Aryan menghampiri aku dan dia menundukkan sedikit badannya supaya mukanya berada separas dengan muka aku. Well, aku dianugerahkan dengan 160 cm dan dia pula mungkin dah 180.

"Tak apa. Aku ada baju spare dalam locker." Dia mempamerkan senyuman semanis gula dia tu.

"Tapi.. kalau kau nak jugak bayar ganti rugi, apa kata..."

Aryan mengetuk-ngetuk jari telunjuknya di kepala. Aku menunggu dengan sabar sambungan dari 'apa kata' dia tu.

"Ha! Esok kau kena keluar dating dengan aku, boleh?"

Terkedu sekejap aku mendengar permintaan dia. Tak sempat pun aku nak reaksi apa-apa, ada suara dari belakang yang tolong balaskan.

"ESOK DIA TAKDE MASA!

Serentak tu aku dan Aryan menoleh ke arah makhluk bernama Firdaus tu. Muka Firdaus nampak agak dingin. Tapi tu tak menghairankan pun sebab muka dia memang macam tu setiap hari. Yang menghairankan ialah bila muka manis Aryan tadi berubah sinis sambil matanya memandang tepat ke arah Firdaus. Bila matanya kembali memandang aku, mukanya berubah manis semula.

"Ya ke? Kalau macam tu takpelah. Tapi lain kali aku akan pastikan kita dapat dating jugak tanpa gangguan orang lain. Jumpa lagi, tuan puteri."

Tangannya mencapai tangan aku dan menciumnya lembut. Kemudian dia menghadiahkan sepakej kenyitan mata beserta senyuman manis sebelum melangkah pergi dari situ.

Once again, I'm blushingggg.

"Damn!"

Terus hilang blushing aku. Aku menoleh ke arah Firdaus yang baru je melepaskan satu carutan kecil. Rasa tak puas hati menguasai diri aku sekarang. Dia dah janji kan taknak kacau hal peribadi aku. Dan sekarang apa?

"Kau dah lupa janji kita ke?"

"Seingat aku, janji tu berkuat kuasa selepas kau selesaikan 'tugas' kau. Jadi sekarang ni kau masih berada di bawah kawalan aku."

Dia berlalu dari situ selepas menjawab persoalan aku. Pandangan geram campur menyampah diberi. Kenapalah aku kenal dengan mamat ni! Sumpah rasa menyesal sebab panjat pokok hari tu!

***

"Kenapalah aku kenal dengan lelaki macam tu!"

Tangan aku menumbuk bantal bersarung merah jambu tu. Rasa geram dengan mamat hantu tu masih belum berkurang. Kata-kata dia pagi tadi masih terngiang-ngiang di telinga. 'Selepas kau selesaikan tugas kau minggu depan' konon. Walau macam mana sekalipun, dia tak ada hak nak kawal hidup aku untuk berkenalan dengan sesiapa.

"Mia, kau tak rasa semua tu romantik ke? Jadi rebutan dua lelaki handsome macam tuan muda Firdaus dan tuan muda Aryan tu sesuatu yang membahagiakan tau tak? Macam drama Korea kot!"

Aku menoleh ke arah Hanni yang baring di sebelah aku. Tangannya memegang pipi sambil mata ditutup rapat.

Drama Korea apa bendanya. Firdaus tu tak sesuai langsung pegang watak utama drama. Asyik nak marah-marah orang je. Heroin pun lari kalau macam tu. Tapi muka dah cukup syarat dah jadi hero. Maklumlah, dia kan *uhuk uhuk* handsome.

Wait Mia why kau puji dia. Firdaus tu cuma nak pergunakan kau je la.

Serta merta aku teringat tentang perempuan yang berambut perang yang aku nampak waktu rehat tadi.

"Korang berdua mesti dah lama tinggal dekat sini, kan? Pernah tak nampak mana-mana perempuan datang jumpa Firdaus dekat sini?"

Hanni dan Laura memandang aku.

"Hmm jarang tetamu datang melawat. Bukan je tetamu perempuan, tetamu lelaki pun jarang datang. Buat masa ni yang kitorang selalu nampak ialah Tuan muda Aryan."

Maid MaidenWhere stories live. Discover now