Orang kata, orang yang rabun ni pendengaran dia pun tak berapa jelas. Orang kata, bukan aku yang kata.

Selepas memastikan semua orang dah memandang semula ke hadapan, aku melentokkan kepala ke atas meja. Persoalan tadi masih belum ada jawapan.

Mana satu ni? Nak jumpa Hayqal atau balik je dengan Aryan?

Ting!

Tak tak tu bukan bunyi lif. Tapi tu bunyi mentol menyala yang tiba-tiba muncul atas kepala aku.

Tangan aku laju menyelongkar pencil case dan mengambil sebatang pensel mekanikal. Kemudian aku menulis dua perkataan pada kertas kosong. Perkataan glass house di sebelah kiri dan perkataan rooftoop di sebelah kanan.

Mulut aku menggumam sesuatu perlahan sambil jari aku menggerakkan pensel mengikut rentak lagu.

"Mi ni mi ni mai ni mo. Where is the one should I go?"

Dan pensel berhenti di rooftoop.

Aku ubah lagu lain pula.

"A B C D E F G where actually I should be?"

Sekali lagi pensel berhenti di perkataan rooftoop.

Aku cuba lagi menyanyikan rentak lagu lain. Tapi belum sempat aku nak nyanyikan, sebuah buku menghentak meja aku kuat.

"MIA ALYSHA!"

Pensel di tangan aku terjatuh. Rasa macam roh aku baru je selamat terbang keluar dari badan. Cikgu Nadia kini sudah berdiri di hadapan meja aku sambil tangannya bersilang di dada.

Muka dia tak payah cerita lah, dah macam nak telan aku hidup-hidup.

"Saya panggil awak dekat seribu kali. Awak baca mantera apa dalam kelas saya?!"

Kata-kata cikgu itu disambut dengan gelak tawa yang gemuruh. Aku pula tengah cuba menyembunyikan muka yang dah semerah kotak ubat gigi colgate.

"Ma–maaf cikgu." Ucapku pendek sambil mata memandang ke bawah.

Nak buat macam mana. Memang salah aku pun.

Selepas berpuas hati dengan ucapan maaf aku, Cikgu Nadia memyambung kembali sesi mengajarnya. Kertas tadi aku ronyokkan dan aku cuba untuk fokus semula dalam kelas.

*****

"Cari Aryan ke?"

Aku mengangguk laju. Kemudian lelaki yang bertanya tadi masuk semula ke kelasnya untuk memanggil Aryan.

Mata aku melirik pada jam di tangan. Waktu persekolahan dah pun tamat pada lima minit yang lepas.

Sekarang aku berada di hadapan kelas 5 Silver, kelas Aryan.

Dan sejujurnya aku cakap, kalau bukan sebab ada hal, aku sebolehnya taknak jejakkan langsung kaki aku dekat sini.

Kenapa?

Sebab di sinilah berkumpulnya peminat-peminat terlebih fanatik Hayqal dan Aryan. Jadi faham-faham je lah kenapa tempat ni secara rasminya menjadi kawasan anti-Mia Alysha.

Sekarang ni pun dah ada mata-mata yang memandang— tak tak, lebih tepat lagi menjeling aku dari dalam kelas 5 Silver tu.

Takpe, saya dah biasa dengan kehidupan komuniti macam ni.

Setelah hampir seminit menunggu, lelaki tadi keluar semula.

"Dia tak ada."

Aku mengerutkan dahi. "Dia pergi mana?"

Maid MaidenWhere stories live. Discover now