Misteri Rumah Kosong

45 0 0
                                        

Rumah kosong yang terletak di pinggir Kampung Dengkil itu memang kelihatan sangat menakutkan.Apatah lagi pada waktu malam.Begitu banyak cerita seram tentang rumah itu telah tersebar. Antara satu cerita dengan cerita yang lain kadang - kadang berbeza.Tetapi dari beberapa cerita yang berbeza itu,semuanya mempunyai persamaan yang aneh dan inilah yang membuatkan orang ramai ketakutan.Mereka yakin,rumah kosong itu mempunyai penunggu.

Cerita pertama mengatakan bahawa rumah itu dahulunya dihuni oleh seorang wanita yang bekerja di sebuah kilang kain.Belum sempai setahun dia tinggal di rumah itu,dia ditemui mati kerana menggantung diri.Kemudian arwah dikatakan mengganggu orang yang melalui kawasan rumah tersebut.Kononnya,dia membunuh diri kerana patah hati ditinggalkan kekasihnya.

Cerita kedua mengatakan,wanita itu mati bukan kerana menggantung diri,tetapi kerana telah meminum racuh.Mayatnya ditemui terbaring di tempat tidur dengan mulut berbuih,keadaaannya sangat mengerikan.Cerita ketiga pula mengatakan,wanita itu mati bukan kerana mengantung diri atau meminum racun,tetapi telah dibunuh oleh kekasihnya.Beberapa hari kemudian,barulah mayatnya ditemuai dan telah membusuk di dalam sebuah bilik dirumah itu.Tetapi sehingga kini si pembunuh belum juga ditangkap.Sejak itulah arwah merayau mencari pembunuh tersebut.Dari ketiga - tiga versi cerita ini tidak diketahui dengan jelas yang manakah benar.Namun,dari ketiga - tiganya mempunyai satu persamaan,iaitu orang yang mati di rumah itu adalah seorang wanita.

Kemudian,cerita kemunculan hantu di rumah itu juga sebenarnya berbeza - beza.Ada yang melihat hantu wanita itu sedang menangis di penjuru rumahnya,tangisannya kedengaran sangat menyanyat hati.Kemudian ada yang mendengar hantu wanita itu sedang merintih sedih dan meraung kesakitan di sebalik pintu sambil memperlihatkan badannya yang tercedera.Ada juga yang hanya mendengar suara gelak ketawanya sahaja dan ketawa wanita itu kadang - kedengaran seperti bunyi suara kuda.Inilah yang membuatkan orang ramai menjadi takut untuk melalui kawasan rumah itu,apatah lagi untuk memasukinya.

Cerita tentang kewujudan hantu di rumah kosong itu telah didengar oleh Ajib.Pada mulanya dia langsung tidak mempercayainya.Ajib selama ini paling anti kepada benda tahyul.Sehingga kini masih adakah orang yang percaya kewujudan hanti?" batin Ajib berkata - kata.Namun,ketika cerita itu didengarinya sendiri dari mulut Asyraf dan Badrul.Ajib mula berfikir.Masalahnya bukan apa - apa,selama ini Ajib percaya bahawa kedua - dua sahabat karibnya itu bukanlah pembohong,apatah lagi penipu.Tak mungkin mereka mengatakan sesuatu yang tidak pernah dialaminya.

Ajib:Ah,barangkali itu bunyi kelawar.Bukankah kelawar jika mengeluarkan bunyi kadangkala sama seperti orang ketawa?

Asyraf:Tidak mungkin,Ajib.Saya boleh membezakannya.Itu jelas ketawa seorang wanita!

Badrul:Benar tu,Ajib.Saya yakin itu adalah ketawa puntianak.Rumah kosong itu memang ada penunggunya!

Kemudian,Asyraf dan Badrul menceritakan sekali lagi peristiwa aneh yang mereka alami.Malam itu Asyraf dan Badrul pulang dari rumah Fazli yang ada di kompleks perumahan Seri Angsa.

Mereka cuba melalui jalan kampung.Ketika melintasi rumah kosong itulah,tiba - tiba bulu roma Asyraf dan Badrul meremang.Bau wangi bunga melati menusuk ke lubang hidung mereka.

Ketika itu,Badrul sebenarnya sudah meningatkan Asyraf supaya berpatah balik dan cuba mencari jalan lain.Tambahan pula suasana pada malam itu sangat menyeramkan.Apatah lagi tempat itu kelihatan begitu sunyi.Tetapi mereka sudah pun terlanjur melangkah.Baru dua meter tiba - tiba kedengaran suara orang ketawa, "Hi hi hi hii...!" Asyraf nenghayati suara yang didengarinya itu.

Badrul:Hiii.....betul - betul menakutkan.

Asyraf:Kemudian,kami harus berlari dengan pantas!

Ajib:Kenapa kamu mesti lari?Kalau ketawa itu berbunyi,hi hi hi hii...sepatutnya kamu membalasnya dengan ,ha ha ha haa...!

Asyraf:Jangan main - mainlah,Ajib.Kami serius ni!

Badrul:Ini bukan cerita main - main Ajib!

Asyraf:Jika kamu sendiri yang mendengarnya,pasti kamu juga akan lari pantas seperti kilat!Bukan hanya lari sepantas kilat.Boleh jadi kamu terkencing dalam seluar!

  Ajib hanya tersenyum.Dia masih ragu - ragu mendengar cerita daripada mulut kawannya itu.Mungkin ini hanyalah usikkan sahabatnya.Ajib belum mempercayainya kerana dia sendiri tidak mengalaminya.

Seandainya dia juga mendengar atau melihatnya,Ajib pasti akan tetap sangsi sama ada itu hantu atau halusinasi.Suatu berita biasanya boleh dipercayai apabila sudah didengar,dilihat dan dibuktikan kebendarannya secara langsung.Sementara Ajib baru mendengar sedikit maklumatnya sahaja.Jadi,bagaimana dia hendak mempercayainya?

Sekarang apa yang mesti Ajib lakukan?Bukanlah cerita tentang rumah kosong yang menyeramkan itu sudah lama tersebar di Kampung Dengkil?Adakan dia harus membuktikannya sendiri?

   Lama Ajib berfikir.Kepalanya mendongak menatap langit.Matanya berkelip - kelip.Begitulah lagak Ajib jika sedang berfikir.

Ajib:Pukul berapa kamu melalui kawasan rumah itu?

Asyraf:Sekitar pukul sepuluh.

Ajib:Adakah pukul sepuluh hantu sudah keluar?

Badrul:Masalahnya waktu itu malam Jumaat ,Ajib.

Ajib:Adakah peraturan bagi hantu - hantu untuk keluar pada malam Jumaat?

Asyraf:Memang tidak ada peraturan,tapi adakah peraturan bagi hantu untuk keluar selepas pukul sepuluh?

Ajib:Kata orang,hantu keluar ketika suasana sudah sunyi.Sementara Kampung Dengkil dan kompleks perumahan yang terletak berhampiran sumah kosong itu pukul sepuluh kadang - kadang masih ramai dan banyak peniaga pasar malam yang melaluinya.

Asyraf:Kebetulan pada malam itu suasananya memang sudah sunyi,Ajib.Mungkin semua orang mahu tidur lebih awal kerana pada siang hari mereka penat bekerja dan tiada seorang pun peniaga lalu.

Ajib terdiam.Keningnya berkerut - kerut kembali.Haruskah dia mempercayai begitu sahaja cerita Asyraf dan Badrul itu?

Ajib:Saya kurang yakin kalau rumah itu berhantu.Pasti ada suatu rahsia di dalamnya.

Asyraf&Badrul:Rahsia?

Ajib:Ya,rahsia yang membuatkan orang ramai akhirnya takut untuk memasuki rumah itu.

Badrul:Rahsia apa maksud kamu ,Ajib?

Ajib:Kita harus menyiasat rumah kosong itu.

Mereka segera bangkit dan pergi ke kelas,kebetulan loceng sudah berbunyi.

Bersambung. . .^_^
Sorry kalau ada typo

Misteri Penunggu Rumah HantuStories to obsess over. Discover now