Malam seribu bintang: I

31 1 0
                                    

Namaku Arif. Sebagai seorang manusia, aku juga punya perasaan untuk menyayangi dan dicintai. Aku beruntung kerana di sekolah, aku berkawan rapat dengan Aqila, seorang gadis cantik yang digilai ramai. Teman dan lawan akan memandangku iri, guru lelaki pula sentiasa mencari kesalahanku. Semuanya kerana mereka dibuai perasaan ingin memiliki Aqila. Bukannya tidak ada gadis lain di sekolah yang boleh dijadikan pilihan, tetap mereka mahukan rakanku ini. Namun aku akui, Aqila punyai kelebihan tersendiri.

Persahabatan kami menjadi semakin erat, hari demi hari perasaan kasih dan sayang membuatku terawang ke angkasa. Aku tidak sabar untuk ke sekolah dan berjumpa buah hatiku. Kami akan berbual tentang apa sahaja. Aku lebih banyak mendengar dari berbicara. Apa sahaja asalkan aku dapat melihat bibir kecilnya yang petah serta wajahnya yang manis dan redup itu.

Akhirnya hari yang aku takuti tiba. Hari terakhir persekolahan yang juga merupakan hari kiamat duniaku. Aku tidak lagi dapat bertemu dengannya dan memerhatikan dia di sebelahku. Paling teruk, tiada lagi celoteh manja Aqila. Tiada.

Selang beberapa bulan kemudian, aku bertemu lagi dengann Aqila. Pada hari itu, kami berkumpul untuk mengambil keputusan peperiksaan. Seperti dijangka, Aqila memperoleh keputusan yang cemerlang. Aku hanya mampu menyesali saat-saat yang telah berlalu pergi. Aku masih ingat kata-kata Aqila yang memintaku untuk tidak berputus asa dan terus maju dalam hidup.

Bagaimana boleh aku maju sedangkan dirimulah pemacu hidupku?

Beberapa tahun berlalu.

Aqila gadis yang menjadi segalanya buatku telah selamat diijabkabulkan dengan lelaki pilihannya sendiri. Pemuda itu adalah teman karibnya di universiti.

Aku hanya mampu diam dan memendam. Seperti biasa.

Tahun berikutnya, aku dijodohkan dengan perempuan pilihan keluargaku. Isteriku bernama Fatehah. Dan di sinilah semuanya bermula.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 04, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Aku Sebatang PokokWhere stories live. Discover now