Chapter 1

16 2 2
                                        

Dalam kepekatan malam yang sunyi di sebuah makmal yang tersorok di kawasan berbukit. seorang saintis yang digelar sebagai prof Fern telah membuat suatu uji kaji untuk mencipta sebuah virus yang boleh membuatkan manusia biasa menjadi luar biasa.

Setelah dua jam bertarung menyiapkan virus tersebut prof Fern akhirnya berjaya menyiapkannya. sebuah virus telah tercipta. dia memangilnya sebagai virus X.

prof Fern mencapai satu picagari lalu menyedut sedikit virus tersebut yang berbentuk cecair seperti air lalu disuntiknya ke pergelangan tangannya.

picagari tersebut terlepas dari pegangannya lalu prof Fern memegang kepalanya setelah cecair itu berjaya memasuki saluran tubuhnya.

"arrgghhh.." jerit prof Fern menyeringai kesakitan.

Dia bagai orang hilang akal yang sedang mengamuk. semua barang dihadapannya di capai lalu di baling. keadaan makmal itu seperti di landa ribut taufan.

semua perkakas eksperimen berselerakan. tabung uji dan bikar pecah berderai di atas lantai.

disuatu sudut satu cecair Winchester sedang mengalir diatas lantai. ia adalah cecair yang digunakan dalam virus tersebut dan mudah terbakar. cecair itu mengalir ke arah satu tong yang berisi cecair yang sama yang bertulis 'Cecair Winchester' diatas penutup tong.
cecair ini haruslah disimpan dalam bekas yang terhindar dari bara api dan sumber elektrik kerana wap daripadanya boleh menyebabkan letupan.

Prof Fern yang sedang menahan kesakitan dikepalanya telah menepis penunu bunsen yang berada diatas meja tersebut lalu penunu bunsen tersebut jatuh bergolek menuju kearah cecair Winchester tersebut yang mengalir diatas lantai.

akibat dari api penunu bunsen tersebut telah menyebabkan cecair Winchester tersebut terbakar. api yang marak telah menyambar tong yang berisi cecair Winchester tersebut.

prof Fern ingin keluar dari makmal tersebut. asap yang tebal telah menyukarkan penglihatannya. cecair virus diatas meja tidak dihiraukan lagi. prof Fern memegang kepalanya yang teramat sakit lalu dia rebah diatas lantai.

BOOMMM!!!

Tong yang berisi cecair Winchester itu meletup dan makmal tersebut turut meletup. hampir keseluruhan makmal tersebut musnah. bikar yang berisi baki cecair virus X tersebut turut musnah dan molekul-molekul virus X tersebut telah bergabung dengan asap dan ia telah tersebar ke seluruh tempat.

disebabkan makmal tersebut berada di kawasan berbukit. bunyi letupan tidak kedengaran hanya asap yang tebal saja mampu dilihat.

***

tiga hari telah berlalu selepas kejadian tersebut. tiada siapa pun tahu dan perasan akan kejadian tersebut sehingga la seorang lelaki yang sedang memburu menjumpai makmal yang telah musnah lalu menelefon pihak polis.

pihak polis dan angkatan relawan datang ketempat tersebut bagi memeriksa dan menyiasat perkara yang menyebabkan kebakaran atau kemusnahan makmal itu masih baru lagi. punca kemusnahan masih disiasat.

salah seorang pihak polis telah menjumpai sebuah kereta yang disyaki milik pemilik makmal tersebut. setelah diselidik pemilik kereta tersebut merupakan milik professor Fernandez.

empat orang anggota polis bergegas ke rumah milik prof Fern. rumah milik prof Fern merupakan sebuah rumah banglo dua tingkat.

"hello anyone home.." ucap pihak polis tersebut sambil menekan loceng yang berada berdekatan dengan pintu rumah tersebut.

seorang remaja perempuan berusia 18 tahun membuka pintu. mukanya mempamirkan riak terkejut selepas melihat empat orang anggota polis berada dihadapan pintu rumahnya. dah la ayah dia sudah tiga hari tak balik. jangan la polis ni bawak berita buruk atau ayah dia lakukan kes jenayah. fikirannya sangat kusut.

X-SupernaturalStories to obsess over. Discover now