Aku bangun dari tidur setelah dua kali dikejut oleh Mak Ngah( maid). Aku bangun lalu bingkas ke bilik air untuk mandi kerana jam sudah menandakan waktu 6:30 pagi. Selesai mandi aku terus turun ke bawah untuk breakfast bersama keluarga.
"Lewat nya kamu bangun" kata Encik Afendi yang sedang membaca surat khabar.
"Sorry pa, terlanjut tidur tadi" kata ku. Memberanikan diri tapi takut nak mampus.
"Terlanjut tidur ke mimpi kekasih kau" kata kakak ku, Layla Maisarah. Lalu serentak satu meja makan itu tergelak besar.
"Kalau Lina mimpikan kekasih dah lama dah Lina tak bangun" aku menyindir kakak ku. Dia mengangguk setuju.
"Sudah lah tu dah lewat ni. Nanti papa sampai lewat kerja apa pula kata pekerja" walaupun ayah ku tu bos S and S Holding dia tetap mahu sampai awal untuk dijadikan teladan untuk pekerja.
Kami terus keluar lalu masuk ke kereta. Ayah menyuruh Pak Mat (driver) menghantar ku ke sekolah lalu menghantar nya ke tempat kerjanya. Apabila sampai ke sekolah aku mencium tangan ayahku lalu keluar dari kereta.
***at school***
Pada saat aku masuk ke perkarangan sekolah, aku sudah menjadi seorang yang berbeza dari keadaan tadi.Aku terserempak dengan Husna, Mila, Airin, Fina dan Diana iaitu geng2ku apabila masuk ke sekolah.
"Eh Lina awal kau hari ni biasa nya nak pukul 8 pagi tu baru kau sampai" kata Husna yang terkekeh suka menyakat ku, dicubit.
"Rilek ahh aku gurau je" huh tau sakit.
"Entah laa tiba2 ayah aku suruh datang awal, aku datang je laa" aku menjawab selamba.
Tiba2 Nazrul melanggar bahu Mila dengan sengaja lalu satu kumpulannya ketawa.
Aku naik berang lalu " kau apehal langgar member aku? Takde mata ke hah? Baik kau minta maaf kalau tak memang hidup kau sekumpulan memang tak aman aku buat" ugutku. Wah rasa hebat pulak tetiba.
"Cik adik yang jelita janganlah marah, kawan aku terlanggar member kau je pun tak yah lah emo sangat nanti hilang sweet kat muka tu" kata Amirul sambil tersenyum sinis.
Aku geram lalu menggenggam penumbuk "weh Amirul Hisyam bin Mohd Afiq kau jangan nak bagi ayat 'romantik' kau tu laa. Kau ingat aku ni macam perempuan lain ke terus melting bila kau cakap macam tu. Sorry to say but I'm not. Kalau kau nak, buku lima aku ni boleh hinggap kat muka kau sebab dah lama dia rehat."
"Wah takut nya aku. Eh Natrina Harlina binti Afendi kalau kau tu tak macam perempuan lain kita bet" katanya.
"Bet ape"
"Kita jadi kawan, kalau dalam tempoh tu kau tetiba jatuh cinta ngan aku, masa kita besar kau kena kawin ngan aku. Deal? " katanya sambil tersenyum sinis .
"Okay fine. Deal. So from now on we had a deal. Agree?" Dia terangguk-angguk. Aku memarahi diriku di dalam hati kerana membuat perjanjian itu.
'Apa kau buat ni Lina? Kau terpaksa kawin ngan mamat terlajak POYO tu kalau kalah. Hish habis lah.' Runsing ku.
"So what are we waiting for? Let's go to our class, darling" dia menekan perkataan darling tu untuk menggoda. Tapi this is Natrina Harlina binti Afendi, bro. Bukan calang-calang orang okay.
Kami pon masuk ke kelas bersama-sama. Pada masa itu semua orang melihat kami dengan perasaan terkejut.'apehal pulak diaorang ni? Diaorang ni kan musuh terbesar dalam sekolah ni, tiba datang sekolah macam datang nak dating'
Sekali aku menjeling beberapa orang, semua kembali ke tempat masing2. "Janganlah tengok orang macam tu, baik awak tengk muka saya yang handsome ni" kata Amirul sambil membuat muka cute dia tu. Semua yang berada di situ berasa terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Amirul.
"Kau ingat mata aku ni untuk melihat kau ke. Muka pun hampir serupa macah sam... ade hati nak suruh aku tengk. No thank you" kataku lalu pergi ke tempat dudukku.
'Apelah malang sangat nasib kau ni Lina. Dahlah kau buat bet dengan budak terlebih POYO tu, kau duduk pulak belakang dia. Alah kesian kau Lina. Fighting' aku bermonolog.
Belum tenang aku nak termenung. Kamil sudah menyuruh kami bangun untuk memberi salam kepada Cikgu Faida selaku guru disiplin sekolah kami. Beliau adalah guru yang paling digeruni di sekolah kami. Ke mana sahaja dia pergi pasti akan dibawa sebatang rotan yang meninggalkan kesan yang lama. Dan tak lupa guru matapelajaran Math kami.
"Saya hanya akan masuk sekejap kerana lepas ni saya ada meeting dengan cikgu lain. Jadi saya akan tinggalkan kerja untuk kamu semua. Kerja ini adalah kerja berpasangan jadi jangan nak menggatal atau pun tak siap. Siapa yang tak siap, saya bawa jumpa guru besar. Okay jadi kumpulan pertama adalah Fina dan Nazrul, kedua Husna dan Faim, Ketiga Mila dan Aiman, keempat Airin dan Hakim, kelima Diana dan Haziq, keenam Lina dan Amirul ........................"
'Apehal pulak geng aku semua nya kena dengan geng mamat ni. And why I need to be together with him. OMG. It is like a nightmare come true.' Sementara aku berfikir, Amirul dan kawan-kawanya sudah pun tersenyum sinis.
"Itu sahaja kerja yang saya berikan. Saya nak semua tugasan pada hari Khamis. Faham?" Kata Cikgu Faida.
Serentak kelas menjawab " faham cikgu" walaupun sakit hati. Lalu guru itu hilang dari pandangan kami semua.
Sorry hambar.
Sorry typo.
Sebab ni cerita Melayu pertama.
CZYTASZ
Betul Ke Aku Jatuh Cinta? ( COMPLETED)
RomansDi sebuah sekolah yang terletak di Kuala Lumpur NATRINA HARLINA seorang perempuan yang amat cantik dan berbadan kecil tapi garang macam harimau (orang yang badan besar pun kalah kalau nak lawan mulut) tak ada org berani lawan tetapi mempunyai 5 oran...
