Sudah sepuluh tahun kami tidak bertentang mata. Hari ini, kami merancang untuk berjumpa setelah pertemuan terakhir dahulu berakhir dengan air mata. Entah mengapa hati ini berdegup dengan ritma umpama orang lari pecut seratus kilometer. Degupan ini umpama kali pertama kami bertentang mata. Pertemuan terakhir itu ingin sekali aku singkirkan dari ingatan agar tiap kali tidur, mimpi aku tidak beralaskan air mata. Cinta pandang pertama, mana mungkin cepat aku lupa. Aku tidak tahu mana silap aku. Mungkin ego lelaki itu terlalu tinggi untuk dimodifikasi atau aku yang tidak menepati spesifikasi.
Aku merenung jam Elba di tangan aku yang berwarna emas ditaburi batu berlian original. Jam itu aku padankan dengan baju kurung tradisional berwarna merah jambu dan dihiasi bunga-bunga biru muda bersaiz kecil. Rambut paras bahu aku biarkan mengurai melepasi bahu. Aku mahu dia melihat aku sebagai Nadia yang dulu. Nadia yang pertama kali berjumpa.
Ah, masih awal!
Aku merenung kembali jam aku. Baru pukul 9.15 pagi. Pertemuan kami pada pukul 10.00 pagi. Sengaja aku ingin datang awal hari ini. Biar getaran jiwa ini berkurang. Meja pilihan aku agak tersorok hari ini dengan cahaya samar-samar kejinggaan yang agak romantik. Ekspresso aku yang telah berbaki separuh cawan itu kuseduh dengan perlahan. Hanya kafein yang mampu menenangkan hati aku saat ni.
" Kalau itu, pilihan kau, kita pilih jalan masing -masing!"
Wanita di meja sebelah itu menjerit dengan nada yang agak nyaring dan tinggi. Kemudian, bunyi cawan pecah menyusul. Mata-mata yang ada di situ kebanyakannya tertumpu pada pasangan yang berada di meja itu. Wanita itu bangun dan berlari keluar dari situ sambil tangan menekup mulut.
Maka tayangan filem lama bagai berulang kembali. Sepuluh tahun lalu. Di restoran yang sama dan meja yang sama. Dialog juga hampir sama, cuma pemain watak yang berbeza. Hari itu, lelaki itu memakai T-shirt Polo berwarna merah,dipadankan dengan jeans biru terang yang lusuh. Rambut pendeknya yang dipotong pendek dibahagian tepi menambahkan lagi nilai ketampanan yang ada pada lelaki itu.Juga menambahkan getaran di hati ini. Namun, getaran hati pada hari ini berbeza.
" Hanya dua pilihan I rasa U patut pilih. Take it or leave it"
"Haz, I rasa we should stay in this relationship . Persetankan cakap-cakap orang"
" No lah. I rasa bersalah bila berada di dalam keadaan macam ni. Rasa berdosa. I taknak orang yang I sayang jadi bahan cemuhan"
" Takde sebab untuk U nak rasa bersalah. U sayang I . I sayang U. That will gonna be enough"
" Nadia, sayang sahaja tak bisa memberikan kehidupan. Tak bisa menghalang pandangan dan suara-suara orang luar terhadap kita. Takkan bisa buat kita kenyang"
" Haz, sayang cukup untuk memberikan kehidupan. Sayang cukup untuk memberikan kita ruang untuk mendakap diri dalam mencari kebahagiaan hakiki. Haz, bukankah cinta itu penyatuan dua jiwa?"
" Dua jiwa?"
Lelaki itu sedikit ketawa. Ketawa itu terlalu sinis pada pendengaran telinga aku. Lalu, lelaki itu menyambung kata-katanya,
"Dua jiwa yang sama fiskal anatominya? Itukah yang U maksudkan dua jiwa?"
Aku diam membisu. Memikirkan hujah untuk dilempar.
" Benar. Cinta itu penyatuan dua jiwa. Kenapa dua jiwa itu wajib berlawanan jantina? Cinta tidak mengira begitu"
Cuba aku tekankan pernyataan aku. Biar lelaki itu tahu aku memang sedang serius.
" Nadia, I rasa sudah cukup I telan segala makian dari keluarga U semalam."
Lelaki itu berdiri lalu berlalu pergi.
Kenangan itu berlalu pergi setelah hujan rintik- rintik menuruni dinding kaca. Ekspresso di cawan sudah kering. Namun, debaran hati tetap sama.
"Waiter!"
Waiter itu menghampiri aku. Aku masih lagi memesan ekspresso likat yang panas. Minuman yang tetap sama. Tidak berubah sejak sedekad lalu. Sedang aku memerhati hujan turun, seseorang mendekati aku.
Anggun dan sofistikated betul!
Baju kemeja kosong berwarna ungu dipadankan palazo hitam. Tetapi, yang paling menambahkan keanggunan wanita itu ialah selendang satin berwarna merah jambu bercorak KLCC keluaran DuckScarf yang mungkin berharga lapan ratus ringgit yang menjadi tular di media sosial sebelum ini selama seminggu.
" Ya?"
Aku cuba mengamati wajah wanita itu. Seiras seseorang. Tapi, aku tak pasti di mana. Wanita itu tersenyum.
"Nadia?"
Wanita itu bertanya, mahukan kepastian .
"Ya,saya Nadia. Sila duduk"
Wanita itu menarik kerusi. Dengan lenggok yang penuh keayuan dan lenggok yang penuh sopan, wanita itu tersenyum.
" I nak bagi sesuatu untuk U"
Wanita itu menarik satu sampul berwarna kuning air daripada tas tangan Bonianya.
"Ni untuk U. Nanti jangan lupa datang"
Aku membuka sampul yang berbau wangi itu. Kad berwarna ungu lembut itu aku tarik perlahan. Mata aku tertacap pada nama bakal mempelai yang tertulis pada kad itu.
Jemputan ke Walimatul Urus puteri kami, Hazwani dan pasangannya, Burhanuddin.
Darah aku bagai terhenti. Aku memandang wanita itu kembali.
"Haz? U ke ni?"
Wanita itu mengangguk perlahan. Bagai kerasukkan, aku menjerit,
"KEMBALIKAN HAZ AKU !"
Wanita itu menunduk. Mungkin cuba memori hitam yang pernah mengujakan hidup kami.Aku mengambil tas tangan biru tua yang berada di atas meja lalu berlari keluar meninggalkan wanita itu sendirian. Cuba untuk kembali kepada realiti bahawa Haz aku sudah mati. Lelaki itu sudah lenyap identiti.
****************
Kereta aku meluncuri pantai Teluk Cempedak . Kononnya, cuba untuk menenangkan diri. Namun, paling gila, bayangan lelaki itu ada di mana- mana. Bayangan kami sedang bercanda di putih pasir pantai itu sedang mempersendakan aku.Aku keluar dari kereta. Berseorangan, aku duduk atas dibangku kosong. Bangku itu jauh tersorok. Bayangan kami makin berlari-lari di wayang minda aku. Esakan aku makin kuat. Aku menyahpedulikan setiap mata yang memandang. Yang aku tahu, beban ini harus dilepaskan pada hari ini jua supaya tidak muncul menjadi igauan mimpi pada malam nanti.
"Nadia?"
Suara halus gemersik itu kedengaran dekat dengan telinga aku. Aku dapat rasakan badan aku dirangkul erat dan pipiku dioles-oles seperti tidak mahu dilepaskan.
" Haz?"
Wanita yang mempunyai jiwa Haz itu mengangguk lembut. Angin sempoi-sempoi bahasa itu menari mengalunkan lenggok selendang wanita itu.
"Banyak kenangan kita bersama, bukan?"
Wanita itu bersuara. Aku yakin Haz masih ada di dalam jasad wanita itu. Aku membalas,
"Sehingga I tidak mampu untuk melupakan semua itu"
"I pun"
" Samuel Beckett pernah berkata dalam salah satu karyanya,' jika awak tak cintakan saya,saya tak akan dicintai. Jika saya tak cintakan awak, saya tak akan mencintai'"
Wanita itu membalas lagi.Mata kami bertaut. Degupan jantung kami masih kuat berdegup umpama pertama kali berjumpa.
Aku tahu itu cinta. Dia pun tahu itu cinta. Bukankah cinta itu penyatuan dua jiwa. Namun, kenapa dua jiwa itu harus berlawanan jantina?
Mungkin semua cinta bergitu. Namun bukan cinta kami.
YOU ARE READING
HAZ
Short StoryCinta itu penyatuaan dua jiwa, namun kenapa dua jiwa itu harus berlawanan jantina?
