Biodata Diri:
Nama:Hanari Sugame
Umur:26 tahun
Kerja:Pereka fesyen terkenal
Usahawan berjaya
Kediaman:Blossoms Condominium
Hari pantas berlalu. Tibalah masa untuk aku melepaskan diri dari kekangan kerja. Aku berhasrat untuk bercuti di bandar besar Tokyo. Bandar yang penuh dengan bangunan-bangunan besar yang gah berdiri. Tujuan aku memilih tempat itu ialah kerana syarikatku dan juga kerana gerak hatiku yang tidak henti-henti memikirkan Tokyo. Aku mahu meluaskan lagi bisnes fesyenku yang hampir berjaya. Aku menamakan syarikatku sebagai Syarikat Hanari Fashion Coperations sempena namaku sendiri.
Usaha kerasku dahulu tidaklah sia-sia dengan begitu sahaja. Akhirnya, Hanari Fashion Coperations jatuh ketangga ketiga bagi syarikat fesyen paling terkenal. Jualan rekaan-rekaanku makin laris. Tokyo ramai penduduknya. Oleh hal yang demikian, aku mahu mencuba nasib bagi membuka beberapa cawangan besar disana.
Jam 8.30 pagi
Aku mengemaskan baju-baju dan bermacam-macam lagi keperluanku. Aku juga tidak lupa untuk memastikan yang semua suis elektrik dan pili air telah dimatikan. Ini bagi memastikan tidak ada sebarang bencana berlaku ketika aku berada di Tokyo kerana aku mendiami kondominium. Sebab itulah aku perlu sentiasa peka dengan keselamatan rumah. Jika tidak, habis satu bangunan musnah akibat kecuaiannku.
Semuanya telah selesai. Aku hanya perlu mengunci pintu rumah. Setelah selesai membuat apa yang patut, aku menarik bagasi senderhana yang berwarna unguku dengan berhati-hati agar tidak menyangkut pada mana-mana lubang atau apa-apa sahaja yang boleh mengundang masaalah pada bagasiku.
Aku memilih untuk menggunakan lift kerana situasiku yang sekarang ini. Membawa beg bagasi dari tingkat enam memang memenatkan jika menggunakan tangga. Jadi lebih mudah kalau aku menaiki lift.
Jam 9.30 pagi
Aku akhirnya telah sampai ke stesyen kereta api 1. Aku duduk di tempat menunggu sementara menanti jarum jam berpindah dan menunjuk kearah jam 9.45 pagi. Masih ada lima belas minit sebelum kereta api yang akan aku naiki tiba.
Sementara menunggu waktu lima belas minit itu berlalu, aku membuka novel cinta yang bertajuk 'I'm Finding Your Key Heart' yang ditulis oleh Mirae. Penulis novel terkenal.
Akhirnya, jarum jam telah menunjukkan waktu yang ditunggu-tunggu. Tepat pada jam 9.45 pagi, kereta api telah tiba ke stesyen 1. Laju sahaja aku menutup novel yang aku baca tadi lalu memasukkannya kedalam beg tangan mahalku. Aku bangkit dari dudukku.
Aku menarik beg bagasiku dengan perlahan. Aku tidak mahu berebut-rebut dengan pengguna yang lain. Takut terjatuh pula jadinya. Aku beratur demi menaiki kereta api. Sama sahaja seperti yang lain. Namun, yang menghampakan disini, masih ada lagi yang tidak bertimbang rasa memotong barisan.
Malahan ada juga yang tidak hormat pada golongan atasan.
Bab 1 Tamat.
YOU ARE READING
Empty
RandomHanari Sugame yang selama ini hidup bersendirian, membuat keputusan untuk bercuti ke Tokyo. Ketika bercuti di Tokyo bagi menghilangkan tekanan kerja sekaligus meluaskan cawangan Hanari telah bertemu dengan seorang kanak-kanak yang akan mengubah hid...
