Seorang perempuan menghampiri aku dan cikgu. "Ye cikgu?"
"Kamu sekarang ada teman dibilik kamu" kata cikgu moon.
Perempuan tu senyum kepada aku dan aku balas balik. Mesti baik orangnya, cantik pulak tu.
----
"Masuklah... Maaflah berselerak sikit katil saya. Saya lupa nak basuhnya harini"
Alasan je tu... Rupanya malas nak basuh kan.
"Ni Katil awak, disebelah saya. Selalunya saya sangat takut tidur berseorangan. Sekarang awak dah ada mungkin saya tak takut lagi" perempuan tu senyum padaku. Senyuman dia amat manis sekali.
"Nama saya Kim Jisoo"
"Nama saya Jung Eunha"
Kami berdua berjabat tangan dan salin senyum.
------
Waktu dah malam, aku baru lepas mandi. Aku seorang di bilik, sebab eunha keluar buat kerja sekolah sama-sama dengan kawan dia. So aku bosan duduk kat bilik ni.telefon takda,TV pun masih rosak belum dibaiki. Haih Kipas je lah yang aku ada sekarang.
Selepas beberapa minit aku tengok kipas tu. Aku terus keluar dari bilik, lebih baik aku keluar bersiar-siar dari terperap kat bilik tu. Dahlah kena masuk bilik sebelum pukul 10. Aku nak tahu sangat siapa yang buat peraturan tu.
"Hoi budak baru"
Aku memusing kepala aku kebelakang dan ternampak seorang lelaki. Aku terus menunduk hormat padanya.
Dia berjalan ke arah aku tanpa senyuman atau apa. Mesti dia nak buli aku.
"Kau masih pelajar baru, kau patut duduk je di bilik tu. Kau tahu ke tempat sekolah ni? Macammana kalau kau sesat?"
"Aku ok je... Aku boleh tanya orang"
"Cakap senang je... Aku pengawas sekolah sini"
"Kau pengawas dekat sekolah bukannya dekat sini"
Lelaki itu macam cuba nak marah aku tapi dia tahan je lah.
"Kau tahu ke cara mempertahankan diri?"
Lelaki ni memang nak cari nahas dekat aku. Aku dah habis taekwondo sampai tali hitam.
Aku terus... Tendang kakinya dan dia terjatuh.
"Aku tahu kau nak lawan dengan aku. Tapi maaflah aku takda masa, aku nak tengok sekeliling sekolah ni" Aku terus beredar dari situ tinggalkan lelaki yang mengacau tu. Sekolah dulu pun aku pengawas
"Aduh... Sakitnya Kaki"
Tiba-tiba seorang cikgu menghampiri lelaki tu.
"Baekhyun... Kenapa ni?"
"Ada seorang perempuan tendang kaki saya. Saya rasa saya tak boleh jalan lagi"
"Aigoo... Macammana awak boleh dikalahkan dengan perempuan?!"
---
Dah lama aku bersiar-siar ni. Aku tengok jam aku dan terkejut.
"Dah pukul 9:55!!!"
Alamak tinggal 5 minit je lagi. Sekejap macammana aku nak balik ke bilik aku.
"Tadi aku ikut jalan tu... Lepastu jalan sana lepastu arhh aku dah sesat!"
Sedang aku mengelabah tu, ada seseorang yang curi-curi lihat aku.
"Macammana aku nak balik bilik. Takkan hari pertama aku dah kena denda"
"Kau takut kena denda ke?"
Aku memandang lelaki yang didepan ku
Lelaki itu senyum pada aku dan terus menarik tangan aku. Aku hanya ikut saja lelaki itu.
Asal dengan lelaki ni? Gila ke apa?
Kejap...
Lelaki ni...
Bukan ke....
Lelaki yang cuba bunuh diri tu?!
Lelaki itu terus hentikan lariannya, dan aku turut berhenti. Dia melepaskan tanganku
Soalan aku ialah kenapa dia kat sini? Dia ikut aku ke? Dia ni penjahat ke? Dia cuba culik aku ke? Dia ni pelajar sekolah ni ke? Dia ni orang kaya ke? Dia ni pengemis ke?
"Ini bilik kau kan"
Aku memandang pintu bilik aku dan aku mengangguk.
"Lain kali jangan keluar kalau tak tahu nak ke arah mana. Pergilah masuk bilik, ada 2 minit lagi"
"Terima kasih. Tapi siapa kau? Macammana kau tahu aku dekat sini?"
"Kita tak boleh berbual sekarang, tapi aku tahu kau pelajar baru dekat sini sebab ramai sedang berbual tentang kau"
Aku memandang sekeliling aku ramai yang mengintip aku dengan dia ni.
Lelaki tu terus pergi dari situ. Aku baru nak tanya nama dia.
Tiba-tiba eunha menarik tangan aku masuk kedalam
"Eunha... "
"Awak bersama dengan dia ke? "
"Maksud awak saya dengan dia couple? Taklah. Dia cuma tunjuk arah ke bilik je"
"Dia tu pelajar paling hot kat sini. Kalau perempuan lain nampak awak dengan dia mesti mereka cemburu. Lagipun Eunwoo tu tak banyak bercakap dengan orang. Dia Agak sombong"
Kalau dia sombong, kenapalah orang masih minat kat dia. Jadi... Nama dia eunwoo. "Dia tu siapa orangnya?"
"Cha Eunwoo anak pengetua sekolah ni"
Mata aku terbeliak bila tahu yang lelaki tu... Anak pengetua sekolah ni!
Aku terus baring kat atas katil dan pukul bantal.
"Erm... Jisoo awak ok ke? Tanya eunha
"Macam mana lah saya boleh jumpa dia lagi?huhuhu"
----
"Jisoo... Bangun..."
Aku terus bangun dari tidur dan aku ternampak eunha sudah bersiap
"Jisoo... Lepasni kita kena pergi sarapan. Baik awak pergi bersiap. Itu uniform awak"
Aku memandang uniform aku. Wah cantiknya...
Aku terus pergi mengambil tuala dan ubat gigi dan terus masuk ke dalam bilik air.
Eunha menunggu aku sambil membetulkan TV yang di bilik kami.
---
Eunha menunjukkan aku kantin sekolah.
Aku ternampak ramai dah beratur mengambil makanan.
"Masa makan kita kena beratur panjang. Mesti awak rasa Agak susah kan? Sebab awak takut makanan akan habis"
"Baru saya faham kenapa kena datang awal... Lebih baik saya tidur di kantin sehingga kantin dibuka"
Eunha hanya ketawa kecil bila aku cakap macamtu.
"Kim Jisoo?"
Aku memandang seorang lelaki dan perempuan. Pakaiannya Agak lain dari kami. Apa jawatan dia?
"Makanan awak ada kat meja sana tu"
"Apa?"
Aku dan Eunha terkejut kerana aku tak perlu beratur panjang untuk mengambil makanan.
"Kekekenapa saya kena makan kat situ?"
"Saya hanya ikut arahan saja"
"Siapa yang suruh awak?"
"Cha Eunwoo"
Semua orang dikantin itu terus memandang aku. Malunya... Kenapa dia buat macamni...
--------------------------------------
Hey guys! I know memang sikit je dalam satu bab. But sokay right? I will do my Best. Fighting!!
YOU ARE READING
【C】Do I Hate You
RomanceMengisahkan Jisoo yang terpaksa berpindah ke sekolah lain kerana ibubapanya telah meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya. Dia terpaksa tinggal bersama Makciknya yang mempunyai 2 orang anak. Jisoo dipindahkan ke sekolah pelik yang tidak pernah...
NEW SCHOOL💕
Start from the beginning
