Kenapalah aku kena terserempak dengan orang yang aku sebolehnya taknak jumpa.

Dalam jarak yang tak berapa jauh, Hayqal dan Danial juga sedang berdiri memandang aku dan Aryan.

"Morning Danial. Lama tak jumpa." Aryan menegur sambil tersenyum manis. Tahulah aku sekarang yang muka dingin tadi bukan ditujukan untuk Danial, tetapi untuk lelaki disebelahnya.

"Aryan? Macam mana kau boleh ada dengan Mia?" soalan pertama yang keluar dari mulut Danial sebaik sahaja aku dan Aryan mendekati mereka berdua. Tak. Lebih tepat lagi Aryan yang tarik aku ke situ.

"Apa yang peliknya? Kitorang tinggal serumah sekarang." Jawab Aryan dengan ceria.

Aku dan Hayqal dari awal tak bersuara. Tapi aku perasan yang dia sedang memandang aku. Aku pulak langsung tak berani nak angkat muka.

"Bila masa pulak korang rapat? Mia, awak sebenarnya pergi mana haritu?"

Danial menyoal aku. Aku cuba memikirkan jawapan yang sesuai tapi Aryan awal-awal dah tolong jawabkan untuk aku.

"Salah ke kalau aku pelawa Mia yang telah DIHALAU dari rumah untuk tinggal dengan aku?" Aryan menekan perkataan dihalau.

"Aku taknak dengar penjelasan kau! Mia, apa dah jadi sebenarnya?"

Danial cuba mendekati aku tapi ditahan oleh Aryan.

"Wo.. wo.. sabarlah. Apa yang aku cakap tadi, itulah kebenarannya. Kalau kau nak tahu lebih lanjut, kau tanyalah pada tuan muda kau tu."

"Ma–maaf, aku masuk kelas dulu."

Laju aku mengatur langkah pergi dari situ. Aku dah tak boleh nak terus dengar semua benda ni lagi. Seboleh-bolehnya aku taknak ingat pun.

___________________________

HAYQAL P.O.V

"Mia kejap, abang tak habis cakap lagi!"

Laju kaki perempuan tu melangkah pergi dari situ.

Hmm asyik tahu nak larikan diri je.

"See, dia pun dah taknak dengar. So, rasanya kau dah boleh stop ganggu dia dan stop ingatkan dia dengan benda yang dah lukakan hati dia. Terutama kepada lelaki yang hanya tahu nak judge tapi langsung taknak dengar penjelasan dia dari awal."

Sebaik sahaja memberi syarahan berbunyi sarkastik, Aryan juga mengatur langkah pergi.

Aku mengeluh kasar. Lelaki tu dari haritu lagi menyakitkan hati aku.

"Wei apa benda dah jadi ni sebenarnya?"

"Entah." jawab aku tak acuh. Sorry lah Danial aku tak ada masa nak cerita. Kau pun satu, siapa suruh sakit.

"Habistu kau nak biar je Mia tu tinggal dengan Aryan?"

"Suka hati dia lah nak tinggal dengan sesiapa. Tak ada kena mengena dengan aku pun."

Soalan Danial ni makin lama makin menaikkan tekanan darah aku je. Dia tak nampak ke aku tengah bengang ni. Hal semalam pun tak habis lagi.
Ditambah lagi dengan hal tadi.

"Kau sebenarnya cari dia ke tak haritu? Macam mana Aryan boleh jumpa dia tapi kau tak jumpa?"

Soalan kali ni buat aku tak menjawab. Kepala aku mengimbas kejadian seminggu lalu.

Kalau bukan sebab Aryan ada dekat situ masa tu, aku mesti dah bawa balik Mia ke Tengku's Villa.

Aku cuma lambat sesaat je.

________________________

Seminggu lalu

Mana dia dah pergi ni. Takkan lah dah lari jauh sangat kot.

Aku mencari di sekitar hutan simpan Andalusiyya. Aku yakin Mia lari arah sini tadi. Aku pasti dia ada dekat sekitar sini je.

Aku menilik langit yang dah nak hampir bertukar merah. Hati aku mula risau bila memikirkan yang dia tak ada tempat untuk bermalam.

Aku dah hilangkan satu-satunya peluang aku untuk berbaik dengan dia.

Peluang tu ada masa dia muncul dekat depan rumah tadi, cuma aku dah salah guna.

Kalau sekali lagi ada apa-apa jadi dekat dia, semuanya salah aku.

Mia kau pergi mana?

Fikiran aku melayang jauh sampaikan aku tak sedar ada dua kelibat manusia yang berada tidak jauh dari aku.

Sebaik sahaja mata aku dapat mengenal pasti identiti kelibat tu, terus kaki aku terhenti. Aku gunakan pokok - pokok berdekatan untuk bersembunyi dan mencuri dengar perbualan mereka.

"Kau sudi tak tinggal dekat rumah aku?" Lelaki tu bertanya sambil menghulurkan tangan pada gadis tu.

Gadis tu senyap tak menjawab. Dalam hati aku dah berdoa agar dia tak terima pelawaan tu.

Tapi semuanya jauh meleset dari apa yang aku harapkan.

"Em." Gadis tu tersenyum dan menyambut tangan lelaki tu menandakan dia setuju.

Dapat aku rasakan seluruh badan aku menggigil.

Ada yang tak kena dengan hati aku. Kenapa aku rasa sakit sangat bila nampak dia senyum? Sebab dia senyum untuk lelaki tu?

Aku ingatkan sekarang dia tengah dalam kesusahan, tapi rupanya dah ada malaikat selamatkan dia.

Fine Aryan,

kau menang.














But it doesn't mean I'm lose.

*****

Maid MaidenWhere stories live. Discover now