Part 2

8.6K 138 0
                                    

Bersemangat Kira hari ini buat kerja sekolah diberikan sehingga dia tak sedar waktu yang berlalu. Dia sedar sudah lewat apabila kedengaran azan Asar.

Ya tuhan, dah azan. Khusyuk benau aku buat keja ni. Tak straight A spm, tak tau la.

Kira mengemas barang-barangnya untuk pulang ke rumah. Perkara biasa untuk Kira jika dia pulang ke rumah lewat sedikit dari pelajar lain. Kira hanya duduk dengan abangnya yang sudah bekerja. Abangnya, Arif jarang ada di rumah, oleh itu, dari kebosanan sendirian di rumah, lebih baik dia duduk di rumah ataupun berjalan-jalan sekitar mall.

Di tempat parking motor, dia melihat seorang perempuan sedang tertunduk-tunduk seolah-olah sedang mencari sesuatu. Kira menghampiri.

"Dok cari apa tu?"

Perempuan itu, Jun rupanya.

"Kunci motor aku, jatuh mana entah".

"Jatuh kat sini ka?"

"Tak tau. Tadi dah cari ka kafe, toilet, kelas semua dah. Tapi tak dak jugak. Itu yang cari kat sini"

"Dah tanya kat pejabat?"

"Pejabat dah tutup, Kak Fara dah balik"

Kira mengangguk dan turut membantu Jun mencari kunci motornya. Hampir setengah jam mencari, akhirnya Kira menyerah. Dia mendapat satu idea.

"Kau ada kunci spare tak kat rumah?"

"Ada, tapi kunci rumah aku letak sekali dengan kunci motor ni"

Kira menggaru kepala. Tak bernas la pulak idea aku ni.

"Ha! Tapi mama selalu tinggal kunci kat satu tempat ni"

"Ha! Okay la tu, aku bawak kau balik rumah, pegi ambil kunci spare kau tu"

"Nanti susahkan kau pulak nak datang sekolah balik"

"Habis tu, nak biar motor kau kat sini, esok baru nak ambil?"

"Kau hantar aku balik ja la, nanti malam, mama dah balik, aku ajak dia datang ambil. Motor ni nanti aku bagitau dekat pak guard la minta dia tolong tengok-tengokkan"

"Ha, ikut kau la, mana kau okay"

"Thanks by the way"

"Tak dak hal lah"

**********

"Hai,"tegur Kira. Jun toleh ke sebelah kanan dan melihat Kira beratur di sebelahnya pada perhimpunan mingguan ini.

Jun tersenyum dan membalas hai itu.

"Semalam datang tak ambil motor?"

"Tak, mama penat sangat. Pagi tadi mama hantar, dah bawak kunci spare sekali"

"Kena marah tak?"

"Gila tak kena marah, confirm la kena. Ada la dekat setengah jam dia membebel, tengah makan pulak tu".

Kira tergelak. Sesungguhnya dia sedang membayangkan bagaimana seseorang yang sedang bercakap dalam keadaan marah sambil makan. Mesti ada butir nasi yang tersembur.

"Pergi tanya Kak Fara tak lagi pasal kunci tu?"

"Belum, tak sempat lagi. Dengar kata Kak Fara tu kuat marah orang. Takut la pulak nak jumpa dia"

"Mana ada garang. Dia ok ja dengan aku. Nak aku teman?"

Jun mengangguk pantas. Jun selalu dengar cerita pasal Kak Fara ni garang, ada yang kata sebab tu la sampai sekarang tak dak orang nak kahwin dengannya sebab garang sangat. Jun dah la malas nak dengar bebelan dari Kak Fara pulak lepas semalam dah kena marah dengan mamanya.

**********

First love. [COMPLETED]Where stories live. Discover now