6

2.5K 236 17
                                    

"Argghhhh!!!!!" Kami menjerit serentak.

"Naz?Kau buat apa dalam semak ni?!"

"Woi!Kau ni kenapa?Tak kan aku nak 'melabur' pun kau nak tengok?!"

"Ish,tak kuasa aku nak tengok kau 'membuang'!"

Aku kembali menghadap unggun api.Buat aku saspens je!Aku ingat apa lah tadi!

"Huh!Lega weyh!"ujar Naz.

"Bengong!"

"Asal kau tak tidur lagi?"

"Aku tak boleh tidur."

"Aku pun sama.Sakit perut."

Aku memandang sekeliling.Hmm,mujur tak ada  'sesiapa'.

"Zaf,boleh aku tanya something"

"Apa?"

"Sejak bila kau ada deria keenam ni?"

"Sejak aku lahir."

"Kau tak takut ke?"

"Mula2 tu,memanglah takut..Tapi nak buat macam mana?Nak tak nak aku kena hadap jugak 'benda' ni."

Sepi seketika.Aku pandang Naz,Naz pandang aku.Kami berbalas renungan.Lama.

"Bi....Bila kita nak masuk tidur ni?"Ujarku.Cuba membuang perasaan gugup yang ada tika ini.

"Ehem!tu la..masalahnya aku memang tak mengatuk.."

Aku memandang ke celahan pokok di hadapan kami.Ya,'dia' sedang memerhati.Seorang budak sedang memeluk patung beruangnya.Aku pandang Naz di sisi.Aku nampak dia gelisah.

"Pahal kau ni Naz?"

"Kau...Kau nampak tak apa yang aku nampak kat depan kita ni?"

"Nampak..biarlah,'dia' tak kacau kita pun.."

"'Dia' kacau pemandanganlah..."

"Rileks.."

Wanita yang menyeramkan tadi muncul kembali di sisi Naz.

"Naz,yang kat depan kita kau nampak..yang kat tepi kau tu..kau nampak tak?"

Naz menoleh ke sisi.

"Takde apa2 pun..kau janganlah buat aku takut weyh.."

"Hmmm..nampaknya kau ada 'peminat' kat sini."ujarku dengan nada mengejek.

"Aku tak rela 'dia' jadi peminat aku!!"

"Kalau kau nak tahu,dari kau menyanyi tadi 'dia' dah duduk kat sebelah kau."

"'Dia' nak apa?!Tolonglah!Aku tak nak kahwin ngan hantu weyh!!hancur masa depan!"

Aku perasan perubahan pada wajah wanita itu.Wanita itu seolah-olah marah dan mahu mencekik Naz.

"Tunggu!kau nak apa?Kitorang tak kacau kau kan?!"jeritku.

"Lelaki ni dah buang najis kat rumah aku!!!"balas wanita itu.Muka dia tak payah cakaplah..memang huduh gilaa!

"Aku benci manusia macam dia!Menyanyi macam suara dia sedap sangat!!Kacau tidur aku!"

What??hantu jenis apa ni?bleh plak kata kita ganggu tidur dia?

"Kami minta maaf.tolong jangan ganggu kami,benarkan kami jalankan aktiviti kami dengan tenang"

"Kalau aku boleh terima korang..belum tentu kawan2 aku yang lain akan terima korang!"

Aku menelan air liur mendengar pernyataan wanita itu.Aduu..parah dah nii..Ada geng rupanya hantu ni!

"Kami minta maaf.Jangan ganggu kami."Itu saja yang mampu aku katakan sebelum wanita itu hilang.

"Dia dah pergi ke Zaf?"

"Dah..lain kali nak membuang tu mintak izin dulu..jangan main 'lepas' je.."

"'Dia' marah sebab tu ke?"

"Bukan tu je..dia marah sebab kau duk melalak tadi.kau dah ganggu tidur dia."

"Aku tak tahu plak.."

"'Dia' dah boleh terima kita..tapi aku tak tahu kalau 'kawan2' dia..."

"'Dia' ada geng?"

"Kita dalam hutanlah weyh!Mestilah banyak 'makhluk' Allah yang satu tu kat sini!"

"Aku nak balik!!!"

"Haih..kau jugak yang ajak aku join camping ni kan?dahlah..jom tidur.."

"Zaf..aku nak kencinglah.."

"Kau ni macam2lah!!Kau pergi kat sanalah!"

"Jomlah teman aku!!"

"Ish!tak nak lah!"

"Jomlah!!"

Aku terpaksa juga teman dia..Kang kalau aku tak teman dia terkencing dalam seluar plak..nanti siapa malu?dia jugakk..

"Nek,,cucu tumpang kencing ya?"

Aku memandang ke arah lain..Awal2 lagi aku dah pesan kat Naz supaya meminta izin terlebih dahulu sebelum dia nak 'membuang' apa2..

"Bila masa aku kahwin dengan atuk kau??"

Aku tersentak.Dan aku percaya Naz juga sama.

"Arghhhh!!!" Aku dengar Naz menjerit.Aku menoleh ke arahnya.Huh,mujur Naz dah zip seluarnya.kalau tak....

"Zaf!kau suruh aku minta izin..Aku dah minta izin,kenapa 'dia' muncul jugak?!"

"Woi,jangan jerit kuat sangat nanti dorang semua bangun.."

Di hadapan Naz kini,ada seorang lelaki dengan baju yang sudah lusuh.Lelaki itu tersenyum memandang kami.

"Janganlah takut..pak cik gurau je.."

"Pak Leman???"Ujar kami serentak.Pak Leman merupakan tukang kebun di sekolah kami.Dia juga mengambil bahagian dalam perkhemahan ini.Jangan tanya kenapa dia mesti ambil bahagian..sebab..aku pun tak tahu kenapa..

"Hahaha..kenapa cuak sangat?Takut eh?Hahaha!!"

"Tak lawaklah pak cik"balas Naz..

"Kenapa korang tak tidur lagi ni?"soal Pak Leman.

"Pak cik ni?Kenapa tak tidur lagi?"

"Pak cik ada dengar suara tadi..Pak cik nak tengoklah suara sapa..rupanya kamu berdua.."

"Err..oklah,kalau camtu kami masuk tidur dulu.."

Aku dan Naz masuk ke dalam khemah masing2..Haih,ni baru malam pertama kami bermalam dalam hutan ni.Dah ada macam2 gangguan..esok malam apa plak yang akan berlaku?Haih...redha je la....

Hijab Si TomboyDove le storie prendono vita. Scoprilo ora