Eunwoo terus melawan aku dengan kebolehan dia yang aku tak boleh buat iaitu... Cium dahi aku.

Aku terkaku tak boleh bergerak. Macammana ni...

Dia hanya tersenyum pada aku. Aku cuba nak tampar dia tapi tak boleh.

-------
Dah pukul 6:00am, aku masih berada atas katil dan termenung. Aku bersiap terlalu awal sangat

Eunha memandang aku dengan pelik. "Jisoo... Awak ok ke? Sebab masatu ke? Saya suruh awak tak pergi ke dorm lelaki tapi awak pergi jugak"

"Saya... Okay" aku masih tak boleh lupakan hal 3 hari yang lepas. Dah lama jugak aku tak jumpa eunwoo tu sebab aku asyik menyorok je dari dia. Dari kakak dia pun jugak

Selepas tu, aku dan eunha keluar dari bilik dan pergi makan sarapan tapi aku tak dapat turut serta sebab aku kena menyorok.

Aku duduk di kelas dan makan roti kosong sahaja sambil tunggu kehadiran diorang semua.

Akhirnya, seorang demi seorang masuk ke kelas. Eunha terus lari kepada aku, mesti dia nak beritahu aku sesuatu.

"Jisoo!"

"Kenapa ni eunha?"

"Harini ada kelab 5 jam. Kau masuk kelab apa ye?"

Aku ingat apa lah yang dia nak cakap. Kejap... Aku kelab muzik maksudnya... Ada eunwoo!

"Habislah" aku terus hantuk kepala aku berkali kali kat meja

Eunha cuba tenangkan aku "yah tak sakit ke?"

*POV EUNWOO*

aku berdiri hadapan meja pengetua iaitu ayah aku.

Ayah aku cuba tak marah dengan aku. Sebab aku sengaja cari pasal

Ayah aku mengetuk meja menggunakan genggaman tangannya. "Kamu nak tukar ke kelas yang bawah? Kamu dah gila?!"

Kakak aku se kyung pun tak puas hati dengan tindakan aku.

"Tak mengapalah appa, biarlah dia buat apa-apa sesuka hati" kata kakak aku. Aku memandang kakak aku.

Ayah aku pun menggangguk kepala. "Baiklah suka hati kamu"

Aku pun tersenyum, kakak aku hanya jeling kepada aku.

-----
*POV JISOO*

aku dan eunha melambai tangan sama-sama dan masuk ke kelab kitaorang.

"Nanti lepas sekolah, saya nak pergi basuh baju"

"Kalau macamtu boleh basuh baju saya sekali?" Dia buat muka comel dia sekali lagi. Pemalasnya

"Yelah"

"Terima kasih jisoo!" dia terus pergi ke kelabnya.

Takpelah asalkan aku ada teman sebilik yang tak sombong. Aku cuba tengok mana kelab muzik berada, tapi ada 3 orang menghalang aku untuk berjalan. Aku  memandang kaki dia hingga kepala. Siapa mereka bertiga ni?

Aku cuba berjalan tapi mereka halang aku. Salah seorang dari mereka tolak aku dan aku terjatuh.

Buku buku aku semua terjatuh. Aku tak boleh kena buli je, aku kena biarkan diorang kena balasannya. "Yah korang dah kenapa? Ada aku cari pasal dengan korang ke?"

"Ya, kau memang sengaja cari pasal dengan aku!"

Aku memandang tag nama dia. Seulgi? Aku baru teringat ada seseorang beritahu nama dia. "Jadi kau lah seulgi"

Dia ketawa kecil. "Tak sangka aku terlalu popular. Yah dengar sini, kalau kau dekat dengan eunwoo. Aku akan buat kau menyesal"

"Kitaorang takda apa-apa hubungan pun"

"Yeke? Aku terdengar kau masuk bilik dia, dan kau paksa dia beri kau makanan yang berbeza dari pelajar lain"

Aku bangun dari lantai dan pandang mata seulgi. Aku ingat dia baik tapi rupa-rupanya perangai macam anjing. "Kau dah salah faham, aku bukan orang yang takda adab macam kau. Tuduh aku sebarangan"

Dia tolak aku sekali lagi.
"Jadi kau nak kata aku takda adab?! Kau yang takda adab! Kau tahu tak aku ni siapa?! Aku bakal tunang dia"

Aku pun terkejut jugak bila dia cakap dia tunang si eunwoo. "Jadi? Aku tak kisah pun"

Seulgi tampar aku. "Jangan cuba melawan dengan aku!"

Semua orang sedang memandang aku. Tak boleh ke diorang tolong aku? Kuat jugak dia tampar aku sampai terjatuh

"Seulgi!!"

"Eunwoo..."

Aku tengok mereka

"Kau kata apa? Kau tunang aku? Jangan harap"

"Tapi eunwoo..."

"Jisoo adalah bakal tunang aku!"

Aku hampir nak menjerit. Tapi dia kata... Aku bakal tunang dia?

"Kau tampar dia, kau nak dibuang sekolah ke?! Harini jangan masuk kelab aku" eunwoo tolong aku berdiri dan tarik tangan aku.

------------------------------------

Hope korang sukakan cerita ni. Tunggu next chap pulak ye











【C】Do I Hate YouWhere stories live. Discover now