Bab satu(Awal pagi)

47 0 0
                                        

                                       (Awal pagi)

Dingin pagi ini.
"Aduhai. Kalau dapat lelap lagi, kan syok. Tapi..kerja tetap kena buat, apapun, lima minit lagilah." Bumm...disembabnya muka ke bantal. Maklumlah, hujan renyai- renyai, tambah lagi dengan suasana udara pantai segar menerobos masuk melalui celah- celah jendela yang terbuka sedikit sehingga menampakkan kain langsir menari- nari ditiup angin ibarat tarian ballet rasanya.

Kring-kring...

Digosok matanya berulang kali. Sekali terpandang jam terkejut beruk dia. Mana tidaknya sudah lewat. Pukul 7.30 pagi. Kuliah mula pukul 8.30 pagi. Masih berbaki sejam untuk bersiap. Terjun terus macam stunteman fuyooo...

"Ni la ko...asyik tidur..tidur saja. Selimut lagi dengan kain busuk engkau tu. Ha kan dah lewat bangun. Memang poyo la aku ni. Sempat ka ni....?" Sambil satu badan ligat bersiap mulut juga turut membebel. Teringat pula kata-kata Mr Grey dekat Ain.." Kaki, tangan, mulut sekali saya bagi...tak cukup lagi ka." Tergelak aku sorang-sorang kalau tengok drama Mr Grey tu...dah drama tu dan novel sekali aku baca apa nak buat dah cerita yang aku paling minat cerita tu sajalah yang selalu terbayang di mindaku.  Siapa nak pertikaikan buku kegemaran orang..cer bagitau. Suka hati akulah dah aku yang baca. Tahniahlah kat penulis novel ni dan para pelakon drama ni. Memang terbaik.. Ha, memang poyokan aku.

" Ah...kunci pulak mana letak ni? Tergaru-garu kepala yang bertudung warna ala-ala merah jambu tu. Padahal kunci sudah ada dalam genggaman tangannya. Memang poyo betul budak ni. Kalut semacam ja. Aduhai macam manalah dengan kawan-kawan dia agaknya. Puaslah asyik layan si poyo ni.

"Hmm...dalam ni rupanya engkau wahai sikunci. Lain kali jawab bila aku panggil."Lepas itu dia termenung pula.

"Ish..kalau kunci ni jawab..alamatnya terbang aku tak sempat jejak tanah dah rasanya. Mengarut semacamkan kalau berlaku perkara yang kita tak jangka pagi-pagi ni kan. Sudahlah, baik aku keluar cepat. Boleh cepat sampai kolej. Lambat nanti.. jumpa pulak cikgu lagi poyo macam aku nayalah jawabnya. Setahun kena berjawab dengan cikgu poyo tu."

Kereta dipandu laju sebaik sahaja enjin menderum. Vroom..vroom...amboi bunyi mengalahkan ferarri..orang tak pakai dah lani. Lamborgini boleh tahan lagi.. Ketinggalanlah nampaknya aku ni.

Inilah sifat si gadis manis yang dikenali dengan nama Aqilah. Comel orangnya. Tinggi lampai, hidung boleh tahanlah juga. Alangkah 'best'kan kalau dipertemukan jodohnya dengan lelaki terhebat di pasaran. Itulah impian dia. Sedarlah diri Aqilah. Siapalah engkau. Hanya sekadar gadis kampung yang bercita-cita ingin menjadi seorang yang berjaya di dunia dan akhirat. Menjadi seorang pensyarah sudah memadai buat Aqilah. Hari ini jadual Aqilah sangat padat. Selesai sahaja kuliahnya nanti, dia akan menuju ke tempat kerjanya. Sebaik habis kerja, ke perpustakaan pula hala tujunya.

"Assalamualaikum." Salam diberi khas untuk tuan punya badan. Siapa lagi kalau bukan teman sekuliahnya, Afiqah@Pikah. Cita-cita pikah memang takkan samalah dengan Aqilah. Si Pikah ni bercita-cita ingin nenjadi ahli perniagaan. Sudah pastinya ahli perniagaan yang berjaya. Aku mendoakan kejayaan engkau wahai Pikah.

"Waalaikumussalam." Jawab Pikah yang sedang mengambil barang jatuh bawah meja.

"Apa kau buat bawah tu terhendap-hendap?" Soal Aqilah sambil duduk di atas kerusi sebelah kerusi Pikah.

"Ambil pen aku ni ha, terjatuh pulak." Sebaik bangun mengunjukkan kepada Pikah pen mata bulat berwarna biru.

"Aik..pen pun dah tak larat pegang?"Sindir Aqilah sambil tersenyum.

"Bukan tak larat tapi terlepas sendirilah. Pen ni yang tak suka dekat aku. Tu dia nak pergi dekat pelajar baru tu." Jelas Pikah menafikan telahan Aqilah.

"Pelajar baharu?" Soal Aqilah hairan bin pelik.
 
"Amboi! Sebut 'baharu' bukan baru saja ka?" Giliran Pikah pula pelik mendengar sebutan Aqilah.

"Ha, tulah kau perubahan penting dalam bahasapun tak 'alert'."

" Bukan tak peka tapi mungkin aku lupa. Tak adil kalau aku kata tak tahu sebab penat cikgu bahasa aku ajar dulu masa sekolah."

"Ish..Pikah, tadi kau kata ada pelajar baharu tu mana dia?"

"Tu belakang kau tu. Pakai topi warna biru..tapi kau jangan toleh pulak jap lagi dia perasan kita tengok dia pulak. Ish malu aku."

"Ish, malu konon..yang kau dok juih bibir tunjuk kot dia tu apanya. Ingat dia tak perasan ka."

"Tak. Mamat tu dok ralit sembang dengan kawan sebelah dia tu.

"Aqilah, jap lagi habis kuliah teman aku pergi 'shopping' ya."

"Maaflah Pikah oii. Aku dah ada 'plan'. Kalau kau bagitahu aku 12 jam yang lalu, mungkin boleh sebab waktu itu aku belum 'plan' lagi."

"Ish. Dia ni, tak kan perlu macam tu kot. Akupun baru ingat nak rancang dengan engkau hari ni." Ujar Pikah.

"Eh! Tersangatlah perlu. Perancangan awal lebih baik tahu. Tapi kalau rancangan kita tu tak jadi, tak apalah sebab kita merancang sememangnya Allah yang akan menentukan." Jelas Aqilah serius tapi bersahaja.

"Tapi kalau esok, boleh insya-Allah. Aku tak ada urusan kat luar. Dok rumah buat assignment ja. Banyak dah aku rasa ni."

"Ha, elok tu aku pergi rumah kau esok, lepastu kita buat assignment sama-sama. Boleh juga aku tiru kau. Habis siap tugasan barulah kita pergi pasar raya."

"Baiklah sangat. Nak tiru ja kerja kau ya. Mana boleh plagiat karya orang. Aku boleh saman kau tau." Aqilah menakutkan Pikah agar jangan cuba untuk meniru.

"Tengok sikitpun tak boleh ka?" Tanya Pikah seolah-olah tak faham erti plagiarisme ni.

"Kalau tengok depan-depan tuan punya tu lebih baik bincang. Tanya idea-idea yang dia ada. Bukan salin tanpa tahu ideologi orang tu."

"Banyak la kau ni tak faham aku." Pikah menggaru kepala yang tidak gatal.

" Baik. Plagiarisme adalah penciplakan atau pengakuan atas karya orang lain oleh seseorang yang menjadikan karya tersebut sebagai karya ciptaannya. Kau tau tak, orang yang melakukan plagiarisme disebut plagiaris atau plagiator."

"Plagiarisme berasal dari dua kata Latin yang bererti plagiarus penculik, dan plagiare yang bererti mencuri. Dalam suatu artikel yang aku pernah baca, menurut Random House Dictionary Compact Unbridged, plagiarisme didefinisikan sebagai "penggunaan atau imitasi dekat dari bahasa dan pemikiran penulis lain dan representasi mereka sebagai karya asli seseorang." Kau tau tak. Hal ini juga dianggap sebagai pelanggaran etika ilmiah dan kekayaan intelektual oleh banyak akademi." Panjang lebar Aqilah bercerita perkataan 'plagiarisme' sahaja. Terlopong Pikah mendengar dengan tekun.

"Lagi...aku tak faham lagi ni...tambah sikit lagi kot-kot aku boleh cuba faham lagi. Rugi kalau aku tak faham langsung ni. Bukan senang nak dengar kau bagi tauliah kat aku." Pikah semakin bersemangat ingin tahu lebih lanjut. Walaupun macam poyo sahaja kelakunya.

" Dalam kata yang mudah, plagiarisme ini mencuri bahasa dan idea orang lain. Silap haribulan orang yang suka  plagiarisme ni boleh diberhentikan status mahasiswa dia dan jika dah dapat ijazah akan dibatalkan ijazah mahasiswa tu. Berat tau kes macam ni. Tapi aku tau kau nak tengok cara aku buat ja..kan. Jadi kau belum termasuk kategori plagiarisme sebab kau bagitahu aku dulu tuan punya karya yang kau nak tiru. Apalah poyonya kau ni." Aqilah senyum mencebik ke arah Pikah.

" Beratkan kalau kena kes macam ni. Harap-harap mahasiswa yang tengah belajar kat mana-mana tu, taklah buat kerja-kerja macam ni. Bukan apa, merosakkan diri mereka juga. Dah tu, orang macam ni mesti tak berkembang minda dia dan bukan jenis yang kreatif." Ujar Pikah serius.

"Wah! Bangganya aku ada sahabat macam kau Pikah. Ajar sikit dah faham." Aqilah menepuk bahu Pikah dengan bangganya.

"Ya la kau tu. Poyo..esok jangan lupa."

Perbualan mereka terhenti sebaik sahaja pensyarah masuk.

Tanpa mereka sedari ada yang sedang memerhati perbualan mereka.

poyoWhere stories live. Discover now