Oh TGV, I Jatuh Cinta [Cerpen]

1.7K 96 35
                                    

Kau ingat life ni semua indah ke? Baik belaka? Tak langsung. Kau kalau harapkan cerita yang ada twist dgn climax yang bom kebabom benda tu takde kat sini. Hahahahaha. Ini santai tau. Cerita aku tak seronok langsung. Tapi suwitnya tu ada la. Kau nak tengok betapa gigihnya seorang perempuan?

SEBULAN. Genap sebulan aku putus cinta. Sadis. Aku ingat ni lelaki sehidup dia mati dulu. Tapi sayang. Penat tau aku menanam benih cinta. Hari-hari aku siram dengan baja-baja cinta tak terperi. Sebulan juga aku menangis tak henti-henti. Tak sangka percintaan seminggu berakhir begitu sahaja.

"Cat, kau nak pergi mana?" ah penyibuk ni, pantang betul tengok aku cantik sikit.

"Keluar kejap. Pergi pasar." jawab aku.

"Amboi bukan main lagi kau dress up." sindir si tahi lalat Uzma.

"Jumper aje pun. Baju aku tak cuci lagi." megah jawabku.

Tak lama kemudian, Uzma ketawa terbahak-bahak. "Kau ingat kau kereta? Nak pakai jumper? Itu jump suit, begok!" teguran penuh kepedasan macam megi korea yang acah viral tu. Sedap ke megi tu? Isu halal pun tak habis-habis lagi. Boleh lawan sambal belacan mak-mak Melaka kita tak? Tak pernah rasa ni. Heh.

"Kau tutup gigi besi kau tu sebelum aku sorokkan anak berus gigi kau (berus gigi kecil untuk si pemakai braces). Biar kau jumpa doktor dengan daging melekat-lekat kat celah gigi, sampai bau mulut kau pun boleh buat doktor kau pengsan." ugut aku. Uzma hanya menggeleng sambil tersenyum.

"Belikan aku susu kotak. Susu dah habis." pinta Uzma sebelum aku keluar rumah.

"Ah kau. Cepat aje susu habis. Aku beli susu untuk diminum. Bukan untuk ditenyeh kat muka kau. Kau ingat muka kau kenyang ke kena tepek dengan susu?" geram pula aku.

"Tu la kau. Tak reti nak jaga kecantikan semula jadi. Susu tu natural stuff untuk putihkan kulit kau tau. Tu sebab kau kena tinggal. Tak reti jaga muka." padu betul ayat Uzma.

Aku toleh belakang tengok Uzma yang sedang bersantai di atas sofa.

"Beli sendiri." dengan muka selamba aku terus keluar rumah. Biadab.

AKU tak sangka pula si Fly fm ni bawa kereta aku sampai ke AEON AU2 tanpa aku sedar. Lama aku duduk di dalam perut kereta. Asalnya tadi nak pergi pasar kan? Tapi dah cantik-cantik ni, takkan nak pergi pasar aje semata? Biar padan muka si Uzma kat rumah sorang-sorang. Aku tak nak kisah. Biadab lagi. Walaupun bercinta seminggu aje, tapi cinta aku suci tau. Berani dia mengotorkan kesucian cinta aku.

Tangan pantas scroll telefon bimbit. Aplikasi TGV dibuka. Ah kasi can la nak lepas tension. Aku baru putus cinta kot! Ish. Senarai filem terpapar di depan mata. Okay. Aku nak tengok ini. Satu movie dah diputuskan untuk ditonton.

Kaki pantas keluar dari perut kereta dengan laju. Jarum jam tangan menunjukkan pukul 11.50 am. Wayang nak start pukul 12.15 pm.

"Cik, saya nak tengok Common War pukul dua belas suku." laju aku buat pesanan.

"Berapa orang cik?" tak sempat dia nak cakap selamat datang pun. Kihkih.

"Seorang." jawabku. Lelaki di kaunter sebelah terus pandang ke arah aku. 'Eh siut. Pandang-pandang pula. Entah apa dia fikir dalam kepala dia sekarang.' Aku biar tebal muka.

"Common law, 12.15 pm untuk seorang ye cik." tiket diberi kepada aku setelah selesai pilih tempat duduk dan bayaran.

"Terima kasih." aku lalu di belakang lelaki yang bagi aku slanted eyes tadi. Sempat aku jeling sampai mata aku pedih ah.

Aku tunggu hall 5 buka. Eh sebenarnya dah 5 minit buka. Heheh. Kaki aku pantas berjalan ke arah seorang lelaki yang ditugaskan untuk periksa tiket.

Oh TGV, I Jatuh CintaOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz