Bab 2

246 13 0
                                    

"Kringggggggg.."

Aaira terjaga daripada tidurnya sebaik sahaja terdengar bunyi jam loceng yang dikuncinya semalam,lantas dia bangun dan mencapai tuala untuk mandi dan seterusnya menunaikan solat subuh.Semasa menunaikan solat,dia menggunakan kerusi untuk membantunya akibat kaki yang masih belum pulih.

Aaira turun ke bawah rumahnya dengan kaki yang terjongket-jongket.Dia ke dapur untuk bersarapan.Ibunya yang sedang menyediakan sarapan terkejut melihat kaki anak kesayangannya dibalut.

"Aaira!!kenapa dengan kaki kamu ni??Macam mana boleh jadi macam ni??"Tanya ibunya dengan nada yang sedikit risau.

"Hah??tak ada apa lah ibu,kaki Aaira ni terseliuh sikit ja.Semalam Aaira jatuh kat stadium.Ibu jangan risau lah,nanti baik lah kaki ni."Jawab Aaira selamba.

"Ishh kamu ni Aaira,lain kali jalan tu hati-hati sikit."Pesan Datin Sharifa sambil menghidangkan mee goreng yang baru siap dimasaknya.

Datin Sharifa sememangnya rajin dan pandai memasak.Dia memasak dan melakukan kerja-kerja rumahnya dengan sendiri.Dia tidak mempunyai bibik ataupun orang gaji.

"Ermm ibu,ayah mana??"Aaira tak nampak pun dari tadi."Aaira berasa hairan,selalunya pagi begini,ayahnya sudah turun bersarapan bersamanya.

"Ayah dah pergi kerja,ada meeting penting katanya."Jawab ibu.

Ayah Aaira,Datuk Tajuddin seorang yang kuat bakerja.Namun dia tidak pernah mengabaikan keluarganya.

"Aaira,kamu dengan Rifqi macam mana??Okay?Datin Sharifa tiba-tiba menanyakan soalan itu kepada Aaira.

Aaira yang sedang menjamu selera itu tersedak.Lalu terus diacapai air dan diminum secara tergopoh-gopoh.Datin Sharifa hanya memerhati kelakuan anaknya itu.

"Kenapa ibu tanya??"Dia sudah tahu jika ibunya bertanya tentang Rifqi sudah tentu ini disebabkan perjodohannya dengan Rifqi.Dia tidak mencintai Rifqi dan dia hanya menganggap Rifqi sebagai teman biasanya.Dia tidak mahu diperjodohkan dengan Rifqi.

"Saja ja ibu tanya,ibu tengok Aaira ni macam tak suka ja diperjodohkan dengan Rifqi??"

"Haah ibu,memang Aaira tak suka pun.Aaira cuma anggap dia teman biasa Aaira ja."Jawab Aaira."Ibu tolong Aaira boleh??"Tanya Aaira.

"Tolong apa??"Tanya ibunya sedikit hairan.

"Tolong pujuk ayah,Aaira tak nak kahwin dengan Rifqi.Ibu bagitahu ayah yang A..Aaira dah ada boyfriend."Jawab Aaira.

"Okay,tapi ibu tak janji kalau ayah setuju atau tak."Jawab Datin Sharifa.Tapi betul ka Aaira dah ada boyfriend?Tanya ibunya lagi.

"Yeay!!sayang ibu."Jerit Aaira sambil mencium pipi ibunya.Soalan ibunya hanya diendahkan.

*****

Faiq yang sedang berehat tiba-tiba teringatkan Aaira."Macam mana dia sekarang??Okay ke tak??"

Faiq teringatkan kejadian semalam.Lalu senyuman terukir dibibirnya.Perempuan itu betul-betul telah mencuit hatinya.Perempuan itu telah membuatkan dia angau.

"Hah!!chat dia ja lah.Boleh tahu keadaan dia."Faiq tersengih sendiri.

*****
"Teeettttt.."

Bunyi telefon Aaira menandakan mesej masuk.

Assalamualaikum..Hai..Kaki awak dah ok??-Faiq

Waalaikumsalam.Ermm..dah ok sikit dari semalam.-Aaira

Ouh..Awak free tak hujung minggu ni??-Faiq

Kenapa kalau saya free??-Aaira

Tak ada apa lah.Cuma saya nak bawak awak jumpa bakal mak mertua awak..-Faiq

Apa??Mak mertua??Siapa mak mertua saya?-Aaira

Umi saya lah.😁-Faiq

Apa??-Aaira

Ehh,tak da lah.Just kidding.Tapi kalau betul pun apa salahnya??-Faiq

😨-Aaira

Hehe.awak nak tak keluar dengan saya hujung minggu ni??-Faiq

Saya okay ja..-Aaira

Ok.Apa-apa nanti,saya text awak.. -Faiq

Okay😊..-Aaira

Ok.Bye..Assalamualaikum..Love you..😘-Faiq

Okay.Bye.Waalaikumsalam..😊
-Aaira

Pipi Aaira terasa membahang kerana malu.Malu dengan kata-kata Faiq.Namun hati Aaira berbunga-bunga apabila membaca sms yang dikirimkan oleh Faiq tadi.Dia baru sahaja mengenali Faiq tetapi perasaan suka dahulunya kepada Faiq telah bertukar menjadi cinta.Dia tidak tahu mengapa,tetapi sejak pertama kali bertemu dia sudahpun jatuh cinta.Bak kata orang,cinta pandang pertama.

Sorry bab ni pendek sikit..😁

SUAMIKU FOOTBALL PLAYERWhere stories live. Discover now