Bahagian 2- Siapakah golongan yang bertakwa itu?

936 26 1
                                    


Tiada sebarang keraguan di dalam Al-Quran dan Al-Quran merupakan petunjuk bagi orang yang bertakwa. Siapakah dia orang yang bertakwa itu?

Mari kita lihat, baca, renung , kaji dan muhasabahdiri masing-masing adakah kita tergolong antara orang yang bertakwa itu.

Berdasarkan ayat 3 dan 4 dalam surah Al-Baqarah orang yang bertakwa adalah seperti berikut:

[1] iaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib

[2] mereka yang mendirikan solat

[3] mereka yang berkongsi rezeki dengan orang lain

[4] mereka yang beriman dengan Al-Quran dan kitab-kitab sebelumnya ( Taurat, Zabur , Injil dan suhuf-suhuf yang disebut dalam Al-Quran yang diturun kepada para rasul) dan

[5] mereka yang yakin adanya hari akhirat

Golongan yang bertakwa ini sangat beruntung kerana mereka mendapat petunjuk daripada Allah swt.

Sebagai manusia kita tidak lari daripada melakukan kesilapan dan dosa. Itu adalah fitrah manusia yang tidak sempurna . Namun, jangan jadikan ia sebagai penghalang untuk kita berubah dan memperbaiki diri. Bagaimana caranya untuk aku perbaiki diri?

Solat.

Jagalah solat . Walau sesibuk mana pun kita , walau dosa sebanyak air di lautan , janganlah sesekali kita meninggalkan solat kerana solat adalah penghubung kita kepadaNya. Mana tahu Allah memberi kita petunjuk yang dicari-cari selama ini melalui solat yang kita jaga walaupun dosa kita tidak terkira banyaknya. Rahmat Allah itu luas . Jangan pernah menyerah mengejar cintaNya.

Allah itu Maha Penyayang dan Pemurah.

Kasihnya melebihi kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.

Cerita dari surah Al-Baqarah [ A: Golongan yang bertakwa ]Where stories live. Discover now