"Jangan nak merepek! Orang bahagia sampai awan biru pun kena makanlah!! Jom, aku makan dengan kau sekali..."

Gelak Puteri mati. Dia mengeluh cemas. Sungguh dia tidak mampu hendak berhadapan dengan dua orang lelaki itu lagi. Dia mesti pergi!

"Alaa... Liha... aku nak sangat lepak dengan kau. Tapi aku ada janji. Takut jalan sesak nanti. Kita jumpa lagi ya. Aku nak belanja kau dengan Taufiq makan kat favorite place kita." Idea datang tiba-tiba.

"Kau biar betul! Sampai hati datang majlis aku, kau tak sudi nak makan..."

"Eh!! Bukan macam tu. Betul, aku ada janji. Lagi pun aku happy sangat, tak rasa nak makan. Please, Liha... bagi aku balik dulu ya. Aku janji, kita jumpa lagi nanti. Aku pun tak sempat sembang dengan mama. So, kita keluar sama nanti, ya?! Please...!" Maliha memerhati wajahnya dalam-dalam seperti mencari sesuatu. Terkelip-kelip mata Puteri sambil buat muka untuk meraih simpati. Maliha mengeluh. Akhirnya dia mengangguk dan mengalah kerana dia tahu, pasti ada sesuatu yang berlaku.

"Thank you, Liha. Kau memang faham aku. Kirim salam kat mama, ya. Nanti kita jumpa lagi..." Puteri memeluk tubuh gadis itu seerat yang mungkin, memantri janji.

"Janji!"

"Aku janji!! InsyaAllah...!" Sebuah ciuman tahniah singgah di pipi. Kemudian mereka saling berpandangan. Cukup hanya dengan pandangan mata, masing-masing melahirkan rasa sayang yang teramat dalam dari hati. Kemudian, Puteri melangkah pergi tanpa menoleh ke belakang lagi. Jangan ada airmata yang menitis lagi.

Sebaik sahaja dia duduk di tempat duduk pemandu, Puteri menghela nafas lega. Dadanya masih berombak kerana penat berjalan terlalu laju. Dia mahu cepat sampai ke keretanya. Enjin kereta dihidupkan dan dia memutar stering, memandu Honda Jazz CKD putih tafetta miliknya bergerak perlahan menghala ke jalan besar. Tiba-tiba seorang lelaki melintas di hadapannya membuatkan dia kelam-kabut menekan brek. Serentak itu, pintu di sebelah kiri kereta dibuka dan lelaki itu masuk lalu duduk di sebelahnya.

Nafas Puteri terhenti.

"Nuqman!!"

"Jalan terus..." Arah lelaki itu sambil menutup pintu. Puteri meneguk liur yang terasa kesat. Dada yang baru reda kini berombak kencang semula.

Terketar-ketar jemarinya memaut stering sekuat hati. Nuqman diam seribu bahasa sejak tadi. Akukah yang patut mulakan? Hendak mulakan dari mana? Panjang sangat ceritanya... aduhh!!

"Berhenti di depan tu..." Tersentak Puteri dibuatnya. Tiba-tiba asyik memberi arahan saja... Nuqman tidak pernah begini. Hati Puteri semakin berdetak cemas. Lampu isyarat diberikan dan perlahan-lahan dia membelok sedikit ke kiri, ada ruang yang besar sebelum masuk ke sebuah kawasan perumahan yang dia sendiri tidak tahu apa namanya. Puteri tidak begitu biasa dengan kawasan itu.

"So, is that it?!" Sergah Nuqman. Puteri terpinga-pinga. Pantang dia dibentak-bentak begitu.

"Is what it?!"

Puteri menoleh memandang tepat ke arah Nuqman tetapi lelaki itu masih tidak mahu memandangnya. Wajahnya sukar dibaca.

"Awak tangguhkan majlis kita sebab dia?! Is that it? Awak masih harapkan dia? In case he comes back, you'll have the second chance and it is not too late sebab kita belum betul-betul jadi suami isteri? Is that it?!" Tembak Nuqman bertubi-tubi. Kali ini dia memandang tepat ke arah Puteri yang terkejut dan tergamam. Wajah mereka dekat sekali. Dalam keadaan seperti itu di dalam kereta, Puteri memang terperangkap.

"Saya tanya awak, Puteri Zulaikha! Is that it??!" Sergah Nuqman, semakin kuat kali ini. Bergetar seluruh hati dan jantungnya.

"No! No...! That is NOT it!" Kepala Puteri tergeleng-geleng. Dia tidak tahu bagaimana untuk menjawab soalan itu. Tuhan, tolonglah!!

MAKNA PADA RASAWhere stories live. Discover now