*SATU*

129 7 4
                                    

"Weyh lawa gila gambar kau snap" Mia memuji Alanna dengan mata terbeliak. Gila lawa siot. Kamera diletakkan di atas meja kaca.

"Hahahaha, biasa je lah. Tu pun kebetulan je kot" Alanna jawab malu-malu sambil menampar perlahan pipi Mia.

"Helleh, dah la aku nak mandi jap" ujar Mia lalu bangun dan terus berlalu.

"Pemalas! Busuk tahu?!" Alanna menjerit sambil ketawa mengekek. Housemate dia memang tak pernah mandi awal. Kalau kerja awal baru mandi awal. Hm, macam mana la dia kahwin nanti. Alanna ketawa kecil lagi.

Tiba-tiba telefonnya berdering. Alanna memandang sekilas. Eh, mama call la! Terus sahaja diangkat.

"Assalamualaikum, anak mama! Hah, lama tak call mama? Biasanya tiap hari call" belum apa-apa lagi Puan Kalsom dah membebel. Merajuk ke?

"Waalaikumussalam, eh baru sehari tak call. Anna busy la ma. Kenapa mama call? Macam ada benda penting je. Selalunya WhatsApp je" ujar Alanna. Alat kawalan jauh diambil dan di 'silent' kan televisyen yang sedang memekak.

"Mama ada benda nak bincang. Kamu balik la. Lagipun mama nak lepaskan rindu ni" gelas dihadapannya diambil lalu diteguk jus oren itu.

"In Shaa Allah ma. Esok Anna cadang nak balik dengan Mia. Esok Anna cuti seminggu. Boss kahwin. Hehe" Alanna tersengih apabila mengenangkan betapa gembiranya boss dia nak kahwin. Hm, baguslah jodoh dah sampai boss. Kami pun tumpang gembira ni.

"Wah, yeke. Nanti ucap tahniah dari mama ye. Hm, jodoh dah sampai. Kamu tu pun tak lama lagi. Dah la mama nak tengok cerita 'Sayangku Mr. Didi' ni. Bye" belum sempat Alanna menjawab, terus sahaja gagang telefon diletakkan oleh Puan Kalsom.

Mama ni. Hm, baru nak tanya fasal papa. Okeyh, aku nak pergi packing barang siap-siap! Sebelum tu bagitahu Mia dulu.

Tanpa diundang, Alanna terus menerjah ke dalam bilik Mia. Mia apa lagi, terkejut lah dek serangan tiba-tiba Alanna itu.

"Hey, masuk ketuk pintu tak boleh ke?! Budak ni kang aku pelangkung jugak kang. Dibuatnya aku tengah pakai baju kau nak terjah jugak? Kang aku kunci pintu tu kau ugut aku pulak. Nak takutkan aku dengan kucing la apa la. Eiy, nasib sayang kau je" bebel Mia sambil mencekak pinggang memandang Alanna. Sikat rambut diletakkan di atas meja solek.

"Kau ni! Kalau Aliff dengar kau membebel tiap hari mahu pecah gegendang telinga dia tau!" Sakat Alanna sambil tergelak-gelak.

Boleh pulak budak ni gelak-gelak. Muka Mia yang putih melepak itu sudah kemerahan dek menahan geram. "Gelak pulak dia!" Langsung masam muka Mia. Ditambah pula mulut Mia yang sudah muncung sedepa. Ayam pun boleh bertenggek. Comel pula muka dia.

"Ala, bambam ni. Sorry la Mia, nanti aku ketuk pintu bila nak masuk bilik kau eh" pujuk Alanna sambil menepuk-nepuk bahu kawan baiknya itu a.k.a housemate yang rajin memasak.

"Hm, yela. Ni ada apa ni terjah bilik orang? Zombie kejar kat luar ke?" Begitu pedas sindiran Mia. Mia duduk di atas katil diikuti dengan Alanna.

"Hahahaha. Apa pulak zombie? Esok kita balik rumah aku nak tak? Kau tak busy kan?" Soal Alanna sambil tersenyum manis.

"Wah, boleh! Aku tak busy. Rindu gila aku kat mama! Hm, aku kan tak ada siapa-siapa. Abang Iman je ada" suara Mia kendur. Mia tertunduk mengenangkan nasibnya.

Ibu bapanya sudah meninggal sepuluh tahun lalu. Sejak umurnya 16 tahun lagi. Nasib baik lah Mia berkawan rapat dengan Alanna. Jadi, Puan Kalsom sudah menganggap Mia dan Iman sebagai anak kandungnya. Lagipun Alanna anak tunggal. Sekarang Abang Iman 30 tahun manakala Alanna dan Mia 26 tahun. Abang Iman sekarang dah hidup senang, buka bisnes sendiri. Tu pun Encik Azman, papa Alanna yang memberikan modal.

"Hm, baguslah. Esok kita gerak. Kau packing lah barang tu dulu. Aku nak pergi packing. Kau nak gerak esok atau petang ni? Dah pukul 2:45 ni. Bolehlah gerak pukul 3 petang kalau kau nak lah" jam ditangan dibelek-belek sambil mulutnya terkumat-kamit berkata. Kepala diangkat memandang wajah Mia yang polis itu.

"Gerak sekarang la pukul 3:15 tau. Kau pun tak mandi lagi. Nanti kita sampai awal malam. Best sikit"

"Abang Iman macam mana?"

"Nanti aku call dia"

Alanna mengangguk lalu berlalu keluar dari bilik Mia.

***
"Abang Iman suruh tunggu dia nanti dia ambil kita kat rumah"

"Okey la" mereka hanya menunggu Abang Iman di luar rumah.

Pon!"Hah, tu dah sampai!" Jerit Mia lalu mereka menuju ke arah kereta.

Jam ditangan di pandang sekilas. 'pukul 3:15 tepat. Fuh pandai Abang Iman tepati masa' ujar Alanna di dalam hati.

Sudah satu jam di dalam kereta. Yela, dari Kuala Lumpur nak ke Perak ni ambil masa dua tiga jam juga lah. Tiba-tiba telefonnya berbunyi tanda mesej masuk. Tertera sahaja nama 'Nazrul💕' lantas dilihat aplikasi WhatsApp.

Sorry lambat update.😅 Biasalah, hw apak arh giler banyak😹. Ni pun sikit2 update tiap malam.😅💕

Sayang readers🙈🍂 🍃

Sebarang typo maafkanlah. Tak check pun. Maleh. Author memang pemalas😹🔫

Cruel Crush Annoying Husband [Slow Update]Where stories live. Discover now