Hari khamis 9/10/2015 tepat jam 12 malam aku telah pun berumur 24 tahun . Tidakku sangka bahawa aku telah besar dan akan mulai hidup aku dengan abah tanpa ibuku di sisi . Ibu aku telah meninggal dunia tahun lepas disebabkan kanser hati , abah aku pula telah cuba mencari penderma yang sesuai tapi apakan daya umur ibuku tidak panjang . Ibu telah pun meninggal sebelum pembedahan dijalankan . Hidup aku Cuma sederhana , tidak terlalu kaya dan tidak terlalu miskin . Aku anak tunggal kepada kedua ibu bapaku. Selepas ibuku pergi meninggalkan aku, aku hanya duduk berdua dengan abah yang sentiasa menyayangi aku dan menjaga aku dengan baik . Aku Cuma berharap agar abah aku menunggu aku hingga aku habis belajar , aku tahu abah ada sedikit masalah untuk membayar kos pembelajaran aku tetapi dia tidak mahu aku risau dan hanya mendiamkan dirinya . Aku pernah tanya pada abah “abah.. adik tidak mahu sambung belajar sebab adik tidak mahu susahkan abah” lalu abah pun berkata “adik..abah tahu niat adik,tapi abah tidak mahu anak abah jadi seperti abah . Abah nak adik hidup senang dan berpelajaran” aku terus menangis dan memeluk abah . Abah kerja sebagai pemandu lori yang gajinya tidak terlalu besar . Pergi kerja waktu pagi dan pulang pada waktu tengah malam , dia berkerja bersungguh sungguh untuk membiayai pembelajaran aku . 17/10/2015 aku menduduki peperiksaan untuk sem yang terakhir , bersengkang mata diwaktu malam untuk belajar supaya aku dapat keputusan yang cemerlang sebagai hadiah untuk abah . Selang beberapa minggu aku pun pulang ke kampung untuk berjumpa dengan abah dan melepaskan rindu kerana cuti sem telah bermula , aku mengikut abah pergi menghantar barang menaiki lori buruk milik abah . Aku juga bekerja di kedai runcit pak samad sebagai penghantar barang yang dipesan , rasa seperti hendak menangis apabila teringatkan abah yang bekerja sebagai penghantar barang tetapi aku rasa aku semakin kuat untuk menghadapi ujian Allah yang akan datang , aku sabar dengan segala dugaannya sama seperti abah yang selalu sabar dan cekal hati untuk mendapatkan rezeki yang halal untukku . Selepas sebulan berlalu , aku menerima sepucuk surat daripada universiti aku iaitu slip keputusan peperiksaan tempoh hari . Apabila aku membukanya ternyata gred aku adalah cemerlang , aku melompat dan menangis kegembiraan yang teramat sangat . Jam masih menunjukkan pukul 2 petang dan aku setia dan tidak sabar menunggu kepulangan abah pada jam 11 malam . Makanan telah aku siapkan tetapi bukan masakan seperti kebiasaannya , kali ini masakan yang istimewa yang ibu selalu masakkan untuk kami apabila meraikan sesuatu yang gembira iaitu pulut kuning dan kari ayam massala . Tentu abah seronok apabila membaca slip keputusan aku yang cemerlang sebentar nanti , jam baru sahaja menunjukkan pukul 8 malam . Penantian yang penuh kegembiraan , aku pun menelefon abah “tut..tut...tut...tut.. hello Assalamualaikum adik , ada apa call abah ni ?” aku ; “abah, baliklah cepat ! ada berita gembira ! adik dah masak makanan yang special ni” abah; “apa beritanya? Kenapa tak boleh bagitahu dalam telefon je?” aku; “abah balik dulu nanti adik beritahu abah ye” dengan suara yang gembira aku bercakap di telefon . Tiba tiba talian terputus , aku pun berfikir yang abah mungkin sedang memandu dan mahu menumpukan perhatian dia dalam perjalanannya . Aku pun menghantar mesej kepada abah dan mengatakan ungkapan maaf kepadanya kerana mengganggunya , namum tidak dibalas . Maghrib sudah pun menjelang , aku pun menutup tingkap dan membuka lampu diluar lalu pergi ke tandas untuk mengambil wudhuk . Aku menunaikan solat maghrib dan berdoa kepada-Nya ‘Ya Allah Ya Rabbi Ya Tuhanku kau peliharalah bapaku didalam perjalanan pulangnya dengan selamat , kau lindungilah dia Ya Allah . Kau berikanlah aku kesempatan untuk mengatakan bahawa aku amat menyayanginya Ya Allah . Kau berilah aku masa untuk menggembirakan dia dengan keputusanku Ya Rabbi . Kau terimalah doaku sepertimana kau menerima doa doa anak yang solehah di dunia ini Ya Allah’ . Selesai solat, aku pun mengambil Al-Quran untuk dibaca tetapi semasa aku ingin mencapai Al-Quranku aku ternampak salinan X-ray dari hospital pakar dan sepucuk surat dari doktor untuk abah . Aku pun membuka dan membacanya dengan tenang , aku mula mengalirkan air mata apabila dapat tahu bahawa abah menghidap kanser hati sama seperti ibu . Aku tidak mahu ditinggalkan oleh abah disebabkan penyakit yang sama seperti arwah ibu . Aku menangis teresak esak tidak berhenti , sebaik sahaja aku mengesat air mata aku ada satu ketukan perlahan dipintu rumahku . Aku pun membuka pintu dengan berhati hati rupa rupanya itu ialah abah tetapi aku berasa hairan mengapa lorinya tidak kelihatan di depan rumah . Abah mengucapkan salam kepadaku sebelum masuk ke dalam rumah , aku bartambah hairan mengapa abah kelihatan sungguh aneh . Aku bertanya kepada abah “abah.. mana lori abah ? adik tak nampak pun abah parkingnya di depan rumah . Abah balik naik apa ? naik teksi ke ?” namun abah hanya memberikan senyuman yang manis kepadaku dan berkata “adik.. mari duduk disini dengan abah,abah nak tanya adik pula” aku pun terus duduk disebelah abah dan terus memeluk abah dari tepi lalu abah berkata “adik boleh tak hidup tanpa abah? Adik boleh tak duduk sendirian dirumah? Adik dah bersedia untuk ditinggalkan oleh abah ?” aku pun menjawab dengan nada yang sedih “adik tak nak hidup tanpa abah ! kenapa abah cakap macam ni ? abah nak tinggalkan adik juga ke ? abah dah tak sayang adik ? adik dah terima slip keputusan peperiksaan pagi tadi , gred adik cemerlang . Adik masak makanan yang ibu selalu buat apabila menyambut berita yang gembira . Adik dah belajar sungguh sungguh supaya abah gembira dan bangga dengan adik tapi kenapa abah cakap macam ni?adik sedih lah kalau abah cakap macam ni” abah mula terdiam dan berkata “adik belum bersedia lagi rupanya tapi jika sudah tiba masanya abah pergi meninggalkan adik , adik jangan menangis ya sebab abah taknak adik menangis di depan jenazah abah nanti . Umur abah pun semakin tua dan semakin hari ada sahaja penyakit yang datang jika Allah hendak mengambil abah adik mesti menghadapinya seorang diri ya sayang” aku pun terus terdiam dan menahan sebak didada . “Abah tentu lapar , biar adik sediakan makanan yang adik masak tadi untuk abah ya” aku pun terus berlalu pergi ke dapur . Tangisan yang senyap didapur , sebak rasa yang amat sangat telah mengeluarkan beribu air mata di muka . Selepas itu aku pun pergi ke ruang tamu untuk memanggil abah makan didapur namun abah tiada lagi disitu , aku pun memanggil abah “abah ! abah ! abah kat mana ni ? adik dah siapkan makanan kat dapur . Jomlah makan sama sama” namun senyap sunyi dirumah bagaikan aku sahaja yang berada dirumah . Aku mula bergerak ke bilik untuk mencari abah kerana mungkin abah tidur kerana penat seharian bekerja , selangkah demi selangkah aku berjalan menuju ke bilik telefon aku mula berdering ‘kring kring kring’ nombor telefonnya tidak pernah aku lihat . Aku pun menjawab panggilan tersebut “hello ? assalamualaikum .” si pemanggil menjawab “waalaikumsalam . Awak ni Aisyah , anak kepada En.Hussien ke ?” terdetik didalam hati ‘eh , nama abah ? kenapa dia tanya aku tentang abah?’ aku menjawab “ya saya , ada apa ya ?” si pemanggil “saya dari pihak hospital ingin memaklumkan bahawa encik hussien mengalami kemalangan jalan raya , saya harap awak boleh datang ke hospital sekarang kerana saya tidak mahu tiada ahli keluarganya yang menemaninya apabila dia sedar nanti.” aku terkedu tak terkata . Jika yang kemalangan itu bapaku , jadi siapakah yang berada dirumahku tadi ? adakah itu abah ? ah! Persoalan itu akan aku jawab selepas aku pergi ke hospital . Setibanya aku di hospital aku terus berlari ke wad ICU berdekatan pintu masuk ke dalam hospital dan berjumpa dengan doktor . Dengan wajah yang berpeluh dan menarik nafas tercungap cungap kerana penat berlari untuk mengejar bas yang hampir jalan semasa dalam perjalanan ke hospital . Aku pun bertanya kepada doktor dengan emosi yang sedih dan risau “abah saya macam mana ?! mana dia ? dia kat mana? Mana en.hussien?” doktor; “harap bersabar cik . encik hussien berada di dalam , keadaannya sudah mulai stabil dan baik Cuma....” aku; “Cuma apa doktor ?!” doktor; “bapa awak perlu mencari penderma hati yang sesuai untuk dia supaya dapat dibedah dengan segera kerana hatinya sudah mulai membengkak keseluruhannya” aku dengan perasaan sebak didada dan rasa hendak menjerit di hospital itu kerana terlalu sedih , dengan muka yang sedih aku pun berkata “jika saya nak dermakan hati saya boleh tak doktor?” doktor; “awak pasti ? awak tahu kan pemindahan hati ni mempunyai risiko yang tinggi ? awak tak apa apa ?” aku; “saya tahu . Saya pasti dan yakin nak berikan hati saya kepada abah saya walau macam mana tinggi pun risikonya , saya akan hadapi” doktor; “baiklah , sila ikut saya untuk buat pemeriksaan hati di bilik Heart Test” aku pun mengikut doktor ke bilik treatment heart tersebut . Selepas aku masuk kedalam bilik tersebut , aku diarahkan untuk baring kerana jururawat akan memberikan aku suntikan supaya aku tidak sedarkan diri sementara pemeriksaan hati dijalankan . Aku bagai pengsan seketika selepas disuntik , apabila aku tersedar doktor senyum kepadaku dan berkata “hati awak sihat dan sesuai untuk didermakan kepada en.hussien” aku Cuma mampu mengucap kata syukur kepada Allah kerana abah boleh diselamatkan . Aku pun dengan perasaan sedih bercampur dengan gembira berlari keluar dari bilik tersebut dan pergi ke wad yang abah , aku memeluk abah dan berbisik “abah..adik akan dermakan hati adik untuk abah , abah sabar ya . Tak lama lagi abah dah boleh sedar dan melihat dunia , abah dah tak payah makan ubat kerana nak menahan sakit yang abah hidap tu” aku perasan bahawa air mata abah mengalir sewaktu aku membisikkan kata kata itu di telinga abah . Aku mencapai slip keputusan aku yang cemerlang itu di dalam beg dan masukkannya didalam sampul surat bersama surat yang aku tulis untuk abah selepas abah sedar nanti . Doktor masuk kedalam wad abah dan menepuk nepuk belakang aku dan berkata “sabar ye dik sabar bawa bertenang , ingat Allah” aku pun mula mengesat air mata lalu mengambil beg aku dan beredar ke surau hospital tersebut tanpa berkata apa apa kepada doktor itu . Aku menunaikan solat isyak dan membuat solat taubat serta solat hajat meminta kepada Allah supaya pembedahan sebentar lagi dapat dijalankan dengan lancar dan baik tanpa sebarang gangguan . Selesai solat dan berdoa kepada Allah aku pun keluar dari masjid dan terus menuju ke wad abah tadi , rupanya doktor tadi masih disitu untuk menemankan abah yang masih terlantar sakit . Doktor; “dah siap solat? Jam 10 malam nanti awak dah kena bersedia untuk menukar pakaian pembedahan ya” aku; “baiklah doktor” doktor; “awak juga tak dibenarkan makan makanan berat seperti nasi , awak hanya dibenarkan untuk minum air kosong sahaja kerana ianya akan mengganggu proses membedahan jika usus awak sedang memproses makanan awak” aku hanya mengganggukkan kepala sahaja . Doktor pun keluar untuk menyiapkan segala alatan untuk pemindahan hati aku sebentar lagi , sementara hendak menunggu jam menunjukkan pukul 10 aku pun membacakan Yaasiin kepada abah dan mengharapkan abah sedar walaupun untuk sementara waktu. Selesai sahaja Yaasiin dibacakan , aku pun menukar baju aku bagi persediaan untuk pemindahan hati sekejap sahaja lagi . Jururawat lelaki sudah mula memenuhi ruang bilik abah bagi menukarkan pakaian abah untuk pembedahan nanti , aku pun duduk di kerusi diluar bilik abah untuk menunggu abah yang sedang ditukarkan pakaian . Doktor datang kearahku tanpa aku sedari dan menegur ku dengan cara menepuk bahuku dan bertanya “dah bersedia dik?” aku menjawab “dah doktor , saya dah sedia” . Jam mula menunjukkan nombor 10 , masanya sudah tiba untuk aku bertawakal apabila pemindahan hati dilakukan . Abah sudah dibawa keluar oleh jururawat lelaki yang menyorong katil beroda itu dan aku dibawa oleh doktor itu dengan menggunakan kerusi roda yang ditolak oleh doktor . Hati aku makin berdegup kencang , rasa berdebar yang amat sangat kerana takut akan meragut nyawa aku tetapi pada masa yang sama aku merasakan seperti sedang berjihad kerana aku sanggup menggadai nyawa untuk orang yang telah menjaga dan menyayangiku dari aku kecil iaitu abah . Setibanya kami di bilik pembedahan , perasaan yakin terhadap takdir Allah menyelubungi diri aku . Aku yakin bahawa Allah akan menjaga dan melindungi aku dan abah sewaktu pembedahan nanti . Abah telah dibaringkan diatas katil bedah , aku pula berada disebelah katilnya . Melihat keadaan abah yang begitu aku berasa sebak dan sedih . Aku hampir menitiskan air mata pada waktu itu , namun aku tetap kuat dan akan menghadapinya dengan cekal hati . Abah telah pun disuntik oleh jururawat yang berada disitu . Sebelum aku disuntik oleh doktor , aku membaca doa dan mengucap dua kalimah syahadah dan kemudiannya doktor pun menyuntik . aku terlena seketika dan tidak menyedarkan diri . Selepas hampir 2 jam aku dan abah dibedah untuk pemindahan hati , abah dan aku dipisahkan ke wad yang berlainan dan doktor mengesahkan bahawa abah akan sedar dalam beberapa minggu sahaja lagi manakala aku pula akan koma dan peluang aku untuk menyedarkan diri amat nipis . Apabila 2 minggu telah berlalu , abah mula menyedarkan diri manakala aku masih lagi dalam keadaan koma . Abah diberitahu oleh doktor tentang apa yang berlaku dan abah telah menjumpai surat dan slip keputusanku yang aku letakkan dibawah bantalnya . Lantas itu abah terus membuka suratku dan membaca ucapanku yang tertulis didalamnya “Assalamualaikum wahai perwiraku yang gagah berani , orang adik gelar abah , orang yang adik sayang kerana telah menjaga adik tanpa rasa penat , orang yang sentiasa berada di sisi adik ketika adik susah dan berada dalam masalah dan Orang itu adalah abah . Maafkan adik jika pernah melukai hati abah dan membuat abah sedih dengan tindakan yang adik buat . Adik nak abah tahu yang abah adalah segalanya bagi adik , tanpa abah siapalah adik ini . Adik telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang adik duduki untuk sem yang terakhir . Adik sayang abah sangat sangat , maafkan adik jika adik terpaksa tinggalkan abah sendirian . Abah jagalah hati adik sebaik mungkin , supaya abah dapat hidup dibumi Allah dengan lebih lama . Akhir kata , adik hadiahkan abah sehelai kertas yang hanya boleh membuatkan abah berasa bangga mendapat anak seperti adik .” Abah terkedu dan tidak terkata pada waktu itu , lantas abah ke wad aku dan berjalan dengan perlahan apabila melihat keadaanku yang masih koma . abah duduk disebelahku dan menangis teresak esak , aku bagaikan ingin memujuk abah yang sedang bersedih keranaku tetapi aku tidak boleh berbuat begitu . Pada waktu itu, doktor masuk kedalam wad aku dan tersentuh dengan perkara yang sedang berlaku terhadap aku dan abah . Doktor itu menepuk bahu abah kerana ingin menyampaikan suatu berita , abah pun mengesat air matanya dan mengikut doktor itu keluar dari wad aku . Doktor mengatakan bahawa aku sudah tiada harapan untuk sedar , perasaan sedih makin menyelubungi diri abah . Doktor mengesyorkan untuk menutup gas oksigen yang berada di hidungku supaya dapat menjimatkan kos perubatan yang akan abah tanggung . Doktor itu memberikan abah masa untuk berfikir tetapi abah hanya terdiam dan menangis kemudian apabila doktor hendak beredar dari situ , abah menahan doktor tadi dan mengganggukkan kepalanya menandakan abah setuju untuk menutup gas oksigenku dengan berat hati . Doktor itu pun menepuk nepuk bahu abah dan memberi sebuah senyuman sayu kepada abah lalu doktor itu pun kembali ke pejabatnya untuk mengambil surat pengesahan ahli keluarga . Abah masuk semula ke dalam wad aku dan terduduk dengan tangisan yang terlalu sedih dan sebak , lalu abah membisikkan ketelingaku “adik.. abah minta maaf kerana terpaksa berbuat begitu . Abah tidak mahu menyeksa adik dengan cara membiarkan adik separuh sedar disini seorang diri , jika memang sudah masanya adik pergi .. tidak mengapa , abah akan lepaskan adik pergi dengan tenang . Assalamualaikum adik” aku mengeluarkan setitis air mata selepas abah mengungkapkan kata kata tadi . Doktor telah pun sampai ke wad aku untuk meminta tanda tangan abah sebagai pengesahan , dengan berat hati abah pun menandatangani surat pengesahan itu dan doktor itu mengarahkan jururawat untuk menutup gas oksigenku . Abah menangis dengan kuat kerana terlalu sedih dan sebak , abah hampir terjatuh tetapi disambut oleh doktor itu . Aku kelemasan pada masa itu , bagaikan tidak dapat bernafas pada waktu itu dan pastinya abah sedih melihat keadaanku begitu . Aku telah meninggal dunia pada umurku 24 tahun dan telah meninggalkan bapaku sendirian dibumi Allah ini . Abah mengucup dahiku dan menitiskan beribu air mata tetapi abah tetap kuat menghadapi ujian Allah . Selepas beberapa minggu abah di hospital , abah dijadikan bapa angkat kepada doktor yang telah membedah kami tempoh hari . Doktor tersebut menjaga abah dengan baik dan aku berasa syukur abah tidak bersendirian dan tidak sedih lagi apabila ketiadaan aku disisinya . Alhamdulilah , syukur kepada ilahi kerana Allah telah makbulkan doaku supaya abah dapat bertahan hidup dibumi Allah selepas pembedahan .
YOU ARE READING
Perjalanan Hidup
Short StoryCerpen ini mengisahkan tentang perjalanan hidup penulis iaitu Aisyah dan abahnya En hussien . Aisyah seorang yang mendengar kata abahnya dan menjadikan abahnya sebagai idola . Kehidupan Aisyah hanya sederhana dan telah kehilangan ibunya , kini aisya...
