamun dan tanpa sedar ada seorang guru perempuan menghampiri aku dengan riak muka cemas"Err adik? Adik bangsa apa?" Soal nya sambil memegang kertas.

"Er.....Sumpahan berdarah" kata ku perlahan. Cikgu itu yang mendengar seraya ternganga dan memandang aku tepat ke arah mata.

'yeah habis lah kau Tarmizi memang kena halau lah kejap lagi.. kenapa kau tak duduk dekat barisan bangsa lain?' Marah ku dalam hati

"Minta maaf tetapi kenapa ye?" Soal ku sambil tersenyum palsu "eh haah ni isi nama kamu di sini" kata nya lalu menyerah kan kertas berserta pen pada aku.

Aku menulis nama panjang aku dan menyerahkan semula pada dia "Luqman Tarmizi?" Soal guru itu lalu memandang aku dengan muka yang tenang.

"Ye itu saya" kata ku dengan senyuman di bibir

"nama ayah?"

"...."

"Luqman?" Soal nya tatkala aku berdiam diri "eh tak saya tak ada mak ayah" kata ku lalu tersenyum kelat "nama mereka awak tak ingat?" Soal nya lagi.

Raksasa di sebalik manusiaWhere stories live. Discover now