Bab 7

143 6 8
                                    

Ops! Esta imagem não segue as nossas directrizes de conteúdo. Para continuares a publicar, por favor, remova-a ou carrega uma imagem diferente.

Bab 7

Nakhon Sawan

Tahun 1590

DARI pelantar rumahnya, Ukrit melontar pandang ke tengah sungai. Rumahnya yang menghadap titik pertemuan antara Sungai Nan dan Sungai Ping bagaikan saksi kepada titik permulaan terbentuknya Sungai Chao Phraya yang lebar dan keruh. Sungai yang menjadi paksi kepada sebuah negara yang kedaulatannya sedang dipertahankan daripada pencerobohan dan penjajahan pihak luar. Namun, hari ini hatinya diterpa tanda tanya. Wajah ayahnya lebih keruh daripada keruh air di Sungai Chao Phraya.

"Tentu ayah akan bertolak esok."

Keyakinan itu timbul memandangkan begitulah sikap ayahnya sebelum ke medan perang. Ayahnya akan mengasingkan diri dan berpuasa. Sebagai anak sulung kepada seorang pahlawan kepercayaan raja, dia juga harus bersedia sepanjang masa. Harus berani menerima apa sahaja kemungkinan termasuklah soal kematian. Cuma kali ini entah kenapa, apa yang terlakar pada wajah ayahnya tampak kusut benar. Dia jadi bimbang.

Mendengarkan suara Ukrit di situ, Kean menoleh. Redup pandangan matanya menyeluruhi wajah Ukrit. Terbuku di jiwa segala apa yang dirasa. Menendang-menendang dinding perasaan sehingga perit. Memaksa dia menanggung sakit yang tidak boleh ditunjukkan.

"Rebah saja matahari petang ini, pasukan ayah akan bergerak ke Bago." Kean mengesahkan.

"Bukan ke Muang Hang?" Ukrit sedikit terkejut.

Kean tersenyum sinis. Strategi yang diatur tidak diketahui semua.

"Peperangan kali ini amat sulit dan rumit. Angkatan tentera dari Arakan dan Taungoo juga akan membantu. Ini bukan peperangan yang biasa. Bukan satu lawan satu. Ini lawan antara dua negara. Oleh itu tuanku mengarahkan angkatan tentera kita ke Bago dulu baru ke Muang Hang."

"Wajah ayah lebih keruh daripada air di kuala." Ukrit luahkan kebimbangan di hati. Mungkin ada sesuatu yang dia tidak tahu.

"Pernahkah peperangan menjanjikan kegembiraan?"

Ukrit menggeleng. Menang atau kalah pasti ada darah yang tumpah ke bumi. Pasti ada kehidupan yang berakhir di hujung pedang. Dia tahu.

"Kedua-dua pihak merasakan mereka di pihak yang benar. Kedua-dua pihak berjuang bermati-matian atas dasar perjuangan yang dipegang. Kedua-dua pihak akan memberikan yang terbaik. Suka atau tidak, kekalahan bukanlah pilihan andai taruhannya adalah nyawa."

"Ayah bercakap seolah-olah peperangan kali ini amat sengit."

Ukrit masih mahukan kepastian. Sebab sejak balik dari Chanthaburi, sikap ayahnya berbeza. Ayahnya kerap termenung dan bermuram rupa.

"Tidak kira seberapa kuat pasukan, seorang pahlawan akan tetap memandang tinggi keupayaan lawan. Kerana sebesar-besar gajah masih boleh ditakutkan oleh seekor tikus."

TAKRUT -Tangkal Pemisah Dua NegaraOnde as histórias ganham vida. Descobre agora