'Janjimu Adam'

38 2 1
                                        

              Germelapan malam menyinari hidupku.Redupan angin mendamaikan jiwa.Aku keseorangan di tepi pantai yang indah,sedang mencari ketenangan dalam kehidupan.Terasa baru sahaja ibu dan ayahku telah pergi tetapi aku dihanyutkan oleh masa.Perkara yang perit itu sudah berlaku sejak setahun yang lepas.Aku sekarang sekakang kera di dalam alam yang fana ini.Sedang mencari erti hidup.Fikiranku di bawa ombak.Ibuku pernah berpesan bahawa dia ingin ku bernikah secepat mungkin.Umur ku hendak mencecah 24 tahun tetapi sehingga hari ini,tiada teman lelaki.

              Sibuk adalah perkara yang biasa buatku.Sibuk dengan kerja.Tetapi aku akan pasti menyiapkan masa untuk berehat selepas kerja di spa ataupun bersantai di sebuah kedai kegemaranku yang menyediakan kopi yang boleh membuatku jatuh cinta.Sama seperti Adam.Beliau seorang pekerja di kedai itu.Dialah yang akan membuatkan pesanan kopiku.Tidak kiralah apa sahaja dia sedang buat,tepat pada pukul 7,dia akan berada di kaunter hadapan untuk mengambil pesananku.

              Adam.Seorang jejaka yang bergaya,segak,tinggi & sasa.Beraut wajah seorang pramugara dan terutamanya kemas.Boleh dikatakan seperti jejaka melayu terakhir.Hanya daripada senyumannya yang manis dapat mencuri perhatian gadis-gadis di luar sana.Hari demi hari,dia telah mencuri hatiku.Cara beliau mengambil berat terhadapku membuatkan ku terpaut.

             Kami kerap keluar bersama.Setiap kali berjumpa,beliau akan memberikanku sekuntum bunga mawar merah.Pernah ku bertanya kenapa."Ini perjanjian saya kepada awak.Kalau bunga ini cukup 25,saya akan menikahi awak."Begitu spontan.Aku teragak-agak.Beliau hanya senyum dan mencium tanganku dengan penuh kasih sayang.Malam itu berakhir dengan hidangan makanan yang lazat,di restoran yang mewah.

            Janjinya telah pun ditunaikan.Hari ini,25 April 2024,hari yang begitu bermakna untuk ku.Aku telah menjadi hak dan tanggungjawab seorang jejaka,pasangan hatiku,Adam."Aku terima nikahnya Audi Natasha binte Mahmud dengan mas khawinnya seutas rantai berlian.Linangan air mataku membasahi pipiku.Ibu mertuaku memeluk ku dengan erat."Selamat datang dalam keluarga kami nak."

            Aku sedang merehatkan tubuhku di atas katil,di dalam kamar Adam.Iaitu sudah menjadi kamar aku juga.Bila teringat kembali,begitu lucu.Ketukan di dengar.Raut wajah Adam dilihat."Tengah buat apa tu sayang?".Aku tersenyum."Tengah rehat.Besokkan hari persandingan kita?"Dengan selamba beliau meletakkan kepalanya di atas perut ku."Sayang...cepatlah."Aku bingung."Cepat apa?".Adam tersenyum nakal."Adam tak sabar nak jadi ayah.Mesti 'handsome' macam papa dia jugakkan sampai mama terpikat.",dia ketawa dengan tiada segan silu.Aku menampar lembut,manja bahunya."Dahlah malas nak layan.Saya nak mandi dulu."Sebaik sahaja aku berjalan ke arah bilik mandi,Adam menarik lenganku."Tunggulah abang temankan.Sampai hati nak tinggalkan abang sorang-sorang."Aku hanya tersenyum dan menggelengkan kepala.Aku sudah masak dengan sikap Adam yang manja tu.Malam itu kami dibuai dengan mimpi yang indah.

            Keesokan harinya tiba,aku cuba mencari Adam tetapi adam tiada.Sekeping nota ada di hujung katil."Sayang,sorry kalau risau.Abang keluar sekejap untuk ambil bouquet untuk persandingan kita nanti.For sure I will love you with all my heart.See you shortly."Aku tersenyum.Bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang.Kebahagiaan.

            Tengah bersiap-siap.Mendandan rambut,tiba-tiba,ibu Adam muncul dengan wajah berseri hendak melihat menantunnya."Mak Adam mana mak?".Raut wajah beliau tiba-tiba bertukar."Adalah tu.Tapi hati mak rasa tak sedap."

            Telefonku berdering.Nombor yang tidak ku ketahui sama sekali."Hello....ya saya Audi.Apa?!".Telefonku terlepas dari genggamanku."Kenapa nak?",ibu Adam berasa curiga."Adam...accident",dengan berat hati aku memberitahu perkara itu.

            Dalam keadaan trauma,aku terpaksa membatalkan persandingan tersebut dan bergegas ke tempat kejadian.Tiba sahaja di tempat kejadian,beberapa kereta polis kelihatan.Adam telah ditutup dengan plastik hitam.

            Air mataku menitik.Aku tidak boleh dapat menahan kesedihan ku.Sebaik sahaja kereta Aaliyah,kawan karibku berhenti,aku bergegas untuk berjumpa dengan Adam.Beberapa pegawai polis menahan dan melarang ku berjumpa dengan beliau tetapi aku berkeras juga.Akhirnya aku melutut di depan Adam. Tanganku menggeletar,kakiku tidak bermaya.Aku membuka helaian plastik itu untuk mencium dan mendakap Adam buat kali terakhir.Beliau berpakaian segak,dengan sejambak bunga mawar merah.

            Terlihat sekeping kad diselitkan.Aku mengambil dan membacanya,"buatmu Audi,kekasihku hingga ke janah.Hari ini menandakan keikhlasan kasihku buatmu.Perjanjian aku akan terlerai juga.Pada pertama kali aku melihatmu,aku percaya bahawa kamu adalah bidadariku yang Allah S.W.T. telah tetapkan buatku.Aku harap aku dapat membuatkan kopi yang sedap untuk mu lagi.Aku amat mencintaimu sayang.Aku bersyukur ada nya kamu.Kalau ditakdirkan aku pergi dahulu,aku berdoa agar kamu akan menjadi buatku di atas nanti.Amin.Sayang,Adam."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 13, 2014 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

'Janjimu Adam'Where stories live. Discover now